Perlahan lahan Jimin meletakkan Ji Hyo di atas katil di dalam bilik rawatan tersebut. Kaki Ji Hyo sudah di balut tadi.
Muka Ji Hyo sudah merah padam. Malu lah tu. Jimin yang melihat gelagat Ji Hyo hanya tersenyum lalu dia duduk di birai katil tersebut.
“ Err.. Ji Hyo mianhae ” kata Jimin tersekat sekat, dia langsung tak memandang Ji Hyo. Dia hanya memandang lantai.
“ Wae? ”
“ Sebab kitaorang kau jadi macam ni ” balas Jimin singkat. Lalu dia mengeluh, baru sahaja dia ingin beredar, pergelangan tangannya di tarik Ji Hyo.
“ Gomawo ” balas Ji Hyo lalu tersenyum. Jimin hanya senyum dan menganggukan kepalanya.
Ketika Jimin keluar dari bilik rawatan,seseorang tiba² mengetuk kepalanya.
“ Ouch! Sakit siot! ” marah Jimin kepada Jungkook. Jungkook hanya menunjukkan wajah masam, kalah cuka.
Jimin pelik mengapa Jungkook tiba² masam mencuka sebegini.
“ kau kenapa? ” tanya Jimin lalu memandang tepat Jungkook. Jungkook menyilangkan tangannya. Tanda seperti memprotes atau marah.
“ Kenapa kau dengan dia? ” balas Jungkook dingin. Jimin yang mendengarkan hal tersebut tiba² ketawa berdekah dekah.“ Aku serious lah wei ” kata Jungkook. Nada suaranya kedengaran seperti marah.
“ Wuhuu.. Ada orang jealous! ” teriak Jimin sekuat hati. Pelajar yang lalu lalang di hadapan bilik rawatan itu memandang mereka berdua.
Dengan segera Jungkook menekup mulut Jimin lalu menarik rambutnya. Jimin mengerang kesakitan lalu mengangkat tangannya tanda dia mengalah.
Jungkook tersenyum nakal.
“ Padan muka kau ” ejek Jungkook lalu menjelirkan lidahnya.
“ Kenapa kau tanya? Kau jealous ke? ” tanya Jimin menukar topik.
“ Kalau ya pun kenapa? ” Jungkook tersasul cakap. Jimin membulatkan matanya. Biar betul?
“ Serius? ” tanya Jimin tak percaya, Jungkook tersentak.
" Alamak! Terlepas cakap pulak! "
“ Eh? Manade! ” cepat² Jungkook meng-cover cakapnya tadi. Wajahnya sudah merah padam.
Jimin memberikan Jungkook wajah “ really nigga? ” .
“ tapi.. ” belum sempat Jimin menanya, loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat
[ Kring! Kring!]
Loceng berbunyi menyelamatkan Jungkook daripada soalan yang ingin di lontarkan oleh Jimin.
“ Dah bunyi!Jom gi kelas sains! Nanti Sir Robert marah pulak! ” Jungkook cepat² menarik lengan Jimin menuju ke bilik loker pelajar lelaki.
Tamat kelas;
Jungkook memasukkan laptop hitamnya lalu mengalas beg hitamnya itu . V entah dari mana datang lalu meletakkan lengannya di bahu Jungkook lalu memegang dagunya seperti berfikir.
“ kau pahal? ” tanya Jungkook rimas. V memandang Jungkook lalu tersenyum nakal.
“ Pelik lah , musuh boleh jealous bila orang lain dengan musuh dia ” ejek V, dia sengaja menekan kan perkataan jealous.
Jungkook memandang V tajam, lalu V lari dengan cara yang pelik. Dia kan alien.
Jungkook kemudiannya mengikut ahli yang lain keluar dari dewan tersebut. Ketika menyusuri koridor hendak keluar dari Universiti.
Kedengaran satu suara di belakang mereka
“ Jungkook? ” panggil suara itu.
“ HANTU!! ” J-Hope tiba² berteriak lalu menutup matanya. Ish, penakut benor budak ni.
“ Apa?! Awak kata saya hantu?! ” marah suara itu. Perlahan lahan J-Hope membuka matanya, lah. Mrs. Park rupanya.
“ M-mianhae Mrs. Park ” J-Hope meminta maaf lalu menunduk 90 darjah tanda maaf.
“ kamu ni.. Bla bla bla bla.. ” Mrs. Park membebel J-Hope. Memang ngam betul lah gelaran hantu J-Hope tu.
Siapa tak kenal Mrs. Park, lecture paling banyak mulut. Bila membebel je, memang berdarah telinga.
“ Er.. Ada apa Mrs. Park panggil saya ni? ” tanya Jungkook. Jungkook sudah takut, kerana mungkin dia akan pindah bilik.
Mrs. Park bukan sahaja lecture tapi dia juga menguruskan di mana pelajar universiti tersebut patut tidur di bilik mana satu.
“ Jungkook, kamu pindah ke bilik 55”
...
....
.......Anneyeong! Sebenarnya author just nak bagitau. Fikir je tempat tinggal pelajar uni dlm crita ni macam hotel. Hotel tu di khaskan untuk pelajar uni sahaja.
Manalah tau nanti ada yang binggung. Mian kalau boring
YOU ARE READING
『c』My Enemy Next Door ✾ Jjk
Fanfiction"Hah?! budak biskut tu tinggal kat bilik sebelah?!". Song Ji Hyo merupakan seorang yeoja yang ganas dan juga pantang di cabar, lagi² oleh Jeon Jungkook. Jungkook dan Ji Hyo tidak akan pernah berbaik, namun suatu hari. Jungkook bersebelahan bilik den...