"Ayah, Zeera pergi dulu eh. Dah lambat ni. Kelas mula pukul 9 pagi," kelam-kabut aku pada pagi itu. Jam tangan Casio yang baru saja ku pasang pada pergelangan tangan kiri menunjukkan pukul 8.45 pagi. Aduh,ini semua gara-gara aku melayan Runningman malam semalam!
Laju tangan ayah ku tarik untuk bersalaman. Ayah yang sedang menikmati nasi lemak terpinga-pinga dengan perbuatanku. "Nanti tolong cubitkan Meera eh." Sempat aku memikirkan Ameera yang tiba-tiba diserang demam panas pada pagi itu.Disebabkan itu jugalah ayah terpaksa mengambil cuti untuk membawa Ameera ke hospital berdekatan. Ayah hanya menggelengkan kepala melihat kerenahku yang dari dulu sampai sekarang memang suka menyakat Ameera. "Hati-hati bawa kereta tu! Kamera AES merata sekarang ni." Sempat lagi ayah memberi teriakan khidmat nasihat kepadaku yang sudah menyarungkan kasut.
Keretaku menyusur lancar di jalan raya dengan had kelajuan 120km/j . Mujurlah tiada kesesakan lalu lintas. Tiba-tiba telefonku berdering. "Aduh, waktu macam ni lah ada orang nak telefon lah apa lah." Aku mengomel sendirian. Panggilan itu ku biar tidak berjawab. Kalau jawab, nahas la aku.
Setelah yakin keretaku masuk ke dalam petak parking dengan kemas,aku keluar terus menghala ke Auditorium Cempaka. Perlahan-lahan aku menolak pintu auditorium. Berdebar-debar jantungku. Jam menunjukkan pukul 9.05 pagi. Walaupun hanya lambat 5 minit,aku tetap gelisah. Bukan kerana pensyarah yang garang,tetapi aku memang tidak suka datang lewat.
Semua mata tertumpu padaku sebaik sahaja aku melangkah masuk. Rasanya aku tak ada bunuh atau langgar orang tadi. Kenapa perlu pandang aku macam gitu? 10 saat yang aku rasa tempoh masa panjang akhirnya tamat jua. Semua pelajar kembali normal dan bercakap sesama sendiri. Lega rasa hati apabila aku lihat tiada pensyarah lagi di hadapan. Segera aku mencari tempat duduk di bahagian hadapan. Senang sikit nak fokus.Walaupun kadangkala pelajar di barisan hadapan menjadi mangsa semburan air liur pensyarah,tidak mengapalah.Berkat. Hahaha..
"Encik Razi tak masuk lagi ke?" soalku kepada wanita yang sedang khusyuk membaca novel di sebelahku.Tiada perkataan yang aku dengari. Hanya sebuah gelengan kecil diberi kepadaku.Amboi, khusyuk sangat membaca sampai tak sedar siapa yang bertanya.
"Dah masuk dalam buku ke?" Sengaja aku menyindirnya. Mana taknya,kawan baik dia sendiri pun dia tak perasan. Laju matanya menangkap suaraku. "Eh,Cik Azeera rupanya.Aku fikir kau tak datang tadi. Kenapa lambat?"
"Ye,Cik Julia. Aku bangun lambat lah. Seronok sangat tengok Runningman malam semalam sampai pukul 3 pagi." Julia hanya menggelengkan kepalanya.
Baru sahaja hendak melihat skrin telefon,ada suara yang menegurku dari belakang. "Hai Azeera!" Tanpa memandang pemilik suara itu,aku menjawab selamba. "Hai." Dalam fikiranku , cuma pelajar lelaki nakal yang sekelas dengan aku. Mataku khusyuk melihat skrin telefon. Tadi Rina telefon? Oh,dalam kereta tadi.Tapi,nak apa pagi-pagi macam ni?
"Aik?Tak sopan tau cakap tak pandang muka orang tu.Pandanglah sini." Ish, budak-budak ni kan,kalau tak ganggu hidup orang lain tak boleh ke? Menyampah pula rasa hati ini. Dengan kasarnya , aku pusing ke belakang. Penuh dengan perasaan menyampah.
