↭07

1.8K 181 9
                                    

Ji hyo mengemaskan barangnya yang bertabur di atas meja. Tugasanny sudah pun siap dan sudah tiba masanya untuk pulang.

Pipinya tiba² merah bila dia ingat balik pasal dia peluk pinggang Jungkook pagi tadi.

Flashback;

Sesudah sampai, Ji Hyo pun meleraikan pelukan nya pada pinggang Jungkook dan turun daripada motor.

“ kuatnya kau peluk pinggang aku tadi” kata Jungkook tersenyum. Bahagia nampak?

Ji Hyo menghumban helmet yang di pakainya tadi ke perut Jungkook.

“ aww~ eomma, Ji Hyo buli Jungkook” adu Jungkook kesakitan lalu dia mengusap perutnya . Terburai terus tawa Ji Hyo.

“ alaa.. Anak eomma rupanya kau ni” perli Ji Hyo lalu secara tiba² Ji Hyo memeluk Jungkook.

Jungkook terkejut, pipinya terasa panas sekali.

“ gomawo ” ucap Ji Hyo dan berlalu meninggalkan Jungkook yang berdiri bagaikan batu di situ.

End Flashback;

" Aish kenapa lah aku peluk dia. Buat malu je "

Ujar Ji Hyo di dalam hati. Sedang dia asyik mengemas barangnya, dia terdengar satu suara.

“ Aish! Kenapa tak dapat pula ni! ” suara seseorang itu kedengaran marah. Ji hyo menoleh, lalu nampaklah Jungkook yang duduk selang 3 meja darinya sedang mengusutkan (?) rambutnya.

“ budak ni dah kenapa ” tanya Ji Hyo pada dirinya sendiri. Jungkook yang asyik memandang laptop langsung tidak sedar Ji hyo sudah semakin hampir padanya.

Tap.

Meja Jungkook di ketuk Ji hyo. Lalu Jungkook mengalihkan pandangannya daripada screen laptopnya.

“ Ji-Ji Hyo? Kenapa tak balik lagi? ” tanya Jungkook.

Ji Hyo tanpa berkata apa² terus mengambil kerusi dan duduk di sebelah Jungkook.

“ eh Hyo? Kau nak buat apa ni? ” tanya Jungkook apabila Ji Hyo mengambil laptopnya dan menaip sesuatu.

“ Yah! Ji Hy- ”

“ baik kau diam sebelum aku tampar, aku nak tolong kau siapkan tugasan kau ni. Tu je ” ujar Ji Hyo dan mula membantu Jungkook menyiapkan tugasannya.

Jungkook yang duduk di sebelah Ji Hyo hanya memerhati Ji Hyo membuat kerjanya.

" cantik juga kau ni kan dari pandangan sisi? "

Jungkook tersenyum bagaikan orang gila. Ji Hyo yang sedar tentang hal tersebut terus menolak wajah Jungkook hingga jungkook jatuh kerusi.

“ aduii.. ”

“ padan muka, kau fikir aku tak tahu yang kau tenung aku? ”

“ Yah! Kau ni kan! ”

Jungkook mula bergaduh dengan Ji Hyo iaitu dengan mencubit pipi Ji Hyo manakala Ji Hyo pula menarik rambut nya.

Asyik bergaduh, tanpa mereka sedar. Sepasang mata memerhati mereka berdua.

“ Ji Hyo. Aku akan pastikan kau jadi milik aku semula ” ujarnya dengan senyuman yang sinis.

Skip

Sesudah selesai, Ji Hyo dan Jungkook pun hendak pulang.

“ Hyo? Kau tak nak tumpang ke? ” tanya Jungkook yang berjalan seiring dengan Ji Hyo.

“ Tak nak lah ” balas Ji Hyo dengan sedikit kasar. Sakit di pipinya belum pulih lagi, Jungkook cubit kuat sangat.

"Garang nya . Tak pernah aku tengok kau senyum ish "

Jungkook pun berlalu ke motorsikal nya. Namun perbuatannya terhenti apabila dia nampak tayar motornya kempis.

“ aiyoyoyo.. Bocor tayar ka yini ” kata Jungkook ala² orang india.

Tiada pilihan, Jungkook terpaksa berjalan kaki balik ke hotel. Lalu dia mengejar Ji Hyo yang sudah jauh meninggalkan kolej mereka.

Lalu Jungkook berjalan bersebelahan dengan Ji Hyo.

“ pahal kau? ” tanya Ji Hyo.

“ nak balik lah ” jawap Jungkook.

“ kenapa tak balik naik motor kau tu? ”

“ tayar bocor lah ”.

Lalu suasana sunyi seketika. Jungkook menggosok² belakang tengkuknya. Aih, awkward lah pula.

“ aduh. ” adu Ji Hyo tiba² dan kemudiannya dia jatuh melutut. Jungkook sudah cemas.

“ kenapa Hyo? ” tanya Jungkook cemas.

“ buku lali aku sakitlah ” beritahu Ji Hyo. Jungkook mula rasa kasihan, kemudiannya Jungkook membantu Ji hyo berdiri.

Dan tanpa di minta , Jungkook piggy back Ji Hyo.

“ Yah! Kau buat apa ni? Turun kan aku! ” Ji Hyo memukul belakang Jungkook namun Jungkook hanya mengendahkannya.

Lalu muncul idea di otaknya , Ji Hyo kemudiannya memukul leher Jungkook dengan kuat

( Ingat tak masa Ji Hyo buat kat Gary dlm episode running man tu? Author tak ingat mana satu. Hah, macam tu lah buat kat Jungkook dlm ff ni)

“Argh sakit! ” dengan segera Jungkook menurunkan Ji Hyo

Gila sakit macam nak mati rasanya.

“ padan muka ” Ji Hyo menjelirkan lidahnya pada Jungkook dan berlalu pergi meninggalkannya biarpun buku lalinya sakit.

Jungkook menggaru² kepalanya yang tidak gatal.

“ ish budak ni ” itu sahaja yang mampu di ungkapkan oleh Jungkook sambil melihat Ji Hyo yang mulai jauh darinya.

『c』My Enemy Next Door ✾ Jjk  Where stories live. Discover now