↭18

2K 154 32
                                    


Joongki tiba² sahaja rebah dan pistol jatuh dari genggaman nya. Dia jatuh betul² di tepi Jungkook manakala Jungkook pula membuka matanya

Sebaik sahaja matanya di buka, maka nampaklah Jimin yang sedang memegang besi yang du cemari dengan darah yang sudah kering dan juga yang baru. Kepala Joongki berdarah

" M-mana kau da-dapat besi tu? " tanya Jungkook tersekat² . Jimin yang luka di kepala hanya senyum.

" Dia guna besi ni untuk pukul kepala aku tadi " katanya lalu duduk menyandar di dinding. Matanya di pejam, dia penat. Dia ingin merehatkn diri. Keluhan berat, perlahan lahan di lepaskan dari mulut Jimin.

Segalanya sudah berakhir.

Dengan keadaan yang lemah, Jungkook berjalan terhuyung-hayang ke arah Ji Hyo yang sudah memucat.

Setelah 6 minit mencuba membuka ikatan akhirnya tali ikatan terurai, Ji Hyo terus mendakap tubuh Jungkook. Jungkook hanya tersenyum dan membalas pelukan Ji Hyo kembali.

Manakala Jimin pula membuka sebelah matanya, senyuman mula terukir di bibirnya. Lalu mata di tutup kembali.

" Urgh " Joongki tersedar daripada pengsan. Lalu dia nampak Jungkook dan Ji hyo yang sedang berpelukan membuatkan hatinya terbakar.

Dengan cepat dia mencapai pistol yang terhumban tidak jauh darinya lalu di halakan ke arah Jungkook dan Ji Hyo yang tidak jauh darinya.

Joongki tersenyum dan...

BANG! BANG! BANG!

Mata Joongki terbeliak besar, pistol terlepas daripada tangannya. Dia memegang dadanya , lalu di lihat tapak tangannya. BERDARAH , baju bahagian dadanya mula di basahi dengan cecair merah pekat.

Dia melihat ke hadapan semula, kelihatan jimin yang berdiri di hadapan nya melindungi Jungkook dan Ji Hyo juga terkejut besar. Siapakah yang telah melepaskan tembakan tadi?

Perlahan lahan tubuhnya rebah. Lalu terlihat lah kelibat Jisoo, rakan Jungkook dan Jimin serta polis.

Jimin tersenyum melihat mereka semua lalu dia memalingkan tubuhnya menghadap Jungkook dan Ji hyo

Jungkook yang memegang tangan Ji hyo dengan erat di lepaskan lalu dia berjalan menuju ke arah Jimin dengan bibir yang mengukir senyuman.

Namun senyuman itu serta merta hilang apabila baju bahagian dada Jimin di cemari cecair berwarna merah iaitu darah.

Tubuh jimin kemudian nya jatuh namun sempat di sambut Jungkook. Apa yang Jimin nampak last sekali ialah wajah Jungkook, rakan² nya Bts, Jisoo dan Ji hyo yang risau.

"JIMIN! "

...
....
....
....

"Jungkook " panggil seseorang menggerakkan tubuh badan Jungkook.

Jungkook membuka matanya lalu nampaklah Jisoo yang sedang duduk di sebelah nya.

" Ada apa? " tanya Jungkook lalu menggosok2 matanya.

" Jimin dah ada kat wad ICU " beritahu Jisoo. Serta merta mata Jungkook kembali segar, macam mana dia boleh tertidur pulak ni?!

" Yang lain? "

" Dorang dah kat sana " kata Jisoo lagi. Tanpa membuang masa mereka berdua terus ke wad di mana Jimin di tempatkan .

Pintu di tolak perlahan-lahan, lalu nampaklah Ji Hyo, Namjoon, J-Hope, Suga, Jin dan Taehyung yang menagis ter esak esak. Dan juga seorang doktor namja berdiri di tepi katil Jimin.

『c』My Enemy Next Door ✾ Jjk  Where stories live. Discover now