13

597 49 0
                                    

Ding! Dong!

Ding! Dong!

Ding! Dong!

Hyejeong melangkah berhati-hati menuju ke pintu utama rumah. Walaupun tulang rusuknya sudah pulih sepenuhnya, tetapi dia risau juga jika terjadi apa-apa. Lebih baik berhati-hati.

Ding! Dong!

"Chamkanman!" jerit Hyejeong geram. Ish. Tak perlukah tekan loceng banyak kali. Si pembantu rumah keluar pula. Membeli barang dapur katanya.

Pintu utama dikuak luas. "Aoh! Chanyeol-ah!" Hyejeong langsung tersenyum lebar.

Chanyeol turut melemparkan senyuman manisnya sebelum mula menyanyi kecil.

"As time goes on and on
I wanna let you know
The words that I have kept all this time
Believe in me, my heart
I really, really love you
My love is shining never lose it glows
We'll walk hand in hand
As the road would not end
Hoping you'd be by my side forever
I'm giving you
Whole of my heart.."

Chanyeol membawa tangannya yang disorok di belakang ke hadapan. Memperlihatkan sebungkus coklat berjenama yang digemari Hyejeong.

"Cheesy!" Komen Hyejeong. Chanyeol tersengih. "Sekali-sekala. Igeo, ambillah!"

Hyejeong menyambut coklat yang dihulur Chanyeol. Tangan lelaki itu lantas ditarik supaya masuk ke dalam rumahnya. Pintu utama ditutup semula.

"Duduklah dulu. Saya nak pergi letak coklat dalam peti sejuk dan buatkan awak air." Hyejeong berlalu ke dapur.

"Tak payahlah buat air. Saya tak haus pun." Chanyeol melabuhkan punggung di atas sofa di hadapan televisyen.

"Jeongmalyo?" laung Hyejeong dari dapur. "Ne. Jeongmalyo~" balas Chanyeol.

"Keure." Hyejeong meletakkan semula cawan yang dicapainya tadi. Dia melangkah ke ruang tamu semula.

Hyejeong menjatuhkan tubuhnya di samping Chanyeol. Seketika, dia terperasankan ada lingkaran gelap di bawah mata lelaki itu.

"Chanyeol-ah. Awak tak tidur ke, semalam?" Hyejeong serkap jarang. Chanyeol menggeleng. "Ani. Saya tak boleh tidur semalam. Tak tahu kenapa. Dah pagi ni baru ada rasa mengantuk," keluhnya.

"Kenapa awak tak tidur je di rumah? Kesian pula awak." Hyejeong mencubit lembut pipi Chanyeol.

Chanyeol senyum. Kepalanya disandarkan di bahu Hyejeong. "Gwaenchanhayo. Saya tak nak awak tertunggu-tunggu pula."

Chanyeol mengeluarkan sebuah kotak baldu dari poket seluarnya. Dia mengangkat kepala semula. Kotak itu dibuka di hadapan Hyejeong. Memperlihatkan dua bentuk cincin yang berbeza saiz.

"Mwoya igeo?" soal Hyejeong pelik.

"Keuge.. Saya baru terfikir. Selama tempoh hubungan kita, saya tak pernah bagi awak cincin pasangan.." jelas Chanyeol.

Hyejeong senyum. "Betul juga," setujunya.

Chanyeol mencapai cincin yang bersaiz lebih kecil. "Awak, tangan.." pintanya. Hyejeong menghulur tangannya kepada Chanyeol. Membiarkan lelaki itu menyarungkan cincin di jari manisnya.

Sempurna. Cincin itu tersarung elok di jarinya. Tidak ketat dan tidak longgar.

Chanyeol mencapai sebentuk cincin lagi. Cincin itu mula disarungkan di jarinya sendiri. Hyejeong segera menahan. Cincin di tangan Chanyeol diambil.

"Aoh? Waeyo?" Chanyeol pelik dengan tingkah Hyejeong.

"Mana aci. Sayalah pula yang nak sarung cincin di jari awak," senyum Hyejeong seraya menyarungkan cincin di jari manis Chanyeol.

Chanyeol ikut tersenyum. "Gomawo."

Hyejeong mengangguk. "Gomawo, Chanyeol-ah. Ippeo. Jeongmal jeongmal joayo," ucapnya.

Chanyeol senang hati melihat Hyejeong yang suka dengan cincin pemberiannya. "Cheonma. Geunde, awak tak boleh cabut cincin tu. Dan jangan hilangkan. Ara?"

"Ne. Dangyeonhaji," janji Hyejeong.

"Good girl." Chanyeol menepuk perlahan kepala Hyejeong.

"Geunde.. Hyejeong-ah."

"Hmm?"

"Boleh tak saya nak tidur sekejap? 10 minit pun tak apa. Saya mengantuk sangatlah," ujar Chanyeol.

Hyejeong mengangguk senang. Dia menepuk-nepuk pahanya. "Igeo. Letaklah kepala awak di sini."

Chanyeol tersenyum malu. Perlahan, dia merebahkan kepalanya di riba Hyejeong. "Gomawo, jagiya."

"Ne~" Hyejeong menatap wajah Chanyeol lama. Sehingga akhirnya dia terdengar dengkuran kecil lelaki itu, Hyejeong tergelak kecil. Kepala Chanyeol diusap lembut.

"Jaljayo."

•_•_•_•_•

Chanyeol terjaga dari lenanya apabila dia terasa seperti wajahnya dibasahi beberapa titis air. Dia segera bangkit duduk sebelum menoleh memandang Hyejeong.

"Hyejeong-ah!" Melihatkan pipi Hyejeong yang sudah dibasahi air mata, Chanyeol jadi terkejut. Dia langsung merapati Hyejeong.

"Hyejeong-ah.. Waegeurae?" soal Chanyeol risau. Dia turut mengalih pandangan ke arah televisyen yang terpasang. Ingin tahu mengapa Hyejeong begitu terluka ketika ini.

"... pesawat yang berkenaan dikatakan terhempas kira-kira 30 minit sebelum sepatutnya tiba di landasan kapal terbang Incheon, Korea..."

"...diketahui juga di dalam pesawat tersebut adanya pemilik Syarikat Teirang dan juga isterinya..."

Hyejeong menekup wajahnya dengan tapak tangan. Dia mula teresak-esak. Air matanya mengalir deras tanpa ada tanda mahu berhenti.

Chanyeol langsung terdiam. Televisyen segera dimatikan. Berita dari televisyen tadi sudah cukup untuk menjelaskan segalanya. Ketika itu, Chanyeol tidak mampu berbuat apa-apa. Cuma pelukan hangat yang dapat diberikannya kepada Hyejeong.

"Shh..." Chanyeol cuba memujuk. Belakang kepala Hyejeong turut diusap lembut.

"Ch-Chanyeol-ah... Omma dan appa saya dah tak ada..." Hyejeong melepaskan tangisnya di bahu Chanyeol. Tubuh lelaki itu dipeluk erat-erat.

"Saya ada... Saya akan selalu ada untuk awak..."

Hening. Hanya esakan dan sedu sedan Hyejeong yang kedengaran di ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu.

•_•_•_•_•

[C] Let's Break Up | Park ChanyeolWhere stories live. Discover now