"Selamat pagi anak-anak ayah. Mari duduk. Kita sarapan sama-sama. Ayah ada goreng bihun ni." Sapa ayah sebaik sahaja melihat aku dan Meera menuruni tangga.
"Eh,ayah tak ada kerja pulak hujung minggu ni? Biasanya ayah tak ada kat rumah ni. Macam biskut. Kami sajalah yang buat riuh dalam rumah. Kan Meera?" Meera mengangguk laju tanda setuju.
Kami mengambil tempat duduk masing-masing dan mula mencedok bihun goreng ke atas pinggan.
"Harini ayah cuti dari bekerja. Ayah nak luangkan masa dengan anak dara ayah yang 2 orang ni." Ceria sungguh riak muka ayah pada pagi ini. Kalau tak,mesti muka tegang je sebab berkejar nak pergi jumpa klien sana sini.
"So,let me guess. You want to take us out?" Meera bertanya sedang aku khusyuk menikmati bihun goreng. Ada udang di sebalik bihun la!
"Of course my dear.Kita pergi berkelah harini. Zeera dan Meera tolong ayah bungkuskan makanan kejap lagi eh."
Kami hanya terangguk-angguk dan meneruskan sarapan pagi kami.
"Biar akak tolong basuh pinggan. Meera pergi tolong ayah sana."
Selesai semuanya disiapkan, ayah memanaskan enjin kereta sementara menunggu kami dua beradik bersiap.
"Eh akak. Telefon akak tu, tertinggal atas meja." tegur Meera sebaik sahaja aku melulu mendapatkan rak kasut. Teliti aku mencari kasut untuk dipadankan dengan dressku yang berwarna ungu pastel ini. Akhirnya aku mencapai kasut tumit tinggi ibu yang berwarna merah jambu.
"Alaa.. Biar aje lah. Malas nak bawa. Kan kita keluar family hangout. Taknaklah ada gangguan luar."
"Kalau ada hal penting?" Aku memandang sekilas wajah tembam adikku itu.
"Kalau ayah boleh batalkan semua appointment dia dengan klien, kenapa bukan akak? Penting mana sangatlah hal akak ni dik oi." Meera tersenyum. Dengan terujanya kami masuk ke dalam kereta.
"Haa, dah siap pun anak ayah ni. Comel-comel belaka. Macam arwah ibu. Hehehe.." Ayah tersenyum melihat kami yang berdandan macam nak kahwin. Sekali-sekala, apa salahnya ..
Sepanjang perjalanan kami ke Tasik Kepayang, sesekali aku dan Meera menyanyi lagu yang berkumandang di radio. Jalan raya agak sesak pagi itu.
Sampai sahaja ke destinasi, kami segera mengeluarkan bakul makanan dan tikar mengkuang berwarna biru muda pemberian arwah nenek. Tikar itu kemudian dibentangkan di bawah sebatang pokok yang agak rendang. Amat sesuai untuk dijadikan tempat berteduh di hari yang sungguh panas itu. Terdapat ramai pengunjung sama ada daripada luar negara mahupun penduduk tempatan sendiri. Ayah memberatkan punggungnya ke atas tikar tadi. Berehat sebentar kerana penat memandu meredah kesesakan lalu lintas.
"Kak ! Tengok tu. Ada belon buih gergasi la. Jom kak." Meera menarik tangan Zeera yang baru sahaja ingin menyertai ayahnya. Tanpa berdalih, aku mengikut kehendak Meera. Bukan selalu melayan kerenah manja adik yang seorang ini. Ayah hanya tersenyum dan mengangguk tanda mengizinkan kami pergi bermain belon buih gergasi.
"Haa dik. Meh main belon buih gergasi dik. Kalau adik nak masuk dalam belon buih ni pun muat haaa." tegur abang penjual belon buih itu . Kami memandang sesama sendiri, lalu tertawa sinis.
"Muat memang muat . Tapi tak kukuh nak tampung kakak saya yang bambam ni ," Meera menyakat aku di hadapan penjual tersebut. Aku memandang Meera dengan pandangan tajam dan hanya mampu tersenyum sendeng. Lantas beg duit dikeluarkan lalu sekeping not hijau diberikan kepada penjual.
Kami bermain dengan penuh girang tanpa menghiraukan orang lain. Hilang segala tekanan sebelum ini. Terlupa seketika tentang masalah dan bala yang sedang melanda jiwa dan raga ini. Seronok berlari dari situ ke sana. Dari sini ke sinun. 10 minit berlalu , aku mula berasa penat. Maklumlah , dah lama tak bersukan ni, hehe.
YOU ARE READING
Crush, Aku Cinta Kau!
Teen FictionMengisahkan tentang seorang gadis , Zeera yang bermasalah dengan kekasihnya. Dalam pergelutan memperbaiki hubungannya itu , Zeera telah bertemu kembali dengan crushnya sewaktu sekolah menengah. Konflik percintaan Zeera bertambah hebat apabila Cikgu...