Crush 3

817 30 4
                                    

PINTU tandas diketuk bertalu-talu. "Zeera! Bukak lah pintu ni. Jangan buat perangai macam budak-budak boleh tak?" Kedengaran suara makcik Rina di luar tandas. Sibuk betul makcik ni. Nak feeling sorang diri pun tak dapat. Pintu diketuk lagi. Kuat betul si Rina ni ketuk pintu. Boleh pecah jugak pintu ni nanti. "Zeera...buka pintu cepat." Tiba-tiba suara Rina berubah menjadi garau. Eh, berderau darah aku. Apa dia dah kena sampuk dengan mambang pintu ke? Aku cuba mendengar lebih teliti. "Liyana Azeera?" Alamak! Itu suara Cikgu Haris! Aduh , habislah aku. Sudahla aku blah macam tu je dari makmal. Aku melihat cermin. Air mataku kesat segera. Perlahan-lahan tombol pintu kucapai. Sebaik saja pintu dibuka, Rina memeluk erat tubuhku. "Sabar eh Zeera.." Air mata yang ingin keluar kini terbantut sebaik saja terpandang muka Cikgu Haris. Haih , seram pulak aku. Hanya mampu berdoa supaya aku tak dibawa ke bilik pengetua. Rina melepaskan pelukannya sesedar ada orang lain yang memerhati kami. "Sudahla buat drama TV1 . Rina, kamu pergi masuk makmal. Agihkan latihan yang di atas meja saya tu. Siapkan hari ini juga. Sebelum balik , saya nak latihan itu dihantar ke meja saya." Rina segera melangkah pergi meninggalkan aku. Baru sahaja tapak kaki ku nak bergerak mengikut Rina,Cikgu Haris menghalang. "Kamu,ikut saya."  "Nak pergi mana?" Selamba itik je aku tanya kan. Cikgu Haris menjegilkan matanya. "Yelah,saya ikut." Kalau ye pun, tak perlulah jegilkan mata wahai cikguku yang kononnya hensem harini. Ni kalau pontianak nampak, dia pun cuak terbang tahu.

Cikgu Haris membawaku ke padang. Aduh,janganlah denda suruh berdiri tengah padang. Panas terik ni. Setibanya di bangku tepi padang,Cikgu Haris duduk sambil mengeluarkan telefon XPERIA . "Saya nak kamu berdiri di tengah padang sambil cakap SAYA NUR LIYANA AZEERA MENGAKU BERSALAH SEMASA KELAS CIKGU HARIS YANG HENSEM. SELAMAT HARI JADI,CIKGU. SAYA SAYANG CIKGU. Cakap penuh bersemangat dan kasih sayang. Jangan lupa jerit kuat-kuat. Dah,pergi ." BAMM!! Terasa mukaku seperti ditampar-tampar sahaja. Tak boleh ke bagi ayat yang realistik sikit? Perlu ke sebut 'Cikgu Haris yang hensem' ? Aku hanya tunduk memandang rumput. Apalah bala yang melanda aku hari ni. Muka saja aku tunjuk baik,dalam hati membuak-buak perasaan bengang aku. Cikgu ni betul-betul nak kenakan aku. Sabar jelah Zeera. "Tunggu apa lagi? Ke awak nak saya hantar ke bilik pengetua? Biar pengetua tahu yang Nur Liyana Azeera , calon SPM tahun 2013 berangan dalam kelas sebab fikir pasal cinta. Lagi berat hukuman awak kena nanti. Mahu macam itu?" Dengarkan perkataan pengetua , ringan saja kaki aku menghala ke tengah padang. 

