LAGU Mirrors nyanyian Justin Timberlake berkumandang sambil memaparkan nama Rina. "Assalamualaikum darling. Kau dah sampai ke? Aku kat KFC ni. Lapar lah wei." Keceriaan Rina menenggelamkan segala sedih duka sebentar tadi. Kau memang penyelamat aku,Rina. "Waalaikumsalam. Aku kat tandas. Kau tunggu situ. Kejap lagi aku sampai."
Nafasku tarik dalam-dalam. Nasib baiklah tandas mall ni wangi. Kalau tak,confirm aku lemas gara-gara menarik udara tidak segar ke dalam rongga hidungku.Langkahku atur terus ke KFC. Meliar mataku mencari susuk tubuh Rina. Sudah 3 tahun tak jumpa. Entah-entah dia dah berisi sampai aku tak dapat nak cari dia.Tiba-tiba aku ternampak seorang gadis memakai selendang bercorak tribal melambai ke arahku. Aku menggosok mataku. Dah apahal minah tu macam beruk je aku tengok. Aku pandang ke belakang. Manalah tahu aku yang perasan sendiri. Tapi tak ada orang lain pulak. Aku masih berdiam diri sehingga Rina menelefonku.
"Woi! Sini lah. Penat aku terlambai-lambai dari tadi!" Aku memandang semula ke arah gadis tadi. Laa , Rina rupanya... Segera aku ke arahnya sambil ketawa.
"Ya Allah. Alhamdulillah dah berhijab kau sekarang Rin. Patutlah aku tak dapat kenal pasti kau. Dah pakai cermin mata pula tu. Badan pun.. hmm.." Sengaja aku memicit-micit lengannya yang aku rasa sudah berisi. Rina menepis tanganku.
"Hish,kau ni. Aku masih dalam golongan slim tahu. Pasal cermin mata,aku ni kan belajar Law. Banyak sangat membaca siang malam , itu yang huruf-huruf dalam buku tu tikam mata aku. Tu yang jadi rabun sikit haa." "Tudung? Jangan cakap dah sampai seru.Seruan Allah dah lama ada dalam Al-Quran."
Penghijrahan Rina membuat aku tertanya-tanya punca sebenarnya. Muka Rina juga semakin berseri-seri. Dah kahwin ke dia ni? "Tudung? Err... adalah satu insiden yang buat aku tersedar. Nantilah aku cerita. Jom makan?" Kalau bukan kerana perutku yang sudah bergendang tarian singa,sudah lama aku memaksanya bercerita sekarang.
Memandangkan hari ini cuti, memang kena beratur panjanglah nak buat pesanan.Semasa beratur, aku dan Rina seperti cacing kepanasan. Tak reti diam. Bercakap je. Banyak benda yang kami nak bualkan setelah 3 tahun tidak bersua. Tapi,perbualan sebenar belum bermula. Nanti orang keliling sibuk pasang telinga pula. Kami berborak kosong.
"Weh , aku dah putus dengan Zul." Emel terakhir aku padanya,sempat aku bercerita tentang Zul. Seperti aku,Rina tidak menyukai hubungan aku dan Zul. Zul memang dikenali ramai sebagai 'buaya darat'.
"Seriously? Bila?" Mulalah nak tunjuk muka terkejut macam biawak kena sergah tu. Aku tersengih. Entah kenapa, terasa seperti satu beban telah diangkat pergi. Kesedihan yang aku sangka akan berpanjangan,kini telah hilang. Malah aku rasa bebas dan boleh tersenyum 180darjah di saat menyebut ayat 'aku dah putus.' "Tadi." Ringkas sahaja aku jawab. Malas nak bercerita tentang manusia tak berfaedah itu. Senyuman sinis aku lemparkan kepada Rina. "Kau dah gagal dalam misi kau mengubah dia. Nasib baik aku tak letak taruhan tahu. Kalau tak,confirm aku menang."
