Hyejeong melangkah meninggalkan kolej bersama minda yang melayang memikirkan ayat Seolhyun tadi.
"Hyejeong-ah. Kau sayangkan Chanyeol lagi, kan?"
Soalan Seolhyun menghentikan tangan Hyejeong yang tadinya laju menulis. Hyejeong menoleh memandang Seolhyun. "Ne?"
"Aku tahu kau faham maksud aku. Hyejeong-ah, kau dah putus dengan Chanyeol hampir tiga bulan. Kalau kau dah tak sayangkan dia, mesti kau dah bersama dengan orang lain sekarang. Bukannya tak ada orang yang lamar kau jadi yeoja chingu. Ramai. Tapi satu pun kau tak terima. Sebab apa? Sebab kau sayangkan Chanyeol lagi, kan?" Panjang kata-kata Seolhyun.
Hyejeong terdiam seketika. "A-ani! Aku.. Aku cuma nak masa berseorangan," bidasnya.
Seolhyun menggeleng. "Nan tta ara. Kau kawan baik aku. Kau fikir aku tak perasan air muka kau berubah bila aku beritahu kau Chanyeol dah jadi namja chingu Hyeri? Aku perasan. Aku juga selalu nampak kau curi-curi pandang Chanyeol bila dia makan dengan Hyeri di kafe."
Hyejeong tidak mampu meningkah lagi. "Na eotteokhae? Kalau aku sayangkan Chanyeol lagi pun, aku tak boleh buat apa lagi. Hyeri dah jadi yeochin dia."
"Geunde, hati aku kuat mengatakan Chanyeol masih sayangkan kau. Aku boleh nampak dari cara dia layan Hyeri. Jauh berbeza daripada cara dia layan kau. Mata dia pun tak pandang Hyeri macam mana dia pandang kau," beritahu Seolhyun.
Hyejeong mengeluh. Dia mendongak memandang langit yang cerah. Mengapa hatinya tidak seceria cuaca hari ini?
"Ne. Kau betul, Seolhyun-ah. Aku masih sayangkan Chanyeol. Aku rindukan dia. Tapi aku tak nak jadi orang ketiga.." Hyejeong mengetap bibir. Air mata yang baru menitis segera diseka.
Ketika Hyejeong mengangkat kepala, dia dapat melihat lelaki yang begitu dikenalinya sedang melangkah menghala ke arahnya. Tidak mahu terlihat seolah-olah dia terkesan dengan kehadiran lelaki bernama Chanyeol itu, dia meneruskan langkah.
"Hyejeong-ah."
Langkah Hyejeong terhenti. Tidak menyangka Chanyeol akan menegurnya. Dia berpaling menghadap lelaki itu.
"Ne?" sahut Hyejeong.
"Awak.. apa khabar?" soal Chanyeol membuka bicara.
"Aoh? Ne.. Saya sihat. Awak?" jawab Hyejeong sebelum menyoal semula.
Chanyeol tidak mampu menentang mata Hyejeong. Hatinya terasa begitu sebak. Sekarang dia jadi yakin. Dia masih menyayangi Hyejeong. "Ne.. Saya sihat," jawab Chanyeol.
Hyejeong berdehem kecil. Terasa janggal. Rindunya dia pada lelaki di hadapannya ini. Tetapi dia segera mengusir perasaan itu. "Keureom.. Yeoja chingu awak okey?"
"Aoh. Hyeri? Aoh.. Dia okey," jawab Chanyeol ringkas. Malas mahu memanjangkan cerita tentang Hyeri. Tidak berminat.
"Geunde, bogoshipeosseo.." luah Chanyeol.
Hyejeong tersenyum pahit. "Awak tak maksudkannya."
"Saya maksudkannya," tingkah Chanyeol.
Hyejeong menggeleng perlahan. 'Nado bogoshipeosseo. Manhi manhi. Geunde kalau awak maksudkannya, kenapa awak langsung tak pandang mata saya?' getus hatinya.
Satu hal yang Hyejeong tidak perasan, Chanyeol langsung tidak memandang matanya kerana dia sedang berusaha menahan air mata daripada jatuh ke pipi.
"Hyejeong-ah.." Suara Chanyeol kedengaran berat. Seakan sedang menahan rindu di di hati.
"Ne?" sahut Hyejeong.
"Boleh saya peluk awak?" pinta Chanyeol sambil mendepakan tangan.
Kening Hyejeong terangkat. "Aoh? Keureomyeon. Sebagai kawan," balas Hyejeong sebelum masuk ke dalam pelukan Chanyeol.
Chanyeol mengeratkan pelukan apabila dirasakan tangan Hyejeong melingkar di pinggangnya. 'Neomu bogoshippeosseo. Geojitmal anieyo..'
'Bogoshippeoyo.. Geunde awak peluk saya sebagai kawan je, kan?' fikir Hyejeong.
Pelukan dileraikan.
"Saya pergi dulu." Mereka berdua berpamitan sebelum melangkah pergi meninggalkan masing-masing.
'Aku masih cintakan dia.' Hyejeong membiarkan air matanya mengalir di pipi.
'Aku dah kehilangan dia.' Air mata yang ditahan-tahan akhirnya gugur.
•_•_•_•_•
YOU ARE READING
[C] Let's Break Up | Park Chanyeol
Novela Juvenil[Completed] Cast : Shin Hyejeong Park Chanyeol "Let's break up." "Okay."