"Haa,baru nampak muka comel awak tu." Nak terkeluar rasa biji mata ni apabila pemilik suara itu ialah... Lelaki Superman?! Nasib baiklah tak boleh terkeluar biji mata ni. Kalau tak, susahkan aku nak kutip semula. "Woi,kau ikut aku eh? Stalker!" Lelaki itu hanya tersenyum. Ei,tak payah nak pamer senyuman kau tu. Ingat aku boleh cair? Bermimpilah.
Baru sahaja dia nak membuka mulut, Encik Razi melangkah masuk. "Maaf saya lambat. Ada mesyuarat tadi. Jadi,saya dapat tahu ada pelajar baru dalam kelas kita ni?" Budak baru? "Oh awak. Nama?" Aku memandang ke belakang. Jadi, lelaki superman tu sama course dengan aku? Oh tidak... "Aizat." Ringkas sahaja jawabnya. Selepas beberapa kali terserempak,baru hari ini aku tahu nama dia. Tapi , dia cakap nama dia Aizat? Macam kenal. Hati aku sudah rasa pelik semacam. Seakan perasaan yang pernah aku rasa sewaktu sekolah menengah dulu. Ish, bukan dia lah Azeera. Pelanduk dua serupa je. Entah-entah dia Aizat Hamdan ke apa ke.. Bukannya Aizat Akhbar kau tu dulu. Aku cuba menyedapkan hati sendiri.
Akhirnya, waktu yang dinanti-nantikan telah tiba. Perut aku sudah lama bergendang semasa mendengah syarahan Encik Razi tadi. Keluar dari auditorium, aku mendail segera nombor Rina.
"Telefon siapa tu kak?" Aku memandang ke arah suara itu. Seperti yang ku jangkakan,Rina menghampiriku. Tersenyum-senyum dia.
"Eh,Rina! Kau buat apa kat sini? Cari aku eh? Terharu sungguh." Kami berpelukan seperti dah lama tidak berjumpa. Padahal, baru semalam jumpa.
"Cari kau buat apa.. Cari jodoh lah. Hahahaha..." Rina membuat lawak hambarnya itu.
"Serious la makcik. Aku jual kau nanti baru tahu." Aku mencubit manja pinggangnya sambil ketawa.
"Aduh! Hish, aku sambung belajar dekat sini lah sayang. Course designing." Rina menjungkitkan keningnya ala ala The Rock. Baru sahaja kami nak merancakkan perbualan, ada lagi suara yang tak dikehendaki mencelah. Tak perlu aku toleh, mukanya terpampang depan aku.
"Jom pergi makan?" Aizat menegurku. Memaparkan senyumannya seperti iklan Colgate. Maaf ye cik, kami taknak ambil duta untuk apa-apa iklan ubat gigi. Tersengih sendiri aku mengusiknya dalam hati.
"Haa bagus jugak tu! Perut I pun dah lapar ni. Your treat okay. Jom." Rina terus menarik tanganku sambil mengenyitkan mata kepadaku. Tersentak sekejap Aizat apabila Rina menyuruhnya belanja. Sekali-sekala apa salahnya nak kenakan dia ni..
"Apa tunggu lagi tu? Tadi nak sangat ajak makan,jomlah." Aku menegur Aizat apabila melihat dirinya masih kaku di tempat tadi. Senyuman perli aku hadiahkan buatnya. Terasa seronok dapat kenakan dia. Itulah,nak usik aku sangat kan selama ni...
"Eh, haha okay. I'm coming." Aizat tersipu malu lalu menggaru kepalanya. Ada kutu ke? Hehe, tapi comel pula bila aku tengok dia tersipu malu macam tu. Dengan senyumannya.. Eh... stop Zeera! Apa yang kau cakap ni. Merapu je tahu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Crush, Aku Cinta Kau!
Teen FictionMengisahkan tentang seorang gadis , Zeera yang bermasalah dengan kekasihnya. Dalam pergelutan memperbaiki hubungannya itu , Zeera telah bertemu kembali dengan crushnya sewaktu sekolah menengah. Konflik percintaan Zeera bertambah hebat apabila Cikgu...