Mata dan fikiranku menerawang hanya pada menu tengah hari KFC. Mendengarkan aku yang tidak memberi respons, Rina meneruskan katanya. "Ala weh.. Ramai lagi yang terbaik kat dunia ni. Kau pun lawa meletop tiptop. Petik jari je, mesti datang anak bujang sorang dua." Aku tertawa. "Hahaha.. Merapu betul kau ni. Kalau ya pun nak ambil hati , tak payah lah melebih sampai mustahil sangat. Kalau aku petik ni tak ada yang datang , kau belanja aku makan eh?" Aku mengugut Rina kerana aku yakin tidak akan ada yang datang kalau aku petik jari. Lainlah kalau dalam drama. "No hal. Kau petik sekarang. Tengok kebenaran berhak kepada siapa.Kalau aku menang,kau yang belanja." Rina mengenyitkan matanya. Aku mengangguk kepala sambil ketawa sinis. Secara spontan,aku memetik jariku.
"Aduh!" Tiba-tiba seorang lelaki yang memakai baju Superman melanggar badanku dari belakang. Mujurlah jarakku dengan orang di hadapan agak jauh. Kalau tak,habis semua dalam barisan tu kena langgar. Dah macam kereta api pulak. Laju aku pusing ke belakang untuk melihat gerangan siapakah yang berani melanggar tuan puteri ni. Ceh.Wajahnya ku tatap. Mataku dikecilkan. Terasa seperti gunung berapi yang dah nak meletup pun ada. Kata maaf aku tunggu dengan penuh sabar.
"Eh,comelnya!" Terbeliak mataku apabila 'Superman' itu mengatakan aku comel. Memanglah,siapa tak suka bila kena puji. Tapi,masalahnya sekarang dia dah langgar aku. Lepastu tak minta maaf pulak tu! Rina di sebelahku yang tadi hanya memerhati,menyiku lenganku. Rina tertawa kecil di sebelahku.
"Comel? Hoi,kau dah langgar aku , lepastu kau cakap aku comel? Kau ni tak ada perasaan ke apa?" Terasa sudah ada mata yang memerhati aku. Ah,aku peduli apa. Dah buat salah,minta maaf lah. "Ala..janganlah marah. Kalau marah,lagi comel tahu.Dahtu , saya tengok awak comel,saya cakap lah. Perasaan jugak tu kan?" Geram aku membuak-buak . Kalau bukan kerana giliran aku untuk mengambil pesanan sudah sampai,dah lama aku cekik mamat ni.
Aku memesan 2 ketul ayam goreng. Rina pula memesan burger. Rina berbisik kepadaku, "Kau belanja kan? Sebab tadi kau petik,terus datang superman kau. Hensem pulak tu. Full package! Untunglah." Aku menjeling tajam kepada Rina. Tak pasal-pasal aku pesan dengan suara marah. Kasihan kakak KFC tu. Sorry ya kak. Hehe..
Bahuku dicuit dari belakang. Malas nak pusing sebab aku tahu siapa yang cuit. "Sorry ya comel." Satu bisikan yang aku kira terus menusuk dalam hati dek kerana suaranya yang perlahan dan dekat dengan telingaku. Tersentak aku sementara menunggu makananku siap. Sesudah membayar,aku membawa dulang untuk mencari tempat. Sempat mataku menjeling ke arah lelaki acah superman itu. Perasaan aku ketika itu bercampur baur. Terasa seperti wajahnya sangat aku kenali. Tapi aku tak dapat mengimbas kembali . Atau aku tersilap orang saja? Ah , lupakan sajalah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Crush, Aku Cinta Kau!
Teen FictionMengisahkan tentang seorang gadis , Zeera yang bermasalah dengan kekasihnya. Dalam pergelutan memperbaiki hubungannya itu , Zeera telah bertemu kembali dengan crushnya sewaktu sekolah menengah. Konflik percintaan Zeera bertambah hebat apabila Cikgu...