10

702 51 2
                                    

Hyejeong mengikat kemas tali kasutnya. Kemudian, dia bangun. Beg sandang di sisinya diambil dan disandang. Semua pakaian dan barang-barang yang diperlukannya ada di dalam beg itu. Tak perlulah bersusah payah mahu membawa beg besar. Leceh.

Jam di pergelangan tangan dikerling. Hyejeong senyum. Chanyeol mengatakan dia akan menjemput pada jam 8 pagi. Sekarang baru jam 7.30 pagi. Jadi Hyejeong ingin mengejutkan lelaki itu. Dia yang akan ke kondo Chanyeol.

Hyejeong memulakan langkah. Mendapatkan teksi yang baru tiba di hadapan rumah.

"Cik nak ke mana?" soal pemandu teksi itu sebaik Hyejeong masuk. "Green Residence Condo," jawab Hyejeong.

"Algesseubnida," balas pemandu teksi itu sebelum mula memandu.

Selepas lebih kurang 15 minit kemudian, teksi yang dinaiki Hyejeong berhenti di seberang kondominium milik Chanyeol. "Mianhae. Geunde cik kena melintas ke sana sebab saya tak boleh nak parkir di sana. Terlalu banyak kereta," ujar si pemandu teksi.

"Gwaenchanha. Kamsahamnida," ucap Hyejeong seraya memberikan wang tambang. "Ne. Cheonmaneyo."

Hyejeong keluar. Sebaik teksi tadi pergi, Hyejeong mula menaip pesanan ringkas.

Hyejeong
To : Chanyeol

Chanyeol-ah. Jangan terkejut. Sekarang saya sedang berjalan menuju ke kondo awak. Hehe.

Bersama telefon di tangan, Hyejeong mula melintas setelah memastikan lampu isyarat bertukar hijau menunjukkan pejalan kaki boleh melintas.

Sebaik selamat melintas, Hyejeong ingin terus berjalan masuk ke kondominium Chanyeol. Tetapi ketika itu di hadapannya ada dua orang perempuan yang sedang bergaduh.

Secara tidak sengaja, Hyejeong tertolak ke belakang sehingga terjelepok di lintasan belang.

"Cik! Jeongmal mianhae!"

"Gwaenchanha.." Hyejeong bangun semula.

•_•_•_•_•

Ring! Ring!

Chanyeol yang baru ingin mencapai kunci keretanya langsung terhenti. iPhone 6 yang terletak di dalam poket seluar dicapainya. Mesej daripada Hyejeong. Chanyeol senyum.

Chanyeol
From : Hyejeong

Chanyeol-ah. Jangan terkejut. Sekarang saya sedang berjalan menuju ke kondo awak. Hehe.

Chanyeol menggeleng perlahan. Ada saja hal yang dirancang Hyejeong. Kedua-dua ibu jari Chanyeol mula bergerak. Ingin membalas pesanan ringkas Hyejeong.

Ketika itu dari tingkap biliknya yang tidak tertutup rapat, Chanyeol dapat mendengar suara-suara orang yang cemas dan menjerit.

Chanyeol diam seketika. Dia merenung skrin telefon pintarnya. Membaca pesanan ringkas yang dikirim Hyejeong.

Beg yang disandang dilepaskan. Chanyeol lantas berlari keluar.

•_•_•_•_•

Jangkaan Chanyeol tepat. Hyejeong sudah terbaring dengan darah yang berlumuran.

"Hyejeong-ah!" Chanyeol memangku kepala Hyejeong. "Chanyeol-ah.." Suara Hyejeong lemah sebelum matanya terpejam.
"Hyejeong-ah! Shin Hyejeong!"

Tidak mahu membuang masa menunggu ambulans datang, Chanyeol segera mencempung Hyejeong. Gadis itu dibawa ke keretanya.

•_•_•_•_•

Chanyeol terduduk di kerusi ruangan menunggu di kuat bilik pembedahan. Darah yang terkena di baju dan tangannya direnung lama. Hari ini sepatutnya hari mereka gembira dan bahagia bersama. Tetapi entah bagaimana...

[C] Let's Break Up | Park ChanyeolWhere stories live. Discover now