"Aduh, tak ada bahan la pulak. Baru mood rajin nak masak special harini. Kacau betul. Terpaksa lah aku keluar pergi kedai kejap ni."
Bebelan demi bebelan kedengaran dari mulut aku seorang diri di dapur. Puas aku menjenguk seluruh dapur mencari bahan untuk masak nasi briyani. Ternyata barang dapur hampir habis kesemuanya.
"Meera.. oh Meera.. Nak ikut akak pergi supermarket tak?"
Tak lama kemudian,Meera muncul menuruni anak tangga. Kemas dan bertudung. Dengan buku latihan pun dibawa turunnya. Eh eh budak ni, dah kenapa.
"Tak apalah akak. Meera ada tuisyen ni." Senyum Meera sambil duduk di atas sofa. Aku mendekatinya.
"Tuisyen? Sejak bila kau ambil tuisyen ni? Kat mana tuisyen? Tak bagitau akak awal-awal pun."
"Adik kamu tu hah semalam, bersungguh betul nak tuisyen kat rumah. Kebetulan ayah ada simpan nombor telefon cikgu kamu dulu. Alhamdulillah, boleh juga dia mengajar Meera." Celah ayah yang baru tiba-tiba berada di sebelahku. Hish, ayah ni pun. Bila masa entah dia datang. Pakai pintu doraemon ke apa? Senyap je menapak.
"Cikgu Zeera dulu? Cikgu yang mana? Dia ajar apa?" Kalau nak kata cikgu aku dulu, memang banyak kalau nak sebut pun. Dari tadika sampai sekolah menengah tu. Fuh, ramai!
"Cikgu Haris. Kebetulan cikgu kamu tu memang tengah ambil sambilan mengajar tuisyen. Bagus sangat lah tu. Dia ajar Meera subjek sains."
Okay. Jujur aku katakan, aku berharap aku masih di atas katil sedang bermimpi tentang apa yang ayah katakan. Cikgu Haris?! Kenapalah mesti cikgu tu? Oh tidak Zeera. Kucar-kacir lagilah kau lepasni.
"Cikgu Haris ayah? Ala, setakat subjek sains tingkatan 3 Zeera pun boleh ajarkan. Ayah ni membazir duit je. Ikutkan sangat kehendak Meera tu." Aku mula menjadi seperti cacing kepanasan. Bila difikirkan lagi, rasa macam dikenakan pun ada. Aduhai!
"Zeera kan sibuk. Lagipun Cikgu Haris kamu tu cuma ambil bayaran RM20 sekali perjumpaan. Boleh belajar lama mana pun. Katanya, dia cuma nak membantu pelajar. Ikhlas. Sudahlah. Ni kamu nak ke mana ni?"
"Nak pergi beli barang dapur. Ingat nak masak nasi briyani hari ini. Tapi tengoklah dulu. Terdengar je nama cikgu tu terus takde mood nak masak istimewa." Aku mencapai kunci kereta. Sebaik sahaja aku membuka pintu, muka Cikgu Haris berada di depanku.
"Assalamualaikum." Tersenyum sumbing cikgu melihat aku. Aku cuba membuang perasaan meluatku jauh-jauh. Aku menjawab salam dan terus berlalu pergi.
Laju saja pemanduan ku di atas jalan raya. Lokasiku tidak difokuskan kepada supermarket lagi dah. Aku merehatkan minda di Tasik Kepayang, tempat yang selalu menjadi persinggahan aku dan sahabat selepas habis kelas. Mataku mengerling ke arah jam tanganku. Baru pukul 10.30 pagi. Aku bangun menuju ke kafe yang berdekatan untuk menikmati kopi latte.
"RM2.30 cik." Baru sahaja aku hendak membayar, tiba-tiba satu tangan menyemak menghulur.
"Haa takpe kak. Saya bayarkan dia punya."
Sekali ku toleh, Aizat yang sememangnya seperti bayang-bayang aku berada di belakang. Ish! Mana-mana aku pergi mesti jumpa dia. Kecil sangat ke dunia ni? Geram aku. Aku hanya memandangnya selama 10 saat dan berlalu pergi. Nak sangat bayarkan, hah silakan. Terima kasih lah Aizat, tapi apa yang kau buat tu tak dapat menambat hati pun. Aku memilih tempat duduk yang agak tersorok dari laluan orang ramai.
"Hai.. Saya dah tolong bayarkan taknak cakap terima kasih ke? Pergi macam tu je. Tak sopan tahu." Tanpa dipelawa, Aizat melabuhkan punggungnya di hadapanku. Hai lah cik abang. Tak cukup dengan tekanan Cikgu Haris yang datang balik dalam hidup aku, kau pulak tambah senak perut. Apalah nasib badan ni..
