Ketika waktu rehat, semua pelajar berpusu² keluar dari kelas mereka . Jungkook dan rakan²nya yang paling awal keluar , dah kebulur sangat agaknya. Mana tak, setiap pelajaran 2 jam kot.
Ji Hyo membawa fail dan buku teks nya untuk di letak kan di loker nya . Dia menuju ke bilik yang menyimpan segala loker pelajar perempuan.
Ji Hyo memulas tombol pintu dan berjalan masuk.. Tiba² dia tergelincir dan punggungnya selamat mencium lantai.
Dia cuba berdiri namun buku lali kirinya terasa sakit. Terseliuh kot, mana taknya, dahlah pakai kasut tinggi. Ji Hyo memegang lantai, rupanya minyak. Memang sah lah ada orang cube kenakan dia
“ Aduii! Siapa punya kerja ni! Kalau aku dapat, aku masak kau cukup²!” teriak Ji Hyo seperti tahu ada 7 malaun bersembunyi di balik loker dalam bilik tersebut.
“ Wei.. Kaki dia terseliuh lah. Macam dah melampau aku rasa ”kata V perlahan. Yang lain hanya mengangkat bahu kecuali Jungkook.
Dia tersenyum kemenangan.
“ Ni idea kau kan Jin?! Habislah kau ” ugut Jimin lalu membuat muka untuk menakut nakutkan Jin. Jin sudah ketakutan.
“ Tapi korang setuju jugak en? ” Jungkook mencelah, yang lain hanya tersengih. Memang ini idea Jin tapi dorang juga yang setuju.
Kerana sibuk bercerita, mereka bertujuh tidak sedar bahawa Ji Hyo sudah tiada di situ .
“ Wei! Ji Hyo dah hilang! ” kata Suga terkejut. Uish.. Turbo ke laju sangat dah lari.
“ Cari aku ke? ” satu suara kedengaran di corong telinga mereka. Terasa aura membunuh berada di belakang mereka.
“ aku rasa.. ” ayat J-Hope tergantung lalu dia memandang ahli yang lain. Mereka ber-7 perlahan² menoleh kebelakang.
Kelihatan Ji Hyo dengan muka singanya memandang mereka ber-7 seperti hendak makan dorang sekaligus.
“ larii!! ” ujar Namjoon lalu memecut keluar, di ikuti oleh ahli yang lain.
“ kau nak pergi mana?! ” belum sempat Jimin berlari keluar, Ji Hyo menarik lengannya terlebih dahulu.
Jimin meronta ronta minta di lepaskan, rakan²nya yang lain sudah jauh meninggalkan dirinya.
“ Weii! Tunggu aku! ” jerit Jimin.
“JIMIN! AKU JUMPA KAU LAGI BILA KAU DAH KENA BELASAH! ”
Ujar Jin dari jauh lalu memecut memotong ahli yang lain.
Telinga Jimin di pulas oleh Ji Hyo dengan kuat. Jimin mengerang kesakitan..
“ Korang yang buat kan? ” tanya Ji Hyo, mukanya sudah merah menahan marah. Ikutkan hati dah lama budak Jimin ni pengsan di kerjakan.
“ Ya! Ya! Kitaorang yang buat! ” kata Jimin kuat. Ji Hyo kemudiannya melepaskan telinga Jimin . Jimin mengusap telinganya yang sudah kemerahan.
" Boleh jadi chapang telinga akh macam Chanyeol hyung nanti " kata Jimin dalam hati lalu teringatkan hyungnya, Chanyeol.
Telinga Chanyeol kan chapang.. Hahaha..
Ji Hyo hendak berjalan menuju ke bilik rawatan. Buku lalinya sakit.
Ji Hyo jalan dalam keadaan terdencit (?) dencit , Jimin rasa kasihan lalu piggy back Ji Hyo.
Ji Hyo terkejut dengan tindakan drastik Jimin . Lidahnya terkelu.
“ Apa kau buat ni ?” tanya Ji Hyo perlahan. Mukanya sudah merah padam apabila pelajar lain melihat mereka berdua .
“ Tahan sikit.. Kejap lagi dah nak sampai bilik rawatan ” balas Jimin lalu meneruskan langkahnya.
Di balik dinding, ada seseorang yang melihat mereka berdua. Dia mengenggam penumbuk, dia rasa cemburu.
Lalu dia tersenyum sinis.
YOU ARE READING
『c』My Enemy Next Door ✾ Jjk
Fanfic"Hah?! budak biskut tu tinggal kat bilik sebelah?!". Song Ji Hyo merupakan seorang yeoja yang ganas dan juga pantang di cabar, lagi² oleh Jeon Jungkook. Jungkook dan Ji Hyo tidak akan pernah berbaik, namun suatu hari. Jungkook bersebelahan bilik den...