"Eww , tengoklah mamat tu sampai terkeluar biji mata kau." sergahku apabila tersedar mata Rina tertumpu pada lelaki tadi. "Eh,siapa taknak pandai woi. Handsome,tinggi, hidung mancung." Rina tersenyum seperti kerang busuk sambil menyuap burgernya. Aku malas nak bercakap pasal siapa-siapa dah. Buat potong selera aku je nak menikmati ayam goreng ni. Sesekali air pepsi ku sedut melalui straw kerana tidak tahan akan kepedasannya.
"Okay , kenyang. Alhamdulillah. Kau taknak cerita sekarang ke?" Aku memulakan perbualan setelah habis 2 ketul ayam goreng bahagian peha dan kepak aku makan. Mulalah badanku bersandar pada kerusi macam beruang kutub yang kekenyangan. Err , buruk betul perangai. Rina memandangku hambar. Eh,dia ni. Rasa nak cepuk la pula. Buat-buat lupa ye. Aku memegang tudungku sebagai klu kepada persoalanku. "Oh, kau nak tahu eh? Hehehe..." Sebelum cerita bermula,Rina sempat meneguk air milo di hadapannya. Selendangnya dibetulkan . Posisi duduk juga dibetulkan. Amboi , beria betul nak cerita.
"2 tahun lepas aku dengan keluarga duduk Australia , kami ada masalah. Bisnes ayah aku hampir muflis. Jadi,untuk menyelamatkan bisnes tu, aku perlu berkahwin dengan anak Sir Ranford, klien projek yang berjuta katanya. Sir Ranford berminat dengan aku . Sebagai pertukaran untuk dia tolong ayah aku, dia nak aku jadi menantu dia." Terang Rina panjang lebar. Ceritanya dihentikan untuk menelan air liur. Aku hanya memerhati tindak tanduknya dan menunggu sambungan.
"My brother died. Kena tembak waktu rusuhan yang berlaku dekat bandar. And , my mom sakit sekarang ni. Barah otak. Masalah ni semua buat aku tersedar yang aku patut buat apa yang disuruh oleh Allah. Semuanya buat aku lebih dekat kepada Allah. Sekarang aku hanya mampu berserah pada takdir dan aku percaya semuanya pasti ada hikmah. Allah pasti akan membantu hambanya yang ada usaha." Terserlah kesedihan dan penyesalan pada raut wajahnya yang manis itu. Aku memegang tangannya , memberi semangat dan sokongan .
"Jadi , kau pun kena kahwin paksa sebab nak selamatkan bisnes ayah kau? Apalah nasib kita sebagai anak businessman kan? Tak ada peluang nak cari orang lain. Eh , tapi aku ada. Haha.." Aku cuba menaikkan balik mood ceria Rina dengan berjenaka. Rina tersenyum . "Ah kau. Aku rela . Sebab Henry tu handsome dan baik . Tak macam Zul . Harap muka je ada , perangai macam ... Ish tak tahu lah aku. " Kami ketawa sesama sendiri. Rindu aku akan keletahnya.
"Haih , sudahla. Berhenti drama pendek ni. Kita jumpa harini bukan nak sedih-sedih." Muka comel cupcake ditunjukkan kepada aku. Motif?
Air diteguk buat kali terakhir sebelum kami mengatur langkah menuju ke wayang. "Bila kau kahwin?" "Tunggu Henry datang Malaysia. Keluarga mereka akan menetap di sini buat sementara waktu untuk uruskan perkahwinan aku dan Henry. Yelah , nak pergi teman mereka masuk Islam lagi. Banyak benda yang perlu dibereskan. " Aku hanya mengangguk faham.
Sekali lagi , beratur untuk membeli tiket wayang. "Kita tengok cerita Insidious 2 nak?" Soal Rina. Aku meninjau waktu tayang untuk cerita itu. Paling awal pukul 2.30 . Cantik sangat lah tu. "Aku on je. Kau ni dari dulu suka sangat kan tengok cerita hantu? Ni kalau dengan orang lain,memang taklah aku nak pilih cerita hantu." Aku yang sememangnya agak penakut tengok cerita hantu,merungut. Kalau cerita hantu Melayu boleh lah jugak tengok dalam gelap, tak seram sangat. Kalau yang lain-lain tu .. Hmm faham-faham jelah. Memang aku tutup mata la bila dengar sound effect yang menyeramkan . "Haha .. cerita ni best tau. Yang first aku dah tengok . Ni sambungan lah ni. "
Selesai membeli tiket dan bertih jagung , kami masuk apabila ternampak lampu sudah menyala. Kami mencari tempat duduk kami . Sebelum wayang bermula, aku meletakkan telefonku dalam keadaan senyap. Sedang seronok aku melayan bertih jagung, tiba-tiba sekumpulan kecil lelaki berada di tepi Rina. Aku memandang ke arah lelaki itu. Rina berdehem.
