Pagi Pertama Ramadhan

1.1K 95 5
                                    

Ramadhan tiba..
Kali ni mengisahkan peristiwa pagi pertama Ramadhan.

Lain daripada pagi bulan lain, pagi Ramadhan akan dimulakan dengan sahur. Kemudian aku akan membersihkan diri dan mempersiapkan diri untuk menunaikan solat subuh di surau. Jadi pada pagi itu, aku meminta izin dari ibuku untuk ke surau.

Kebiasaannya, memang aku seorang akan bertolak ke surau dengan motor Honda petak kepunyaan ayahku yang sudah berusia. Berbanding ahli keluargaku yang lain yang menunaikan solat subuh secara berjemaah dirumah sahaja. Kebiasaanya,aku akan mengimamkan solat subuh dirumah, namun pada bulan Ramadhan ini ,ibu lebih menggalakkan aku ke surau.

Jadi, pada pagi itu..lebih kurang jam 5.40 pagi, aku sudah mempersiapkan diri untuk kesurau. Berpakaian jubah dan serban milik atukku seperti biasa. Aku menghidupkan enjin motor dan bertolak menggunakan jalan yang sama yang aku pernah ceritakan pada tajuk GELAP GELAP PUTIH..aku melihat sepanjang perjalanan..kelihatan beberapa makhluk yang kebiasaannya dilihat..namun, mungkin kerana bulan yang barakah ini, mereka tidak agresif seperti selalu. Begitu juga ketika pulang dari surau..aku sedar..bahawa ada beberapa makhluk yang aku tidak perasan kerana pada bulan sebelumnya aku sering diganggu ketika dalam perjalanan ke surau setiap malam jumaat. Kemana mereka?

Memasuki kawasan rumah, tiba2..aku terlihat..

Disebuah pondok solat yang terletak dihadapan prasekolah yang berdekatan rumahku, terdapat seseorang bertelekung yang sedang duduk seperti bertapa di pondok itu. Oleh kerana gelap, ia kelihatan kabur. Namun , jelas kelihatan tubuhnya yang besar. Dengan posisi bersila sahaja, kepalanya hampir menyentuh atap pondok itu.

Pada waktu zohor, ketika aku hendak bertolak ke surau..aku terlihat sekali lagi, namun, kali ini lebih jelas..dengan telekung putih bercorak biru yang sangat bersih. Tapi, bila diperhati lama agak seram. Kelihatan dia hanya tertunduk namun mukanya melihatkan warna kulit yang agak gelap dan berkedut.

Tak berani aku nak usha lama2. Kenapa tiba2 dia ada..selama ini tidak ada..aku hanya beranggapan bahawa dialah penjaga tanah yang pernah memberikan batu cincin kepada keluarga dalam satu upacara  tuntutan yang melibatkan perubatan islam. Namun, kisah ini,mungkin akan aku ceritakan di buku lain. Tuntutan itu dihadiri oleh saudara maraku yang turut berkebolehan melihat mereka mereka yang bersama..ada orang dapat keris,batu,emas dan sebagainya. Tapi, aku tak ceritakan kat sini. Simpan dulu.

Jadi aku hanya beranggapan dialah(makhluk tersebut) makhluknya dan baru kini aku melihatnya..sebelum ini hanya pakcik,abang,dan makcik aku je yang melihat. Maklumlah, diorang lagi berpengalaman lebih2 lagi sudah menjadi permintaan dalam perubatan.

Waktu solat asar juga dia menampakkan dirinya dalam keadaan yang sama. Agak seram bila aku melihat sesuatu makhluk pada waktu siang. Berbanding bulan lain, aku tak yakin untuk meluaskan pandangan. Jadi, aku hanya menapis dengan surah al falaq. Tapi, disebabkan bulan ramadhan, aku yakin untuk melihat. Jadi, aku agak tidak terbiasa.

Menunggu azan maghrib untuk berbuka, aku duduk diluar rumah sambil bermain Twitter..azan berkumandang..
Sebelum masuk rumah, aku sempat usha. Kelihatan dia berdiri dan amat tinggi setinggi sebatang pokok kelapa sawit. Dia hendak beredar tidak tahu kemana. Aku tidak hiraukan. Isya'..sewaktu hendak bertolak ke masjid..dia tidak kelihatan. Begitu juga pada waktu berikutnya..esok ,lusa, tulat..langsung tidak kelihatan..

Kenapa pada hari pertama sahaja...hijrah?..wallahualam..itu sahaja yang terlintas di fikiran..entah betul tidak..tapi, aku tak berapa ambil kisah dan hanya mendiamkan diri berbanding kebiasaan aku akan mengadu kepada ibuku.

P I N T UWhere stories live. Discover now