8

783 61 2
                                    

"Hyejeong-ah. Jeongmal mian. Tapi hari ni aku tak boleh balik sekali dengan kau. Aku lupa aku ada janji dengan Kyungsoo. Gwaenchanhayo?" soal Seolhyun serba salah.

"Ah~ Gwaenchanha, gwaenchanha. Pergilah dengan Kyungsoo. Aku boleh balik seoranglah. Aku dah besar," senyum Hyejeong.

Seolhyun tersenyum lega. "Gomawo. Nanti aku call kau. Annyeong." Seolhyun berlari-lari anak meninggalkan Hyejeong.

Hyejeong meneruskan tugasnya menyiapkan nota. Akhirnya setelah 25 minit, tugasnya selesai. Dia memasukkan semua buku dan alat tulisnya yang lain ke dalam beg sebelum bangkit dari kerusi dan mula berlalu keluar.

Baru beberapa langkah meninggalkan kelas, langkah Hyejeong terhenti. Dia menoleh memandang ke kiri dan kanan. "Isanghae. Aku rasa macam ada orang ikut aku."

Tidak mahu melayan, Hyejeong mendongak memandang langit. "Aoh, dah gelap. Aku kena cepat!" Hyejeong meneruskan langkah.

•_•_•_•_•

Chanyeol menarik nafas lega. Mujur dia sempat bersembunyi. 'Kenapa aku sembunyi daripada dia?' getus hatinya.

Chanyeol menjenguk sedikit. Melihatkan Hyejeong sudah bergerak semula, dia mengikut semula langkah gadis itu. Tidak dekat dan tidak terlalu jauh.

Sebuah senyuman mula menghiasi bibir Chanyeol. Dia mahu melamar Hyejeong semula di hadapan rumah gadis itu nanti. Itulah rancangannya sehingga dia mengikut gadis itu dari belakang.

•_•_•_•_•

"I can't live without you dasin wajyo.." Hyejeong menyanyi kecil bagi menghilangkan rasa takutnya berjalan seorang diri. Biasanya memang dia akan pulang bersama Seolhyun kerana rumah gadis itu terletak hanya di sebelah rumahnya.

Jalan inilah yang paling tidak disukainya. Jalan yang sedang dilaluinya sekarang agak gelap dan jarang ada orang yang lalu-lalang.

"Fewwiit~"

Langkah Hyejeong terhenti. Dia mengangkat kepala memandang ke hadapan. Kelihatan seorang lelaki yang memakai jaket hitam sedang berjalan ke arahnya. Wajah lelaki itu nampak menakutkan bersama bibir yang membentuk senyuman sinis.

Hyejeong terpaku. Dia benar-benar cemas dan takut.

Lelaki tadi semakin hampir. Tangannya mula mengusap rambut Hyejeong.

'Chanyeol-ah.. Sallyeojuseyo!' Hati Hyejeong berteriak kuat. Air mata ketakutan mula mengalir ke pipinya.

"Kenapa menangis? Takut? Uljimayo." Senyuman lelaki itu terlihat semakin sinis.

Sebelum sempat Hyejeong menjerit, lelaki tadi terus memeluk Hyejeong. Sebelah tangannya lagi menekup mulut Hyejeong agar tidak menjerit. Lelaki itu mula bergerak-membawa Hyejeong ke tempat yang jauh lebih gelap.

Hyejeong meronta-ronta. Air matanya tidak henti-henti mengalir.

"BUK!"

Pelukan dan pautan terlepas. Lelaki tadi terbaring bersama darah yang mula mengalir dari kepala.

Hyejeong mendongak memandang orang yang menyelamatkannya. "Ch-Chanyeol-ah.."

Chanyeol memeluk bahu Hyejeong dan membawanya pergi.

•_•_•_•_•

Chanyeol dan Hyejeong tiba di hadapan rumah Hyejeong.

Hyejeong mendongak memandang wajah Chanyeol. "Chanyeol-ah.. Macam mana awak boleh ada tadi?" Tidak mungkin lelaki itu mengikutnya, bukan?

"Saya ikut awak," jawab Chanyeol tanpa menyembunyikannya.

Hyejeong tersentak. Tidak menyangka jawapan itu yang akan didapatnya. "Waeyo?"

Chanyeol tidak menjawab. "Lain kali jangan balik ke rumah seorang diri. Bahaya," pesannya. "Aoh. Ne.." Hyejeong mengangguk faham.

"Geunde, Chanyeol-ah.. Awak tak jawab lagi soalan saya. Kenapa awak ikut saya?" gesa Hyejeong.

Chanyeol menatap dalam mata Hyejeong. Kedua-dua bahu gadis itu dipegang. Lalu perlahan-lahan, dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Hyejeong. Sehingga akhirnya bibir mereka bersentuhan.

Hyejeong terkaku. Dia terkejut. Tetapi dia tidak boleh menolak. Dia tidak mahu menolak.

Beberapa saat berlalu, Chanyeol meleraikan ciuman.

Hyejeong menatap wajah Chanyeol. Menghantar pandangan yang menunjukkan dia tidak faham dengan tindakan lelaki itu.

"Mian sebab putuskan hubungan kita. Jeongmal mianhae. Geunde.. Saya tak boleh tipu hati saya lagi. Saya masih sayangkan awak. Sangat sangat," luah Chanyeol.

Hyejeong mengetap bibir. Dia menolak tangan Chanyeol yang berada di bahunya. "Awak dah ada Hyeri."

"Ani. Saya tak pernah ada perasaan sayang sikit pun pada dia. Saya serius, Hyejeong-ah. Saya masih sayangkan awak... Sudi tak awak terima saya semula?" Mata Chanyeol mengitari wajah Hyejeong. Dia begitu harap gadis di hadapannya akan menerimanya semula.

Hyejeong menggeleng. "Saya dah tak sayangkan awak. Mian." Dia berpaling dan ingin melangkah masuk.

"Jinjjayo?"

Langkah Hyejeong terhenti.

"Kalau betul awak dah tak sayangkan saya.. Kenapa awak tak terima sedangkan ramai namja yang nak jadi namja chingu awak?

Kenapa awak masih pandang saya dengan pandangan yang sama macam dulu?

Kenapa awak peluk saya bila tempoh hari saya minta nak peluk awak?

Dan kenapa awak tak menolak bila saya cium awak tadi? Waeyo, Shin Hyejeong?" soal Chanyeol bertubi-tubi.

Hyejeong menggigit bibir. Soalan-soalan Chanyeol sudah cukup untuk menyesakkan hatinya. Lalu tanpa dapat dikawal lagi, air mata Hyejeong mengalir deras di pipinya.

Hyejeong berpaling semula menghadap Chanyeol. "Neomu hae!" Dia terus memeluk Chanyeol erat.

Chanyeol tersenyum. Pelukan Hyejeong dibalas. Air matanya turut sama gugur.

Hyejeong melepaskan sedu-sedannya di dada Chanyeol. "Neomu hae.."

"Shh.. Uljimayo, dong dong-ah.." pujuk Chanyeol. Kepala Hyejeong diusap lembut. "Saranghaeyo. Neomu neomu.. Saranghaeyo..."

"Nado.." balas Hyejeong.

•_•_•_•_•

[C] Let's Break Up | Park ChanyeolWhere stories live. Discover now