Lamunanku terhenti sebaik saja pintu bilikku diketuk. Astaghfirullahalazim. Jauh sangat dah aku mengelamun ni. Sampai ke zaman sekolah menengah aku pergi. Aku segera bangun dan membuka pintu. Wajah lelaki yang sudah berumur 46 tahun itu tersenyum padaku. "Baru bangun tidur ke? Banyak kali ayah panggil,Zeera tak menyahut langsung." Encik Ahmad Saufi memandang ke dalam anak mataku. "Hehehe..tak adalah. Zeera dah lama bangun dah. Mungkin Zeera tengah dengar lagu tadi. Tu yang tak dengar ayah panggil." Dengar lagu ke berangan Cik Azeera oi? Hatiku tertawa kecil. Ayah hanya mengangguk.
Aku memandangnya dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Segak dan kemas. Aku mendekatkan pula hidungku dengan badannya. Harum semerbak! Aku memandang ayah dengan pandangan sinis. "Haaa! Ayah nak pergi mana ni ha? Wangi semacam je hujung minggu ni. Dating eh?" Sengaja aku menyakat ayahku di pagi hari. Walaupun pada hakikatnya, takkan pernah ada wanita lain yang dapat menggantikan tempat ibu dalam kehidupan kami. "Hish! ayah ada meeting dengan klien lah pagi ni. Nak bincang pasal projek resort di Cherating sana. Kamu ni ada-ada saja.Ayah ada goreng nasi tadi. Nanti ajak adik makan sekali eh. Zeera ada keluar pergi mana-mana tak harini?" "Tak tahu lagi. Kenapa?" "Kalau nak keluar,bagitahu Meera sekali. Dia ada study group tu harini. Suruh dia duduk rumah hati-hati ye." Kepalaku diangguk seperti patung solar di dalam kereta. Aku mencium tangan ayah lalu menerima sejumlah wang dari ayah. "Amboi,salam kaut nampak? Hihi , thank you!" Siapa yang tidak gembira apabila mendapat duit free kan. Ayah hanya tersengih sambil menuruni anak tangga.
Sebaik sahaja mendengar kereta ayah menyusur keluar dari perkarangan rumah,aku segera mengemas bilikku.Perut dah berbunyi lagu Wrecking Ball dah ni. Aku mengerling ke arah jam dinding. 10.30 pagi. Patutlah lapar semacam. Yang anak dara lagi seorang tu tak bangun lagi ke? Kata ada study group. Aku pergi ke bilik sebelah. Pintu yang mempunyai stiker Mickey Mouse dan berlabel nama 'Nur Lufiya Ameera' ku ketuk berulang kali. "Weh bangunlah. Membuta lagi ke?" Tiada respons. Aku mengetuk lagi. Kali ini lebih kuat. "Weh kebakaran!! Cepat keluar Meera!" Tanpa menunggu lama,aku terdengar sesuatu terjatuh dari dalam biliknya. "Cepat kak, lari lari !!" Menggelabah terus cik adik ni buka pintu. Dengan kusut masainya,air liur basinya. Eeii.. Aku terus ketawa melihat adik kesayangan aku tu cemas. Terpinga-pinga dia melihat aku. Barulah dia tersedar yang dia dah terkena panggilan hangit dari kakak dia yang comel ni. "Ish , akak ni. Tak baik tahu cakap macam tu. Buatnya jadi betul-betul baru padan muka akak." Mulalah dia nak menarik muncung sedepa dia tu. "Haa..nak marah akak pulak. Tengok jam dah pukul berapa? Yang bangun lewat ni kenapa? Kalau ibu ada ni,dah lama Meera kena marah tau! Tak ingat ke ibu pesan, anak dara tak elok bangun lewat. Nanti tak awet muda macam ibu." Aku dan Meera tertawa kecil apabila teringat ibu selalu mengatakan dirinya awet muda. Memang benar pun. Umur sudah 40 tahun , rupa macam gadis 20 tahun.
Semenjak ketiadaan ibu,akulah yang menggantikan tugas ibu. Termasuk berleter pada Ameera. Tiba-tiba Ameera memeluk tubuhku. Eh,budak ni mengigau ke? "Meera rindu ibu..." Mungkin perwatakan aku tadi dah sebiji macam ibu sehinggakan Meera mengalirkan air mata kerinduan. Aku pun tidak terkecuali. Terlalu awal ibu pergi meninggalkan kami bertiga. Segera aku meleraikan pelukan Ameera. "Dah . Tak baik meratap pemergian ibu. Dah ajal ibu. Allah sayangkan ibu . Pergi mandi cepat. Lepas itu turun makan eh. Ayah ada gorengkan nasi tadi sebelum dia keluar. Ayah ada meeting katanya." Ameera hanya mengangguk dan berlalu pergi.
Aku turun segera untuk menghidangkan nasi goreng. Baunya masih berlegar di ruang dapur. Aku menjenguk ke dalam kuali. Nasi yang digoreng bersama telur dan sosej memang menjadi kegemaran kami di waktu pagi. Aku mencedok nasi goreng tersebut ke dalam sebuah mangkuk lalu diletakkan di atas meja. Pinggan dan air teh sudah terhidang. Mungkin ayah yang sediakan. Sambil menunggu Meera,aku membuka televisyen untuk melihat rancangan apa yang menarik. Sedang aku leka menekan punat alat kawalan jauh , telefon rumah berdering. Terkial-kial aku mendapatkan panggilan itu.
"Hello,Assalamualaikum." Aku berkata sebaik saja mengangkat telefon. "Waalaikumsalam. Nak cakap dengan Azeera boleh?" Aku cuba mengenalpasti suara lunak di talian. Macam kenal je, macam tahu je.. "Ni Azeera bercakap. Siapa tu?" Siapa pula lah yang mencari aku di pagi hari ni. "Laa,kau rupanya. Aku fikir rumah kau dah ada bibik. Suara kau dah macam mak-mak gitu. Hahaha,ni aku lah Rina. suara aku masih comel macam dulu okay!" Seperti yang ku jangkakan. Tepat aku teka. Tapi kejap. Dia cakap suara aku macam mak-mak? Kurang insuran punya mulut! "Kurang sopan di pagi hari nampak? Haa, kau nak apa call aku tiba-tiba ni? Setelah sekian lama kau mendiamkan diri." Sejak tamat persekolahan,Rina tinggal berjauhan denganku. Katanya mengikut keluarga ke Australia atas dasar bisnes. "Aku baru je balik Malaysia bulan lepas. Aku ingat nak jumpa kau harini. Kita pergi makan ke,shopping ke..Dah lamaaku tak mengomel dengan kau." "Oh , aku free je harini. Pukul 12 jumpa dekat Satria Mall."
"Okay! Jumpa nanti. Bye!" Tersenyum bahagia aku selepas mendengar suara Rina. Ada jugak yang meneman hujung mingguku. Boleh jugak lah aku meluahkan ketidakpuasan hati aku terhadap Zul . Rina sajalah pendengar setia dari sekolah menengah lagi . Aku bersyukur kerana mendapat rakan sepertinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/11443186-288-k246800.jpg)
YOU ARE READING
Crush, Aku Cinta Kau!
Teen FictionMengisahkan tentang seorang gadis , Zeera yang bermasalah dengan kekasihnya. Dalam pergelutan memperbaiki hubungannya itu , Zeera telah bertemu kembali dengan crushnya sewaktu sekolah menengah. Konflik percintaan Zeera bertambah hebat apabila Cikgu...