SETIBANYA aku di Satria Mall,aku terus menelefon kekasihku,Zul. Lama jugak nak tunggu dia angkat call ni. Aduh , buat aku panas hati je ditambah pula dengan terik mentari . Menggeledak darah aku. Merungut-rungut aku di pintu masuk Satria Mall. Bangla tukang sapu ni pulak asyik pandang-pandang dari tadi. Argh! Where are you Zul?
Selang 2,3 kali aku mendail nombor Zul,akhirnya diangkat juga. "Fuhh..." Suara kelegaanku kedengaran di cuping telinganya. "Lama tunggu? Sorry tadi I pergi tandas." Amboi,rilek aje bila dia lambat kan? Tak menepati masa betul. Sakit pulak hati kita ni. Tapi aku hanya mampu meluahkan kata-kata itu di dalam hati. Takpe,demi kekasih kesayanganku , aku rela menunggu walau seribu tahun pun. Ambik , hiperbola sangat .
"Helloooo?' Eh,jauh pulak aku mengelamun. "Ha ye .. ye.." "Dengar tak apa I cakap tadi? "Err.. tak ,sorry. ulang balik?" "I cakap you dah sampai ke? Kalau dah,tunggu I dekat Restoran Rimba,5 minit lagi I sampai." "Oh , okay." Sesuka hati jiwa nurani je mengarah aku. Sabar jela wahai hati.
Sesampai aku di Restoran Rimba, aku mengambil tempat yang agak tersorok daripada pandangan orang lain. Bukan apa, taknak orang ramai dengar perbincangan kami nanti. Tak kisahla baik ataupun buruk. Mana pulak Zul ni... Dah 10 minit aku tunggu. Aku hanya mampu berharap Rina belum sampai dan Zul akan detang dengan segera. Aku takut Rina menganggap aku tidak menepati masa. Tiba-tiba Zul menerpa ke arahku. Memang terkejutlah aku. Pucat lesi muka aku .
"Tak reti bagi salam ke? Nasib baik I tak ada sakit jantung,kalau tak memang jalanlah I harini." Zul hanya mematung , tiada respon dengan bebelku. Dia duduk di hadapanku. Walaupun mukanya serious , tetap terserlah ketampanan dia. Aduh,hensemnya dia hari ni. Baru aku perasan dia semakin hensem. Rambut dia disisir rapi.. Oh , hatiku mencair.
"Termenung apa? I nak cakap ni. Dengar betul-betul." Baru aku sedari,aku hanya berceloteh di dalam hati. Tak mampu aku hendak meluahkannya,kelu lidahku. Aku merenung ke dalam anak matanya. Aura serious mula mengepung kami. Hatiku resah menunggu perkataan yang akan keluar dari mulut Zul. Berita gembira? Mungkin Zul akan melamar aku? Haish , perasan. Berita buruk? Mungkin .. Eh , malaslah nak fikir. Cuba berfikiran positif sikit Azeera?
"I nak kita putus. Dan you jangan contact I lagi." Lancar sahaja dia meluahkan kata putus. Nampak sangat perasaannya sudah lama memudar. Tanpa ku pelawa,air mata turun membasahi pipiku. "Tapi kenapa ? Apa salah I,Zul? You dah tak sayangkan I ke?" Banyak lagi persoalan yang bermain di benak fikiranku. Namun hanya itu yang mampu ku luahkan. "Hei,you tak ingat ke kita ni menjalinkan hubungan sebab apa? Your dad kan? I tak pernah ada perasaan pun kat you. You are not my type." Menusuk dalam ayat-ayat yang Zul lontarkan hari ini.
Aku teringat peristiwa yang telah membawa hubungan kami sejauh ini. "Ayah nak Zeera dengan Zul menjalinkan hubungan,berkenalan dengan lebih rapat mulai sekarang." "Tapi ayah...Zul tu..." Tak sempat aku menghabiskan ayatku , ayah membantah. "Zeera,please? Ayah tak dapat nak jaga Zeera sepenuhnya,berikan perhatian sepenuhnya kat Zeera. Kerja ayah , Zeera faham kan? Sangat sibuk. Lagipun ayah ni dah semakin berusia. Bila ayah tiada,siapa yang nak jaga Zeera?" Ayah tetap inginkan Zul dan aku berkahwin sebaik sahaja umurku mencecah 22 tahun. Zul merupakan anak kepada CEO Syarikat Maju Sdn.Bhd. Ayah mempunyai hubungan rapat dengan CEO syarikat tersebut,Encik Lokman. Ayah mempercayai bahawa Zul seorang yang baik dan bertanggungjawa pada ketika itu. Namun,ayah belum mengenali Zul di sebalik topengnya. Kaki Zul itu , sering saja melangkah ke dalam kelab-kelab malam. Perempuan tak cukup kain , mengelilinginya setiap hari. Macam tu ke ayah nak jadikan menantu ? Menantu hantu layaklah. Aku menerima Zul dengan hati terbuka hanya kerana permintaan ayahku. Aku berazam , aku mahu mengubah Zul seperti apa yang dibayangkan oleh ayah. Aku juga belajar mencintai dan menyayangi Zul sepanjang hampir 2 tahun ini aku berhubungan dengannya. Tapi ternyata,Zul tidak pernah belajar untuk menerima kehadiranku. "Zeera? I minta maaf lah. I tak dapat nak teruskan pembohongan ni. I dah ada pilihan hidup I sendiri. Pasal your dad dengan my dad, biar I yang settlekan." Aku hanya melihat susuk tubuhnya bangun lalu meninggalkan aku. Aku? Hanya seorang mak sanggup yang menerima apa sahaja orang kehendaki. Dulu,aku akur dengan ayahku. Sekarang,aku ukur dengan pemutusan hubungan daripada Zul. Sampai bila kau nak jadi seperti lembu ditarik hidungnya? Its time for you to wake up Zeera. Tiba masanya kau yang membuat keputusan. Aku menggenggam tanganku,kononnya berazam lah tu. Nasib baik tiada yang jadi tukang perhati. Segera aku pergi ke tandas dan membasuh muka. Sempat aku touch-up muka yang tadinya sembap kerana menangis. "Keep strong babe." Hatiku memujuk.

ANDA SEDANG MEMBACA
Crush, Aku Cinta Kau!
Roman pour AdolescentsMengisahkan tentang seorang gadis , Zeera yang bermasalah dengan kekasihnya. Dalam pergelutan memperbaiki hubungannya itu , Zeera telah bertemu kembali dengan crushnya sewaktu sekolah menengah. Konflik percintaan Zeera bertambah hebat apabila Cikgu...