↭05

1.9K 185 0
                                    

“ Kau?! ” kata Jungkook dan JiHyo serentak. Dua² menundingkan jari mereka antara satu sama lain.

Mrs. Park hanya melihat "drama" yang berlangsung di hadapannya ni.

" Kenapa kau kat sini?! " tanya Jungkook lantang. Bagus² tadi mood baik sekarang dah down.

" Eleh! Patutnya aku yang tanya! Kenapa kau kat sini! " soalan di balas soalan. Mrs Park hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua, sudah lama dia tak melihat drama seumpama ini.

" Mrs. Park! Kenapa saya kena bersebelahan bilik dengan dia?! " tanya Jungkook sambil membuat muka simpati.

Mrs Park hanya ketawa dan mengambil tangan Jungkook lalu meletakkan kunci bilik 55 di telapak tangan Jungkook.

" Ingat, jangan tidur kat bilik lama awak dengan kawan² tak siuman tu. Ini lah bilik baru awak. " Mrs Park kemudiannya meninggalkan Jungkook tercengang sendiri di situ.

Satu idea setan muncul di kepala Ji Hyo. Lalu Ji Hyo mengambil kunci bilik Jungkook dari pegangan Jungkook dan kemudiannya berlari masuk ke dalam bilik 54.

Jungkook yang sudah tersedar dengan segera meluru masuk ke dalam bilik Ji Hyo dan Jisoo.

DAM!

Pintu bilik 54 di tolak Jungkook kasar, sampaikan Jisoo yang duduk di katilnya tersentak.

"Siapa dia ni? "

Jungkook nampak Ji Hyo yang kini berdiri di balkoni biliknya. Dengan senyuman nakal, Ji Hyo menghumban kunci Jungkook jauh².

Harap² hilang lah, biar budak biskut ni tidur kat luar.

" Kunci aku! " teriak Jungkook dan kemudiannya berlari ke balkoni Ji Hyo. Ji Hyo hanya tersenyum.

Dengan senyuman setannya, Ji Hyo menolak Jungkook jatuh balkoni.

" oh shit "

" ARGHHH!! " teriak Jungkook lalu jatuh ke dalam kolam. Nasib baik kolam , kalau lantai dah arwah kau.

Cepat² Jungkook berenang keluar kolam. Sejuk siot! Dah lah sekarang musim sejuk!

" ARGHHH! SONG JI HYO! " teriak Jungkook kuat bagaikan orang gila. Ji Hyo hanya tersenyum sebelum masuk semula ke biliknya.

Jungkook yang kesejukkan memasuki hotel itu semula. Namun baru dia sedar.

" Kunci! "

Setelah sedar, Jungkook kemudiannya mencari balik kunci yang di buang Ji Hyo tadi.

Setelah lama mencari, akhirnya Jungkook jumpa jua dan kembali ke biliknya.

No 55 .

Malam Itu

" Ji Hyo, siapa budak lelaki dari tu? Masuk bilik kita selamba badak je " tanya Jisoo kepada Ji Hyo yang baru selesai mandi.

"oh budak biskut tu memang kurang ajar" balas Ji Hyo sinis lalu mengeringkan rambutnya.

" budak biskut? "

" Siapa budak biskut tu? " tanya Jisoo lagi. Ji Hyo kemudiannya memandang Jisoo, dah sakit ke budak ni. Dia yang bagitau Ji Hyo yang Jungkook tinggal kat bilik sebelah, takkanlah dah lupa?

" Jungkook "

Bilik 55

Jungkook yang baring di katilnya sedang menonton televisyen. Lalu telefonnya berdering.

Tertera nama Jimin di screen iphonenya.

" apa lagi budak ni nak "

Jungkook akhirnya membuat keputusan untuk mengangkat panggilan tersebut. Manalah tau ada kecemasan ke

Jungkookyoboseyoe?

Jimin; kookie, besok kau nak ikut kitaorang ke ataupun kau gi uni naik motor kau sendiri?

Jungkook berfikir seketika. Selalunya kalau ikut dorang Jimin ni, dorang selalunya lambat.

Jungkook;  aku pergi sendiri lah, lagipun aku ada tugasan nak buat.

Jimin;  okay

End Call.

Jungkook kemudiannya mematikan televisyen lalu baring di katil single miliknya.

" Song Ji Hyo "

Jungkook kemudiannya bangun dan duduk lalu menampar² pipi nya. Kenapa pula dia boleh fikir pasal musuh dia ni?

" Aku dah suka dia? "

Jungkook menampar pipinya lagi, kali ini lebih kuat.

" Tak.. Tak mungkin aku suka singa betina tu " Jungkook kemudiannya mengambil keputusan untuk tidur.

Baru sahaja matanya ingin terlelap. Sliding door  ke balkoninya di ketuk seseorang.

Tok.. Tok.  Tok..

" siapa pula ni? "

Jungkook menyelak langsir yang menutup sliding door nya itu.

Terbuntang mata Jungkook apabila yang di lihatnya ialah seorang perempuan, rambutnya panjang dan terburai, berbaju putih membelakanginya.

" ARGHHH!! HANTU!" teriak Jungkook bagaikan perempuan lalu berlari keluar bilik.

Hantu itu kemudiannya ketawa. Jisoo yang berada di balkoni sebelah juga ketawa berdekah²…

" Bagus Hyo ! " puji Jisoo lalu sambung ketawa. Begitu juga dengan Ji Hyo. Rupanya Ji Hyo yang menyamar jadi hantu.

" First time aku dengar dia teriak macam perempuan " kata Ji Hyo lalu sambung ketawa .

Ji Hyo kemudiannya memanjat ke balkoni biliknya dari balkoni bilik Jungkook.

" Padan muka kau Jungkook! "

『c』My Enemy Next Door ✾ Jjk  Where stories live. Discover now