"Azeera , mari turun kejap," tiba-tiba wajah ayah muncul di muka pintu. Berderau sekejap darah aku,terkejut. Tapi , ayah panggil aku dengan nama penuh. Muka pun macam pontianak kena paku je aku tengok. Dag dig dug bunyi degupan jantungku.
Segera aku mendaftar keluar akaun facebook yang dari tadi aku layari. Berdebar jantungku di saat menapak turun anak tangga. Anak mataku tertumpu dengan susuk tubuh yang ku kenali. Keluhan dilepaskan. "Akak , apa dah jadi ni?" Ameera menarik lengan bajuku sebaik sahaja langkahku terhenti di depan tangga. Aku hanya mampu melemparkan senyuman kosong buat adikku. Ayah memandangku lalu memanggilku untuk duduk di sebelahnya.
Kekok terasa suasana pada petang itu. Mujurlah Zul memulakan kalamnya. "Macam ni lah uncle. Zul ada pilihan hati Zul sendiri. Zul taknak keadaan jadi lebih teruk kalau Zul teruskan lagi hubungan ni." Suasana yang agak tegang itu memberi tekanan terhadap kepalaku. Aduh , berdenyut pula waktu genting macam ni. Ayah yang tadinya cuma bersandar pada sofa , kini menegakkan posisinya. "Tapi kenapa baru sekarang? Dulu, bukan main Zul setuju." "Waktu itu Zul tak tahu nak buat keputusan lagi uncle. Zul bercelaru. Zul minta maaf sangat uncle , papa. Zul tak boleh nak teruskan. Zul dah ada calon isteri Zul sendiri." Terkejut semua orang di ruang tamu itu,termasuklah ibu bapa Zul. Entah kenapa, terasa seperti sembilu yang menusuk-nusuk jantung di saat Zul membuat pengakuan dia sudah mempunyai calon isteri. Ala , apa kau nak peduli Zeera? Orang macam tu tak layak jadi suami kau. Entah pandai imam ke tidak. Buat susah kau je nanti.
"Sejak bila kamu ni ada calon isteri? Setahu papa, perempuan yang kamu selalu bawa ke sana ke mari itu perempuan murahan! Papa tak mahu ada menantu yang tak kenal harga diri sendiri. Apa tak elok lagi ke Azeera ni? Sekurang-kurangnya boleh juga bimbing kamu," keras suara Encik Lokman. Isterinya,Puan Maria cuba menenangkan suaminya yang sudah mula nak naik angin. Kalau angin sepoi-sepoi bahasa tak apalah juga. Ini angin taufan puting beliung. Bahaya.
Baru aku tersedar,riak muka ayah sudah berubah. Mungkin pelik dan hairan dengan apa yang dikatakan oleh Encik Lokman sebentar tadi. "Kejap, apa yang kau katakan ini Lokman? Perempuan murahan?" Encik Lokman tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya. Cermin matanya dibuka dan kepalanya ditundukkan. Kesal benar dengan perangai anaknya. Mungkin juga malu.
"Uncle,Zul minta maaf. Selama ini , Zul bukanlah seperti yang uncle sangkakan. Zul tak layak untuk jadi suami Zeera. Zeera terlalu baik, tapi Zul sebaliknya. Zul harap uncle faham."
Aku merenung dalam-dalam mata Zul. Aku tahu,di sebalik kesetanan dia tu , pasti ada juga sisi baiknya. Aku mula menerima hakikat bahawa Mohd Hafizul bukan jodohku. Air mata mula mengalir di pipi. Walaupun kebelakangan ini Zul meminggirkan aku,namun setahun yang lepas memberi seribu satu kenangan manis aku bersamanya. Segala pertengkaran yang berakhir dengan pujukan , ah tak mungkin aku lupakan.
