Masa terus berlalu. Tanpa disedari, sudah dua bulan Hyejeong dan Chanyeol memutuskan hubungan. Kedua-duanya biasa sahaja. Tidak ada pula di antara mereka yang emosional apabila berjumpa.
"Chanyeol-ah.."
Chanyeol yang sedang menulis nota segera mengangkat kepala setelah mendengar namanya dipanggil. "Aoh, Hyeri-yah."
Hyeri kemam bibir. "Bappa?" soalnya.
Chanyeol menggeleng. "Anieyo. Waegeurae?" soalnya semula.
Hyeri duduk di hadapan Chanyeol. "Chanyeol-ah. Saya dengar awak dah putus dengan Hyejeong.." Dia mula membuka bicara.
Chanyeol tidak boleh menafikan. Dia lantas mengangguk. "Ne. Dah dua bulan. Waeyo?"
"Awak rasa... Boleh tak awak terima orang lain dalam hati awak sekarang ni?" Hyeri menunduk.
Chanyeol terdiam. Dia faham maksud Hyeri. Hmm..
"Hyeri-yah.."
•_•_•_•_•
"Hyejeong-ah..!!" Seolhyun berlari-lari anak mendapatkan kawan baiknya. "Aoh, Seolhyun-ah. Waegeuraeyo?" soal Hyejeong-pelik melihat tingkah Seolhyun.
Seolhyun segera duduk di hadapan Hyejeong. Dia menarik nafas seketika. Letih setelah berlari tadi.
"Hyejeong-ah. Neon ara?" soal Seolhyun membuka bicara.
"Hmm? Tentang apa? Aoh..! Ara, ara! Kyungsoo kiss kau semalam?" usik Hyejeong.
"Aniya!" Seolhyun menampar bahu Hyejeong. Merona wajahnya dek kerana malu.
Kyungsoo yang berada di meja berselang lima meja dengan meja Hyejeong segera berpaling. "Bukan pagi tadi, ke?" soalnya lurus. Sekaligus mengundang tawa pelajar yang berdekatan.
Seolhyun menampar dahi. Dia menoleh memandang D.O. Jari telunjuknya diletakkan di bibir sebagai isyarat supaya lelaki itu senyap. Kening D.O terangkat. Dia mengangguk faham sebelum berpaling ke hadapan semula.
"Keureom.. Kau nak cakap apa?" soal Hyejeong bersama senyuman mengusik yang masih melekat di bibir.
Seolhyun malas mahu melayan. "Kau tahu tak tentang Chanyeol? Dia curanglah!" bisiknya.
Kening Hyejeong terangkat. "Aoh? Waeyo?"
"Tadi aku nampak dia jalan berdua dengan Hyeri. Mesra sangat! Aku dengar dia dah date Hyeri!" jelas Seolhyun.
Hyejeong diam seketika. Entah mengapa, ketika itu hatinya terasa sakit. Untuk apa? Bukankah dia sendiri bersetuju untuk memutuskan hubungan kerana sudah tiada lagi perasaan sayang di hati?
"Aoh, keuge... Chanyeol tak curanglah," nafi Hyejeong. Sekaligus menafikan rasa di hatinya.
Seolhyun terkebil-kebil. "Maksud kau?"
"Aku dah putus dengan dia dari dua bulan lepas," jawab Hyejeong.
Rahang Seolhyun jatuh. "Jinjjayo?"
Hyejeong mengangguk. Dia menolak dagu Seolhyun sehingga mulut gadis itu rapat semula. "Masuk pulak lalat nanti."
"Ah! Masa dia datang waktu kita tengah bincang pasal assignment tempoh hari dan suruh kau ke Taman Kolej! Waktu tu ke dia putuskan hubungan?" tebak Seolhyun.
"Ne," angguk Hyejeong.
"Aish, jinjja! Sampai hati kau tak cerita tentang ni pada aku!" protes Seolhyun.
Hyejeong tergelak. Dia menepuk perlahan kepala Seolhyun. "Ara, ara.. Lepas ni aku cerita semua benda pada kau, ne?"
Seolhyun senyum semula. "Aku tuntut!" Dia bangkit sebelum berlalu ke tempatnya semula.
Senyum Hyejeong pudar. Chanyeol sudah berhubungan dengan Hyeri..?
•_•_•_•_•

YOU ARE READING
[C] Let's Break Up | Park Chanyeol
Teen Fiction[Completed] Cast : Shin Hyejeong Park Chanyeol "Let's break up." "Okay."