9

769 57 8
                                    

Chanyeol berjalan bersama Hyejeong menuju ke kolej. Bahu gadis itu dipeluk. Hatinya terasa begitu berbunga-bunga sekarang. Gembira kerana dapat bersama Hyejeong semula. Ternyata selama ini, gadis itulah yang selalu membuatnya tersenyum.

"Hyejeong-ah," panggil Chanyeol.

"Ne?" sahut Hyejeong.

"Esok hari terakhir sebelum cuti semester. Jom kita pergi trip," cadang Chanyeol. "Aoh? Kita berdua je?" soal Hyejeong memastikan.

Chanyeol memandang wajah Hyejeong. Dia senyum. "Ne."

Hyejeong ikut tersenyum-malu. "Keure. Choayo."

Seolhyun yang perasan dengan kehadiran pasangan itu langsung tersenyum. "Aku dah agak benda ni akan berlaku."

Terasa bahunya dipaut, Seolhyun menoleh ke kiri. Wajah Kyungsoo yang tersenyum menyambut pandangannya. "Kyungsoo-yah."

•_•_•_•_•

Malam itu selepas makan malam, Hyejeong terus masuk ke bilik. Tidak terasa mahu menonton televisyen seperti biasa.

iPhone 6 yang sudah dicas penuh dicapai. Nombor Chanyeol didail.

Beberapa saat kemudian, talian disambungkan.

"Dong dong-ah~" sapa Chanyeol. Hyejeong senyum. "Chanyeol-ah."

"Waegeurae?" soal Chanyeol.

"Bappa?" soal Hyejeong semula.

"Ani. Waeyo?"

"Saya bosanlah. Jom keluar, jalan-jalan." Hyejeong membaringkan tubuh di atas katil.

"Omma dan appa awak?"

"Mereka tak ada. Outstation."

"Keure. Bersiaplah. 15 minit lagi saya sampai, ne?"

"Ne!" Hyejeong tersenyum riang.

Talian diputuskan.

Hyejeong segera bangkit dari katil seraya menuju ke almari. Seluar jeans dan sweater hitam kegemarannya dicapai.

•_•_•_•_•

"Keureom, odiga?" soal Chanyeol setelah dia dan Hyejeong memakai tali pinggang keledar.

"Rumah awak," gurau Hyejeong. Chanyeol segera menoleh memandang Hyejeong. Bulat matanya. "Ne??"

Hyejeong tergelak besar. "Ani. Saya bergurau jelah."

"Nakal sangat!" Pipi gebu Chanyeol dicubit Hyejeong. Hyejeong senyum sahaja. Entah mengapa malam ini dia terasa begitu ingin mengada-ngada dengan teman lelakinya.

"Kita pergi tengok wayang nak?" cadang Chanyeol.

Hyejeong mengangguk laju. "Nak!"

•_•_•_•_•

"Cerita tu tak best sangatlah," rungut Hyejeong. "Angeurae?" Chanyeol turut bersetuju.

"Dah dekat pukul 11 malam ni. Saya hantar awak balik, ne?" Chanyeol mengusap kepala Hyejeong.

Hyejeong segera memeluk erat pinggang Chanyeol dari sisi. Dia menggeleng-geleng. "Saya tak nak balik lagi.. Bosanlah duduk di rumah..." adunya.

Kening Chanyeol terangkat. Bahu Hyejeong lantas dipeluk. "Awak tak letih ke? Nampak macam mengantuk je?"

Hyejeong menggeleng. "Ani. Gwaenchanha. Kita kan dah cuti. Tak perlu bangun awal-awal dan terkejar-kejar pergi ke kelas esok."

Chanyeol senyum. "Keure. Saya bawak awak jalan-jalan sekeliling Seoul," putusnya. Hyejeong ikut senyum. "Ne!"

[C] Let's Break Up | Park ChanyeolWhere stories live. Discover now