15

958 70 5
                                    

Hyejeong berjalan mendapatkan Chanyeol. Lengan lelaki itu dipegang. "Chanyeol-ah."

"Aoh, Hyejeong-ah. Waeddo?" soal Chanyeol.

Hyejeong cuba memaniskan wajah. Sudah tiga hari Chanyeol melayannya acuh tak acuh. Jadi hari ini dia mahu menanyakan salahnya. Dan jika Chanyeol ada terasa hati dengannya, dia mahu memujuk lelaki itu.

"Ermm.. Jom makan sama," ajak Hyejeong. "Makan sama? Aoh.. Mian. Saya tak boleh hari ni. Saya ada hal sikit. Awak pergilah makan dengan Seolhyun, ne?" tolak Chanyeol.

"Geu-geunde.."

Chanyeol menarik perlahan tangannya sehingga terlepas dari pegangan Hyejeong. "Annyeong." Dia terus berlalu meninggalkan Hyejeong.
Hyejeong memandang sayu. Dia terasa kecil hati. Sudahlah dia tidak boleh mengadu hal yang tidak disukainya kepada Encik Shin dan Puan Shin lagi. Sekarang Chanyeol pula seperti menjauhinya.

"Chanyeol-ah.. Apa salah saya?"

•_•_•_•_•

Kelas sudah tamat. Pada mulanya dia bercadang mahu pulang bersama Seolhyun. Tetapi melihatkan gadis itu asyik berdua bersama Kyungsoo, dia jadi segan pula.

Jadi akhirnya Hyejeong memutuskan ingin pulang sendiri-berjalan kaki. Walaupun Chanyeol ada menyuruhnya tunggu di tempat biasa, dia tidak mahu.

Pada situasi sekarang, Hyejeong terasa begitu ingin mempersoalkan tentang sikap lelaki itu. Tetapi dia bimbang sekiranya ada pergaduhan berlaku. Jadi dia mahu diam sahaja. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sudah dingin.

Hyejeong terus berjalan menyusuri lorong pejalan kaki. Dia berpeluk tubuh. Cuba menggali memori. Apa agaknya salah yang telah dia lakukan sehingga Chanyeol bersikap dingin dengannya?

Bum!

Hyejeong tersentak dengan bunyi guruh yang mula kedengaran. Dia mendongak memandang langit. Langit mula gelap.

"Seolma.." Hyejeong melajukan langkah.

Tiba-tiba, sebuah BMW 5 Series berwarna silver berhenti tidak jauh di hadapannya. Langkah Hyejeong terhenti. Itu kereta Chanyeol.

Hyejeong memerhati.

Chanyeol keluar lalu melangkah mendapatkan Hyejeong. Dia berdiri di hadapan gadis itu. "Kenapa awak tak tunggu saya?" soal Chanyeol.

Hyejeong tidak mengendahkan. Dia beralih ke tepi lalu berjalan semula.

Chanyeol mengeluh kecil. Dia mengejar langkah Hyejeong. Sekali lagi, dia berdiri di hadapan Hyejeong. Menghalang laluan gadis itu.

"Kaja. Saya hantar awak balik." Chanyeol terus menarik tangan Hyejeong. "Sirheo.." Hyejeong cuba menarik tangannya tetapi Chanyeol segera mengeratkan pegangannya.

Chanyeol mendudukkan Hyejeong di tempat duduk sebelah pemandu lalu menutup semula pintu. Kemudian, dia pula masuk ke bahagian pemandu. Tali pinggang dipakai.

Chanyeol menoleh memandang Hyejeong. Gadis itu hanya membisu. Tali pinggang keledar pun tidak dipakainya.

Melihatkan hal itu, Chanyeol mengeluh berat. Dia merapati Hyejeong. Tali pinggang keledar ditarik dan dimasukkan ke rumahnya. Hyejeong tidak memberi respon.

Chanyeol menurunkan gear. Pedal mula dipijak.

