Crush 2

866 29 0
                                    

"KENAPA ni weh? Kenapa kau menangis macam ni?" Rina memelukku. Aku tidak dapat lagi menyembunyikan air mata. Menyesal dan malu aku dengan Rina. Aku tak sepatutnya bertindak melulu. Ahhhh! Melihatkan aku yang membisu,Rina mengangkat badanku yang sudah lemah. "Bangunlah. Duduk atas kerusi. Kejap lagi budak lain dah nak masuk kelas ni. Tak malu ke kalau dorang tengok kau macam ni?" Aku hanya membiarkan tindak-tanduk Rina. Air kosong yang memang aku bawa dari rumah dihulur oleh Rina. Terharu juga aku apabila Rina mengambil berat tentangku. Tangisanku mula berhenti. Aku mengelap muka menggunakan sapu tangan Hello Kitty kegemaranku. Aku memandang Rina yang masih kelihatan risau di hadapan mejaku. "Thanks Rina." Rina hanya tersenyum lalu kembali ke tempat duduknya di sebelahku. Rina menyambung latihan Add Math yang tergendala kerana aku tadi. Aku hanya merenung kosong buku teks Biologi. Selepas ini waktu Biologi,Cikgu Haris. Pelajar kelas 5 Tekad sudah mula masuk dan menyediakan buku untuk ke makmal sains. "Jom?" rina tersenyum sambil menarik tanganku. 

"Selamat pagi,cikgu!" Cikgu Haris berdiri cekak pinggang di hadapan sambil tersenyum sinis. Baju kemeja berwarna ungu menjadi pakaiannya hari ini. Untuk pengetahuan semua,Cikgu Haris ni memang segak dan kacak orangnya. Beliau juga muda dan bujang! Memang tak pelik la kalau ramai pelajar dan guru yang minat dekat Cikgu Haris ni. Itu aku tak kisah sangat la. Sebab aku bukannya suka sangat Cikgu Haris ni. Dia suka sangat target aku dalam kelas! Lepastu , selalu nak kenakan aku dalam kelas. Menyampah betul aku~ 

 "Baik,kelas. Sebelum kamu duduk,saya nak buat kuiz. Awak nampak saya , handsome kan harini?" Harini hari jadi saya. Hahahaha.." Tiba-tiba je kan. Tak ada yang tanya pun. Perasan tahap burung merak . Ada yang ketawa terbahak-bahak , ada juga yang tersenyum kambing. Aku hanya merenung pemandangan di luar makmal. Entah apa yang aku nampak dari tingkat 4 tu pun aku tak tahu. Mungkin merenung awan. Tiba-tiba Rina menyiku tanganku. Aku memandangnya dengan perasaan tak puas hati. Ish , potong mood betul dia ni! Rina memberi isyarat mata yang aku faham sangat maksudnya "Cikgu Haris!!" kata mata Rina. Heh. Aku memandang ke arah Cikgu Haris. Alamak! Dia tengah pandang aku dengan senyuman sinis dia tu. Haihh , kantoi pulak dengan Cikgu Haris.

Cikgu pandang aku,aku pandang cikgu. Err ... aku nak cakap apa lah ni.. "Maaf,cikgu." Aku tahu itu kesalahan aku,jadi perkataan maaf sajalah yang keluar. Cikgu memandang aku lagi. Tanpa berkata apa-apa. "Awak tahu apa salah awak?" aku hanya mengangguk. "Kelas, patutkah kita denda kawan kamu ni?"  "DENDA!!!!"  Aduh , satu kelas sepakat. "Sebelum saya denda, saya nak tanya kamu satu soalan,Zeera. Apa yang kamu tengok dan apa yang kamu sedang fikirkan?"  Nah. Padan muka kau,Zeera. Takkan kau nak bagitahu yang kau tengah frust pasal Aizat? Tak boleh tak boleh. Tanpa ku duga, aku terdengar satu suara dari belakang . Suara tu berbunyi agak puaka bagi aku. "Cinta dia kena reject cikgu!"  Serta merta mukaku terasa panas. "Oh my god. this is serious. Mesti dia nampak kat kantin tadi!"  Rina hanya mampu memandangku dengan perasaan simpati.  Kelas mula bising. Semua bercakap pasal aku agaknya. Ada yang mentertawakan aku.  Aku tak dapat menahan malu lagi. Terus aku berlari keluar menuju ke tandas. Aku menutup pintu tandas serapat-rapatnya. Aku tak mahu ada orang lain di dalam tandas tu selain aku. Perasaan malu sangat! 

Crush, Aku Cinta Kau!Where stories live. Discover now