↭08

1.6K 182 17
                                    

Jungkook pov

Aku baring di atas katil ku. Lalu aku terfikir kan Ji Hyo. Minah giler tinggal kat bilik sebelah tu lah.

Kenapa hari ni dia senyap je eh? Selalunya bilik sebelah tu bergegar macam gempa bumi. Lagi² kalau ada Jisoo , dua² kepala masuk air.

Tiap² malam aku dengar gelak tawa dorang, tapi hari ni sunyi sangat.

Klakk.. Dump.

Bunyi pintu seperti di kuak dan di tutup mengejutkan aku. Ji hyo ke? Serta merta aku bangun daripada pembaringan ku.

Laju kaki ku di hayun menuju ke pintu, lalu aku buka dan nampaklah Ji Hyo yang sudah menyusuri koridor hendak ke lif.

“ mana dia nak pergi ni? Dah jam 11 malam ” kata aku pada diri ku sendiri.

Pada mulanya aku hendak hiraukan sahaja, tapi tiba² aku rasa tak sedap hati. Tanpa berfikir panjang, terus aku mengambil jaket ku yang elok tergantung di dinding bilik.

Dengan segera aku mengekori Ji Hyo.

Ji Hyo sudah keluar dari perkarangan hotel, dan aku terus mengekori. Jarak aku dengan Ji Hyo hanya 50 meter.

Biar betul Ji Hyo ni? Langsung tak pandang belakang bhaii.. Kalau lah ada pencuri ekori dia, ish nasib baik aku ada hehehe.

Ji Hyo kemudiannya brek secara mendadak dan aku pun bersembunyi di balik tiang elektrik. Alaa.. Confirm dia tak nampak punya.

“ ceh.. Pergi kedai 7Eleven je pun ” kata ku lagi apabila Ji Hyo melangkah masuk ke dalam kedai itu , aku juga turut masuk ke dalam kedai tersebut.

Aku bersembunyi, hmm.. Dia beli keropok, coca cola dua, coklat satu, gula² . Ini itu, berapa banyak dia beli dah..

Setelah Ji Hyo membayar dan keluar kedai. Aku pun ikut je lah dia dari belakang, tapi jarak tu jauh sikit lah.

Kalau lah dia tahu aku ikut dia, mampus aku di kerjakan.

Tiba² aku nampak seorang namja yanh tubuhnya Agak besar dekati Ji Hyo . Cepat² aku bersembunyi di belakang tiang elektrik dan mengintip dorang berdua.

Aku tak tahu dia siapa lagipun aku tak nampak muka dia,  tapi Ji Hyo mcam tak suka je namja tu. Tapi cara dorang dua ni macam dah lama kenal.
“ what?! Dia pegang pipi Ji Hyo? Ni nak carik nahas ni! ”

Nak mendidih darah aku bila nampak namja itu usap pipi Ji Hyo. Tapi terus Ji Hyo tepis tangan namja tu.

Padan muka kau hahahaha!

Pak!

Aku terkaku dan terkejut apabila namja itu tampar Ji Hyo?! Ji Hyo jatuh terjelepok , dia memegang pipinya yang merah.

“ kau milik aku lah sial! ” ujar namja itu lagi lalu dia menampar Ji Hyo buat kali kedua.

Aku menggeletar seluruh badan. Patut kah aku selamatkan Ji Hyo?

...
....
.....

Tbc.

Wah.. Siapa namja tu agaknya eh? ヽ•´з'•ノ patut ke Jungkook selamatkan Ji Hyo? = ̄ω ̄=

『c』My Enemy Next Door ✾ Jjk  Where stories live. Discover now