12

585 49 0
                                    

Akhirnya setelah dua minggu berlalu, Hyejeong dibenarkan pulang.

"Kaja." Chanyeol menghulur tangan pada Hyejeong.

"Kaja." Tangan Chanyeol disambut. Hyejeong turun dari katil. Mereka mula melangkah menuju ke kereta.

Tiba di hadapan rumah Hyejeong, Chanyeol segera turun dan membuka pintu untuk gadis itu. Tangan gadis itu dipimpin. Risau benar.

Sehingga akhirnya mereka tiba di pintu rumah, pembantu rumah Hyejeong mengambil beg pada tangan Chanyeol dan dibawa ke bilik.

"Awak nak saya hantarkan awak ke bilik?" soal Chanyeol apabila pembantu rumah tadi hilang dari pandangan.

Hyejeong menggeleng. "Saya okey. Saya boleh pergi sendiri."

"Jinjjayo?" soal Chanyeol risau.

"Ne. Keokjeonghajima. Saya dah sihatlah," senyum Hyejeong. Cuba mengusir jauh-jauh kerisauan yang bertapak di hati Chanyeol.

Chanyeol turut senyum. "Keure. Tapi hati-hati, ne?" pesannya.

"Ne~" akur Hyejeong. "Saya masuk dulu, ne?" Dia mula berpaling.

"Chamkanman." Chanyeol menahan. "Aoh?" Hyejeong berpaling menghadap Chanyeol semula.

Chanyeol menarik Hyejeong ke dalam pelukan. Dagunya disangkut di kepala gadis itu. Hyejeong tersenyum. Pelukan Chanyeol dibalas.

"Cuti kita tinggal lagi enam hari. Awak duduk hospital lama sangat. Tak sempat saya nak bawa awak pergi trip.." keluh Chanyeol.

"Gwaenchanha. Sem depan, kan kita boleh pergi?" balas Hyejeong menenangkan.

"Ermm.. Keure. Jangan sakit lagi, ne?"

Hyejeong tergelak kecil. "Ne~"

Chanyeol meleraikan pelukan. Kedua-dua pipi Hyejeong dipegang. Wajah gadis itu ditatap lama. "Bila omma dan appa awak balik, Hyejeong-ah?" Terdetik pula rasa ingin menanyakan soalan itu.

"Aoh? Ermm.. Omma kata sepatutnya hari Sabtu yang bermaksud esok. Tapi entah kenapa appa tukar rancangan. Jadi mereka balik hari Ahad. Waeyo?" jawab Hyejeong sebelum menyoal semula.

Chanyeol menggeleng. "Ani. Saja tanya. Geunde, omma dan appa awak tahu tak tentang awak masuk hospital tempoh hari?"

Hyejeong sengih sebelum menggeleng. "Saya tak mahu mereka risau. Jangan beritahu mereka, ne?" pintanya.

"Eii.. Awak ni. Keure. Saya tak beritahu," akur Chanyeol.

"Gomawo!" ucap Hyejeong.

"Esok saya datang tengok awak, ne?" ujar Chanyeol.

Hyejeong angguk tanda faham. Hidung Chanyeol ditarik sedikit. "Okay~ Saya tunggu. Kalau tak datang siap, awak!"

"Ne~" Chanyeol melepaskan pipi Hyejeong.

"Annyeong~" Hyejeong melambai sehinggalah kereta Chanyeol hilang dari pandangan. Hanya selepas itu, dia masuk ke dalam rumah.

•_•_•_•_•

[C] Let's Break Up | Park ChanyeolWhere stories live. Discover now