Bismillahirrahmanirrahim... Harap-haraplah tiada yang menjadi penonton tepi padang nanti. Aku menarik nafas dalam-dalam. "Saya Nur Liyana Azeera mengaku bersalah semasa kelas Cikgu Haris. Se..." Tak sempat aku nak sambung, Cikgu Haris menjerit. "YANG HENSEM!!" Alahai,memang sengaja aku tinggalkan sebenarnya. Tak kuasa nak menyebutnya. Aku memandang ke arah cikgu yang sedang merakan aksi aku di tengah padang. Ahh! Tensionnya! Cikgu melemparkan senyuman yang aku kira macam senyuman pelakon jahat dalam sinetron indonesia. Boleh bayangkan tak macam mana dia senyum? "Cepatlah! Lagi banyak awak buat kesalahan dalam ayat tadi, lagi lama awak kena berdiri tengah panas tu!"  Sekali lagi aku menarik nafas dalam-dalam. Demi menjaga maruah dan menjaga kulit , aku taknak buat kesilapan lagi. Haih , terpaksalah. "Saya Nur Liyana Azeera mengaku bersalah semasa kelas Cikgu Haris..Yang hensem! Selamat hari jadi ,Cikgu. Saya sayang cikgu!" Fuhh , lega rasanya. "Sebut tu ada feeling la sikit. SAYA SAAAAYAAANGGG CIKGU!" Nak tersembul mata aku. Aku fikirkan dah sempurna dah. Aduii , malunya aku. Aku melihat pelajar dan guru yang lalu di tepi padang memandangku sambil tersengih-sengih.  Takpe Zeera .. Layan sajalah kehendak Cikgu Haris. Daripada kau kena dengan pengetua. Lagi kerat nafas kau nak melayan.  Aku pun menyanyi walaupun pitching agak lari. Lari pergi ke mana aku pun tak tahu. Dah tak larat aku nak kejar apa-apa sekarang ni.

Usai menyanyi, Cikgu Haris memanggil aku. "Terima kasih. Hihihi..."  "Untuk apa?"  "Untuk pujian dan nyanyian tadi. Saya terharu sangat." Ya Allah , cikgu ni dah kena sampuk mambang apa? Kenapa lah perasan sangat harini?  Kalau bukan sebab denda, dan kalau bukan ada mulut puaka dalam kelas tadi , memang takdelah aku tiba-tiba nak cakap cikgu hensem,lepastu nyanyi bagai. Aku mengomel sendiri. "Kamu baca mantera apa?" Terkejut aku . Laju aku menggelengkan kepala. Cikgu Haris hanya tersenyum melihat gelagatku yang dah serba tak kena hari itu.

"DUDUK dulu. Saya nak cakap sikit dengan awak." Cikgu kembali duduk di bangku bersebelahan dengan pohon yang rimbun. Aku juga duduk di sebelahnya. Cikgu Haris hanya mendiamkan diri. Aku pun memberanikan diri untuk bersuara.

"Err .. Cikgu nak cakap apa? Kalau tiada apa,saya nak masuk ke makmal. Nak siapkan latihan yang cikgu beri tu." Ceh,rajin betul aku tiba-tiba kan. Yelah , siapa yang tidak kekok duduk sebelah cikgu tanpa berkata apa-apa.

"Cuba kamu fikir,apa faedah kamu gilakan Aizat tu?" Erk. Macam mana pulak Cikgu Haris ni tahu yang aku gilakan Aizat? Aku tak mampu memberi sebarang faedah. Memang tiada faedah langsung sebenarnya! Buang masa saja. "Cikgu nampak apa yang terjadi di kantin tadi. Cikgu juga lah yang kutip cebisan surat kamu tu. Dahla bercinta,tak kutip sampah pulak tu. Di situ saja kamu dah buat 2 kesalahan. Kamu sedar tak yang....." Apabila cikgu mula memberi pidato bebas,err.. Telingaku sudah tidak fokus dengan butir perkataan yang keluar dari mulut Cikgu Haris. Fikiranku menerawang jauh. Aku mengimbas kembali tindakan-tindakan aku sebelum ini. Memang macam budak-budak baru nak bercinta! Wajah ibu dan ayah bermain dalam benak fikiranku.

 "Azeera sayang...Kamu belajar elok-elok ya.Ibu nak sangat tengok anak-anak ibu berjaya. Kalau dapat lanjutkan pelajaran ke luar negara , lagi ibu bangga. Kalau kamu pandai belajar,hidup pun senang. Tak adalah ibu risau sangat akan keadaan Zeera dan adik kalau ibu dah tiada nanti..."  Pesanan terakhir daripada ibu yang masih segar di ingatan. Sehari selepas pesanan itu,ibu pergi meninggalkan aku,ayah dan adikku,Ameera. Teringat akan ibu,air mataku mengalir. Sudah 2 tahun ibu meninggalkan kami. 

Aku tersedar Cikgu Haris sudah tidak berpidato lagi. "Eh Zeera, kamu okay ? Cikgu ada salah cakap ke?" Segera aku mengesat air mata. "Maaf cikgu. Saya masuk ke makmal dulu." Tanpa menunggu balasan Cikgu Haris,aku bangun meninggalkannya. Cikgu Haris hanya membiarkan aku. Terima kasih cikgu. Sekurang-kurangnya cikgu memahami keadaan saya pada waktu yang sesuai.

Crush, Aku Cinta Kau!Where stories live. Discover now