"Wah , jodoh ni." Lelaki Superman tadi?! Jodoh dia cakap? Malapetaka pada aku. Terbeliak mata aku memandangnya. "Hei , kau ikut aku eh? Pergi sanalah. Takkan sampai dalam wayang pun kau nak ikut. Kalau nak tengok wayang pergi lah beli tiket." Selamba saja aku menegurnya. Buatnya dia memang tengok cerita ni,tak ke malu aku dibuatnya?
"Wahai cik adik comel anggun ayu cantik paras rupa jelita, tempat duduk kami di sebelah tempat duduk cik adik berdua. Kami nak tumpang lalu ni." Serbuan darah merah laju menuju ke muka. Merah mukaku! Alamak , kan dah kena. Padan muka kau,Zeera. Aku menjeling sekumpulan lelaki itu apabila mereka mula mentertawakan aku. Nak taknak , beri sajalah laluan. Aku hanya mampu berdoa supaya lelaki Superman tu tak duduk sebelah aku. Tolonglah. Namun , apakan daya .. Doaku tak dimakbulkan serta merta. Laju saja punggungnya dilabuhkan sebelahku. Aku berbisik kepada Rina , "Weh , tukar tempat." Rina mengangkat keningnya seperti Ziana Zain. Senyuman sinis dikenakan kepada aku apabila perasan makhluk Allah yang berada di sebelahku.
"Taknak. Tak elok tukar-tukar tempat tahu. Nanti asyik bertukar suami je." Rina , kau memang sahabat sejati yang selalu mengenakan aku kan? Wayang mula digelapkan. Meremang bulu romaku apabila terdapat suara garau berbisik di sebelah telinga kananku. "Kalau takut,peluk je saya eh." Ya rabbi . Lelaki ni kan .. Dia lagi menyeramkan daripada hantu cerita ni.
2 jam kesejukan menonton Insidious 2 akhirnya tamat. Pehh , seram betul. Aku tak sedar berapa kali aku menjerit. Bukan setakat hantu dia je menyeramkan. Dia punya sound effect , mantap! Terkejut lah usus perut aku. Sedang sibuk aku membuat sinopsis cerita bersama Rina , ada suara yang memanggilku dari belakang. "Awak! Tunggu kejap." Lelaki ni lagi. Apa lagi yang dia mahukan pun aku tak tahu. Tak cukup lagi ke dia menyemak dengan aku hari ini? Aku dan Rina memberhentikan langkah. Dah macam cerita hindustan aku tengok dia berlari anak dalam kesesakan umat manusia itu.
"Awak dah nak balik ke?" Soalnya selepas memberi isyarat kepada rakan-rakannya untuk pergi dahulu. Kepalaku angguk. Janganlah dia mintak macam-macam. "Err.. bila kita boleh jumpa lagi eh?" Jumpa lagi? Maaf ku pinta darimu , aku tak hingin nak jumpa kau lagi! Tiba-tiba Rina menyampuk, "Zeera ni bila-bila je dia free. Dia single jadi tak ada siapa nak marah kalau you nak keluar dengan dia." Tak sempat aku menutup mulut pedas Rina , sudah dia habiskan ayatnya. Tersenyum 1001 peluang lah mamat tu.
"Jadi, nama awak Zeera? Zeera.. macam kenal je nama tu. Hmm , bukan agaknya. Nama memang ramai yang sama kan? Hihi.." Malu yang teramat aku waktu itu.
"Dahla Rina , jom balik. Adik aku seorang diri kat rumah. Aku tak boleh keluar lama-lama." Terpinga-pinga Rina apabila aku menarik tangannya. Senyum aku beri kepada lelaki itu. Bukan berminat okay! Sekadar isyarat 'aku pergi dulu.' Malas nak bercakap , begitulah gamaknya.
Haluan aku dan Rina terpisah sebaik sahaja keluar dari pintu utama Satria Mall. Aku hanya mendiamkan diri , fokus pada pemanduanku di jalan raya. Dalam kepalaku ligat memikirkan insiden hari ini. Eh , kenapa aku fikir pasal mamat tadi ni? Ish , Zeera . Tapi naluri hati aku ni kuat menyatakan , aku kenal dia . Aku sangat mengenali lelaki tadi. Tapi siapa? Aku tak dapat ingat langsung.

ANDA SEDANG MEMBACA
Crush, Aku Cinta Kau!
Teen FictionMengisahkan tentang seorang gadis , Zeera yang bermasalah dengan kekasihnya. Dalam pergelutan memperbaiki hubungannya itu , Zeera telah bertemu kembali dengan crushnya sewaktu sekolah menengah. Konflik percintaan Zeera bertambah hebat apabila Cikgu...