"I harap you bahagia. Thanks for everything." Cincin lamaran daripadanya yang masih elok tersarung di jariku perlahan-lahan aku buka. Aku meletakkan cincin itu di atas meja lantas berlalu pergi. Ameera yang sedar kehadiran air mataku,mengekoriku masuk ke bilik. Sebelum kaki ku langkah menaiki tangga, sempat aku berpaling padanya. "Kahwin nanti , jangan lupa jemput I okay?" Tak mahu melihat senyuman manisnya,terus aku berlari naik ke atas bersama Ameera.
Aku mengunci pintu sebaik sahaja Ameera berada di dalam bilik bersamaku. Aku tidak janggal bersamanya ketika bersedih. Aku tahu,di sebalik kenakalannya masih ada sifat seperti ibu, pendengar yang baik. "Akak sabar eh. By the way, abang Zul tu suka berkepit dengan perempuan murahan? Akak tahu ke pasal ni?" Mulalah tu nak korek rahsia orang dewasa. Sibuk je budak kecil ni. "Akak tahu lama dah dik. Sebelum ayah pasangkan akak dengan abang Zul lagi akak dah kenal siapa abang Zul yang sebenar." Ternganga mulut Ameera mendengarkan pernyataan itu. "Dah tu,kenapa akak sanggup juga? Kalau Meera, sorrylah. Mati hidup semula pun Meera tak ingin." Pipinya yang comel aku cubit sekuat hati. "Ouch! Akak,sakitlah!" Sengaja aku menyakatnya. Mana taknya , dia pulak yang over emosi. "Dahla , akak tak menyesal pun dia tinggalkan akak. Bersyukur lagi adalah!" "Kan? Lepasni bolehla akak cari abang ipar yang lain untuk Meera!" Belum sempat aku mencubit pipinya sekali lagi, pintu bilikku diketuk. Siapa lagi, dah tentu ayah.
Tombol pintu aku pulas perlahan-lahan. Aku membiarkan ayah masuk ke dalam bilikku. "Zeera, ayah minta maaf kerana pilihan ayah salah. Ayah takkan pasangkan kamu dengan Zul tu kalau ayah tahu perangai dia macam itu." Bahuku dipeluk. Teringat aku akan arwah ibu. Ibu,kalau ibu masih ada,mesti semua ni tak mungkin berlaku. Mungkin juga ayah takkan berasa dirinya teruk sebegini.
"Ayah,semua yang berlaku tu ada hikmahnya. Dahla , Zeera tak sedih pun. Ayah ni over lah. Sama macam Meera. Zeera tak ada apa pun." Tidak menginginkan aura negatif berleluasa di dalam bilikku, segera aku menceriakan suasana. Ayah hanya tersenyum dan memelukku sekali lagi. "Ehem, berdua je ke?" Meera yang dari tadi duduk di atas katil berdehem cemburu sambil memeluk tubuh. Aku dan ayah saling berpandangan. "Nak ajak sekali ke budak kecil tu?" Ayah mengenyit mata kepadaku untuk menyakat adik kesayanganku itu. "Hmm, tak payah kot. Budak tu busuk lah. Bau petai." Tergelak kami berdua pada petang itu. Meera hanya menjuihkan bibirnya. Melihatkan perangai Ameera, segera aku dan ayah menariknya bangun. Pelukan kami bertiga pada petang itu pasti lebih meriah dengan kehadiran ibu. Kami bertiga senyum dan ketawa seolah-olah tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Di sebalik senyuman kami, masih terselit kerinduan yang amat mendalam kepadamu ibu. Semoga ibu tenang di atas sana. Amin.

ANDA SEDANG MEMBACA
Crush, Aku Cinta Kau!
Ficção AdolescenteMengisahkan tentang seorang gadis , Zeera yang bermasalah dengan kekasihnya. Dalam pergelutan memperbaiki hubungannya itu , Zeera telah bertemu kembali dengan crushnya sewaktu sekolah menengah. Konflik percintaan Zeera bertambah hebat apabila Cikgu...