1

2K 94 1
                                    

Chanyeol melangkah menghampiri meja Hyejeong. "Hyejeong-ah," panggilnya.

Hyejeong yang sedang berbincang kerja berkumpulan dengan kawan baiknya, langsung menoleh. "Ne?" sahutnya.

"Jumpa saya di Taman Kolej pukul 2 petang nanti," pinta Chanyeol.

Hyejeong mengangguk. "Keure. Nanti saya datang."

Chanyeol berlalu ke tempatnya semula.

•_•_•_•_•

Hyejeong mengatur kemas langkahnya menuju ke Taman Kolej seperti yang dipinta Chanyeol. Apa agaknya yang lelaki itu ingin katakan?

Dari kejauhan, Hyejeong dapat melihat Chanyeol yang sedang duduk di bangku. "Chanyeol-ah," tegur Hyejeong.

Chanyeol langsung mendongak. Melihat Hyejeong, dia bangkit berdiri. "Hyejeong-ah."

"Ada apa awak nak jumpa saya di sini? Kenapa tak cakap waktu balik je?" soal Hyejeong-membuka bicara.

Chanyeol menatap wajah Hyejeong. Dia menarik nafas dalam-dalam. Sebenarnya sudah hampir tiga minggu dia mendiamkan hal ini. Dia sudah tidak merasakan lagi perasaan sayang di hatinya kepada gadis di hadapannya. Jadi untuk apa lagi dia membiarkan hubungan ini terus tawar tanpa rasa, bukan?

"Hyejeong-ah. Keuman haja uri," putus Chanyeol.

Hyejeong terdiam. Dia sudah dapat mengagak apa yang ingin Chanyeol katakan. Dia dapat menghidu kerana sudah hampir tiga minggu Chanyeol melayannya acuh tak acuh. Hakikatnya, dia juga merasakan hal yang sama dengan lelaki itu.

"Keure," balas Hyejeong.

Kening Chanyeol terangkat mendengar respon Hyejeong. "Jeongmalyo? Awak tak sakit hati?" soalnya meminta kepastian.

"Ne. Jeongmalyo. Saya sebenarnya dah perasan perubahan awak. Geunde, gwaenchanha. Saya pun rasa perasaan saya pada awak makin tawar," jawab Hyejeong.

Chanyeol menarik nafas lega. "Keure."

•_•_•_•_•

Chanyeol menghempas tubuh ke atas katil. Dia merenung siling. Rasanya dia tidak tersalah membuat pilihan, bukan? Memang dia pasti perasaan di hatinya semakin berkurang. Jadi lebih baik dia memutuskan hubungan daripada membiarkan sahaja Hyejeong.

"Tidurlah. Jangan fikir sangat." Chanyeol menarik bantal dakapnya ke dalam pelukan. Matanya dipejam.

•_•_•_•_•

Hyejeong meneliti buku rujukan di samping komputer ribanya. Isi di dalam buku itu diteliti sebelum dia mula menaip lagi. Seketika, matanya teralih ke arah jam pada skrin. 11 malam. Sudah dua jam dia membuat assignment.

"Rehat sekejaplah." Hyejeong membaringkan tubuh di atas katil. iPhone 6 miliknya dicapai. Gambar Chanyeol menyambut pandangannya sebaik kunci dibuka.

Hyejeong segera menukar wallpaper telefonnya kepada gambar dia dan kawan baiknya, Seolhyun. Hendak membuang gambar Chanyeol? Nantilah...

"Yah! Apa awak buat?" Hyejeong memprotes geram apabila Chanyeol tiba-tiba sahaja merampas telefonnya.
Chanyeol tersengih-sengih sambil melakukan sesuatu pada telefon Hyejeong. Kemudian, iPhone 6 itu diserahkan semula. "Igeo! Saya tahu awak simpan gambar saya."

Hyejeong merenung skrin telefonnya. Dia tergelak melihat gambar Chanyeol yang telah menjadi wallpaper telefonnya. "Keureomyeon! Mestilah saya simpan gambar awak!" tawanya.

Chanyeol sengih. iPhone 6 Hyejeong diletakkan di sebelah iPhone 6 miliknya. "A pair," beritahunya. Hyejeong turut tersenyum melihat gambar selfienya yang telah menjadi wallpaper telefon Chanyeol.

"Fikir sweetlah?" usik Hyejeong. "Keureomyeon!" balas Chanyeol bersungguh.

Hyejeong tergelak kecil apabila terkenangkan hal itu. Dia menggeleng perlahan. 'Tak perlu dikenang kisah lama ni.'

"Sudahlah. Baik aku sambung kerja. Fighting, Hyejeong-ah! Tinggal sikit je lagi!" Hyejeong menghadap semula komputer ribanya.

•_•_•_•_•

[C] Let's Break Up | Park ChanyeolWhere stories live. Discover now