"Terima kasih Encik Aizat yang budiman lagi pemurah." Nasib baiklah aku ni tengah mood baik.Kalau tak,dah lama aku angkat kaki pergi tempat lain. Tak ingin nak hadap muka dia lama-lama. Berdua-duaan pulak tu. Ni semua disebabkan latte kegemaranku. Penaik semangat sungguh!
"Hehe.. macam tulah. Hah ni kenapa sorang diri je ni? Perempuan biasanya kalau lepak sorang-sorang mesti ada masalah."
"Entahlah .. Macam-macam pulak melanda hidup kebelakangan ni. Stress rasa." Secara tiba-tiba aku rasa macam nak kongsi masalah aku dengan dia. Ala, nasib dia baik je tu sebab terserempak aku waktu yang tepat. Kepala otak aku pun dah macam nak tercabut dah ni fikir satu-satu masalah.
"Laa, nak stress kenapa ni? Kongsi sini dengan abang Aizat. Manalah tahu, boleh tolong kan?" Senyuman yang dilemparkan cukup memberi ketenangan kepadaku. Aku tertawa kecil mendengarkan dia membahasakan dirinya abang.
"Takde apa sangatlah. Cikgu saya masa sekolah menengah, dia ajar adik saya tuisyen kat rumah."
"Jadi, apa masalahnya? Bagus lah tu kan?"
"Bagus? Masalahnya sekarang ni, cikgu tu dulu suka sakat saya. Tak suka tahu tak. Sampaikan pernah ada gosip sekejap yang Cikgu Haris tu suka saya." Beria aku bercerita meluahkan ketidakpuasan hati.
"Eh kejap. Siapa? Cikgu Haris? Awak sekolah menengah kat mana ehh dulu?" Tersasul pula sebut nama cikgu. Bajet macam Aizat kenal je kan Cikgu Haris. Haih Zeera..Zeera.. Beria sangat cerita. Itulah, kan dah malu. Tapi respon dia macam kenal je.
"Err.. SMK Kejora. Kenapa? Kenal ke Cikgu Haris tu?" Aku mula rasa tak sedap hati. Dag dig dug di dalam hati.
"Hahahaha.. Siapa tak kenal Cikgu Haris. Cikgu idola gadis-gadis SMK Kejora. Saya pula pelajar lelaki idaman gadis-gadis SMK Kejora." Aku mula bercelaru. Jalan cerita apakah ini? Apa maksud dia ni? Aku mengerutkan dahi tanpa sengaja.
"Saya pun sekolah situ jugak lah.. Eh kejap. Awak Nur Liyana Azeera ke?" Masing-masing muka sudah menjadi serius. Aku mengangguk perlahan.
"Ahmad Aizat Akhbar?"
"Siapa lagi pelajar lelaki idaman gadis SMK Kejora kalau bukan Ahmad Aizat Akhbar. Kan? Salah satunya awak lah tu. Saya ingat lagi insiden kat kantin tu." Aku mula berasa tidak senang dengan kehadirannya. Aizat mulalah nak mengimbas kenangan yang aku tak suka tu. Gembira sahaja reaksi mukanya. Aizat ketawa. Aku terasa dipermainkan. Benci.
"Tak lawak lah Aizat." Aku mengambil hirupan latte yang terakhir dan terus bangun. Mataku dikaburi dengan air mata yang bergenang. Tanganku ditarik oleh Aizat. Aizat bangun menghampiriku.
"Zeera, I mintak maaf pasal dulu. Budak-budak lagi kan. I tak berniat nak malukan you depan orang ramai. Yang I tahu masa tu, I bangga digilai ramai wanita. Tapi sekarang tak lagi Zeera." Tiba-tiba saja dia menggunakan I you . Jiwa kacau betul lah mamat ni. Aku merenung dalam-dalam anak matanya. Aku tahu kata-katanya ikhlas tapi bukan mudah untuk aku lupakan semuanya. Apa yang dia buat, cukup memalukan aku.
Aku pergi tanpa meninggalkan kata-kata untuknya. Selesai membeli barang dapur, aku pulang ke rumah. Mujurlah Cikgu Haris sudah pulang. Aku berehat di bilik dan memikirkan perkara yang sedang berlaku. Apa motif Cikgu Haris dan Aizat muncul kembali dalam hidupku? Kebetulan apakah ini? Sungguh aku berfikir sehingga aku tertidur lena.
YOU ARE READING
Crush, Aku Cinta Kau!
Novela JuvenilMengisahkan tentang seorang gadis , Zeera yang bermasalah dengan kekasihnya. Dalam pergelutan memperbaiki hubungannya itu , Zeera telah bertemu kembali dengan crushnya sewaktu sekolah menengah. Konflik percintaan Zeera bertambah hebat apabila Cikgu...