Di dalam perjalanan, Chanyeol langsung tidak bersuara. Sekaligus hal itu menyakitkan lagi hati Hyejeong. Hyejeong menggigit bibir. Untuk apa Chanyeol menghantarnya pulang sekiranya lelaki itu masih bersikap dingin sebegini?

Selang 25 minit, Chanyeol dan Hyejeong tiba di hadapan rumah Hyejeong. Tanpa kata, Hyejeong terus menanggalkan tali pinggang keledar dan berlalu keluar.

Chanyeol tidak sempat menahan. Dia segera keluar dan mengejar langkah Hyejeong. Tangan gadis itu ditarik.

"Jangan sentuh saya!" Hyejeong merentap kuat tangannya sehingga terlepas dari genggaman Chanyeol.

"Hyejeong-ah.."

"Apa salah saya sampai awak tak layan saya? Awak asyik mengelak daripada saya. Bila saya cuba nak tanya apa yang tak kena tapi awak kata awak okey. Awak buat saya macam tak wujud!" bentak Hyejeong. Matanya mula digenangi air jernih.

Chanyeol menatap lama wajah Hyejeong. Dia jadi nekad untuk melakukan hal ini. Dia tidak boleh melengahkan lagi. Chanyeol menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara, "Hyejeong-ah. Keuman haja uri."

Hyejeong terkedu. Kolam matanya mula pecah. Air jernih itu mengalir di pipinya.

"Chanyeol-ah.. Apa salah saya? Jebal... Jangan buat saya begini. Saya dah tak ada sesiapa lagi.." Hyejeong menahan esakan yang mahu terlepas.

"Sebab itulah saya nekad nak buat benda ni. Keuman haja uri." Chanyeol mengulang ayatnya.

Hyejeong mengetap bibir. "Keure.. Nampaknya saya memang dah tak boleh nak buat apa-apa.." Dia mula berpaling dan meneruskan langkah yang tergendala.

Chanyeol mengikut langkah Hyejeong. Gadis itu dipeluk erat dari belakang.

"Mwoya? Ige mwoya? Buat apa awak peluk saya lagi?" Suara Hyejeong bergetar.

Chanyeol diam. Dia mengeluarkan sebuah kotak kecil baldu berwarna merah dari dalam poket seluarnya. Kotak itu dibuka di hadapan Hyejeong.

"Shin Hyejeong... Sudi tak awak berkahwin dengan saya?"

Hyejeong terkedu. Tangisannya langsung mati. Dia menolak tangan Chanyeol yang memeluknya sebelum berpaling menghadap lelaki itu semula.

"Awak kata nak putuskan hubungan kita?" soal Hyejeong tidak mengerti.

Chanyeol mengukir senyum. "Memang saya nak putuskan hubungan kita. Sebab saya nak kahwin dengan awak," jawabnya. Air mata di pipi Hyejeong diseka dengan ibu jarinya.

"Geunde, kenapa awak asyik dingin dengan saya?" Hyejeong masih tidak mengerti.

Senyum Chanyeol bertukar nakal. "Saya saja kacau awak. Saja nak perhatian," jawabnya bersahaja.

Hyejeong mengetap bibir. Bahu Chanyeol ditumbuk-tumbuk. "Neomu hae!"

Chanyeol tergelak. Tangan Hyejeong segera dipegang-menghentikan tindakan gadis itu. "Keumanhae. Sakitlah."

Hyejeong mengetap bibir. "Jahat." Chanyeol senyum sahaja. "Keureom.. Awak sudi tak?" Chanyeol berbalik semula kepada tujuan asalnya.

Tidak dapat tidak, Hyejeong turut tersenyum. "Saya sudi," angguknya.

Mendengar jawapan Hyejeong, Chanyeol merapati gadis itu. Belakang leher Hyejeong dipaut sebelum bibir mereka disatukan.

Hyejeong tidak menolak. Matanya dipejamkan. Tangannya melingkar erat di pinggang Chanyeol.

[Completed]

Just another love story from me. Do vote and comment. Thanks!

[C] Let's Break Up | Park ChanyeolWhere stories live. Discover now