Sejurus panggilan dimatikan,Meera sudah menuruni tangga. Kami duduk semeja. Bak kata ibu, makan bersama-sama merupakan salah satu cara mengeratkan hubungan sesama keluarga. Kami mencedok nasi ke pinggan masing-masing.
"Kenapa bangun lambat harini?" Belum sempat Ameera menyuap nasi ke dalam mulutnya,aku sudah menyoal seperti polis . "Err..Meera tidur lewat semalam. Pukul 4 pagi." Kata Meera sambil tersengih seperti kerang busuk. Aku menjegilkan mataku. "Kau buatpe hah sampai 4 pagi baru nak tidur?" "Online,tengok drama korea." Ringkas sahaja jawab Ameera lalu menjamu nasi goreng di hadapannya. "Astaghfirullahalazim. Kau tu nak PMR tahun ni Meera. Lagi berapa bulan je. Masih belum sedar? Kan ibu dah pesan,jangan leka dengan media sosial. Kau nak akak rampas ke laptop kau macam ibu pernah rampas dulu?" Panjang lebar aku berceramah. Nasi yang terpampang depan mata, belum lagi dihambar oleh aku. "Yelah , Meera minta maaf." Perkataan maaf yang keluar dari mulutnya aku rasa sudah tiada makna. Aku mengeluh. Terasa kesal dengan sikap adikku yang terlalu terjebak dalam aktiviti sosial alam maya. "Hmm , minta maaf sekarang lepastu kau ulang semula kesalahan yang sama. Kau ni......" Belum sempat aku menghabiskan butir bicaraku di pagi hari, Ameera mencelah. "Kak , ibu kata tak baik marah-marah depan rezeki." Pada mulanya aku ingin naik angin kerana dia mencelah cakap orang yang lebih tua , ceh tua la sangat .Namun , terfikirkan pesan ibu , aku terpaksa menghentikan hujah ku. Kami mengisi perut masing-masing tanpa bicara lagi.
"Study group pukul berapa?" Aku menyoal Meera selepas siap mencuci pinggan mangkuk. Licin dan tiada berbaki nasi goreng pagi itu! Kami berdua memang suka makan. Tapi jangan salah tafsir, badan kami tetap maintain kurus. Hehehe...
"Pukul 11 pagi. Ain,Sarah, dan Mai yang datang harini." Aku mengangguk perlahan. "Nanti pukul 12 akak nak keluar dengan kawan akak. Meera duduk rumah hati-hati ya. Pastikan pagar rumah tu sentiasa kunci. Nanti goreng la nuget atau ayam,jamu kawan makan. Ingat, belajar ! Bukan main-main bergosip pulak."
Siapa lagi yang nak nasihatkan Ameera kalau bukan aku? Nak harapkan ayah, sentiasa sibuk mencari rezeki. Lagipun ibu dah berikan amanah dan kepercayaan kepada aku untuk menjaga satu-satunya adikku. Aku segera naik ke atas untuk bersiap. Harini hujung minggu,orang baru dapat gaji pula tu. Memang bersesaklah umat manusia di atas jalan raya. Aku mencari-cari telefon bimbitku. Eh,ada missed call? 4 missed call daripada Zul. Ligat kepala otak aku merembeskan persoalan demi persoalan. Tadi bukan main tergesa-gesa matikan panggilan,sekarang cari balik? Laju jari aku mendail nombor jejaka kesayangan aku. Tak sempat aku menghayati lagu Hanya Aku nyanyian Hyper Act yang menjadi caller ringtone Zul,panggilanku sudah diangkat.
"Busy sangat ke ? Haihh.." Eii , apa ni.. Salam pun tak ada,terus nak marah-marah. Kasi lencong mood aku je. "Tadi turun makan kejap. Ada apa missed call sampai 4 kali?" Sambil menyelak-nyelak baju yang tergantung di dalam almari. Nak pakai baju apa lah harini.. "I nak jumpa you kejap. Ada hal I nak cakap dengan you." Tak betul agaknya kekasih aku ni. Tadi taknak jumpa,sekarang sebaliknya. Tapi , tadi dia cakap ada hal nak cakap? Sekali lagi otakku dipaksa untuk merembes persoalan demi persoalan. Terasa jantung berdegup kencang , laju mengalirkan darah ke seluruh organ di dalam tubuhku. Selalunya,kalau dalam drama Melayu , hal yang nak dibincangkan itu berita buruk. Ditambah pula dengan suaranya yang agak serious. Mendadak naik meter kerisauan aku.
"You kata tadi you busy? I dah janji dengan kawan I nak keluar dengan dia pergi Satria Mall." "Alahai dia ni. Bukan jumpa lama. Nak cakap sikit je. Jumpa kat Satria. Dah sampai nanti call." Tiada lagi suara lunak yang menjadi kegemaranku setiap masa di hujung talian. Yang hanya ada ialah bunyi "Tutt...Tutt.. Tutt..." Senang je lelaki ni kan? Mereka saja nak betul. Mereka fikir mereka berkuasa sangat ke? Hei, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia okay. Memikirkan sayang aku pada dia, aku hanya akur. Aku mencapai baju berwarna hitam dan segera menukar pakaian. Tudung bawal pemberian ibu berwarna merah ku sarungkan. Hmm , comel macam ibu. Eh , terpuji diri sendiri pulak. Sentuhan akhir pada muka lalu aku mencapai kunci kereta Myvi Extreme yang dihadiahkan oleh ayah sempena hari lahirku yang ke 20,tahun lepas.
Sebaik sahaja aku turun, rakan Ameera,Ain sudah berada di ruang tamu. "Eh,Ain dah sampai." Terkejut beruk Ain apabila aku menyapanya secara tiba-tiba. Ain tersenyum menampakkan lesung pipitnya. "Akak dah nak keluar ke? Meera nak kirim boleh?" soal Meera yang keluar dari dapur membawa air oren. "Meera nak kirim apa?" "Kirim salam kat abang yang kerja dekat Baskin Robbins. Nama dia Azam." Terus tertawa kami bertiga. aku mencubit manja pipinya. "Gatal eh. Entah bila masa dia berkenalan. Bagitau ayah nanti. Dah,pergi belajar sana. Ain,kalau Meera taknak belajar,ketuk je dia tu." Mataku dikenyitkan kepada Ain.
Seusai bersalam dengan Meera, aku terus menuju ke arah kereta kesayanganku. Dalam pemikiranku masih berlegar-legar perbualanku dengan Zul. Hal apa agaknya yang penting sangat tu. Aku memandu sambil telinga ku di hiburkan lagu-lagu di radio. Ramalanku benar belaka, sesak! Hanya mampu bersabar jela..
YOU ARE READING
Crush, Aku Cinta Kau!
Novela JuvenilMengisahkan tentang seorang gadis , Zeera yang bermasalah dengan kekasihnya. Dalam pergelutan memperbaiki hubungannya itu , Zeera telah bertemu kembali dengan crushnya sewaktu sekolah menengah. Konflik percintaan Zeera bertambah hebat apabila Cikgu...