14

549 53 0
                                    

"Omma..."

Chanyeol segera menyambut tubuh Hyejeong yang hampir jatuh menyembah bumi. Gadis itu langsung dipeluk erat dari belakang. "Hyejeong-ah.. Jangan begini. Nanti omma dan appa awak di sana tak tenang.." pujuk Chanyeol.

"Jeo-jeongmalyo?" duga Hyejeong dengan esakan yang bersisa. Beratnya... Beratnya dia mahu menerima hal ini. Sesuatu yang tak pernah dia terfikir akan terjadi pada umurnya sekarang.

"Jeongmalyo. Kurangkan menangis, ne?" suara Chanyeol sepenuh bujuk.

Hyejeong akhirnya mengangguk tanda akur. Dia menyeka air mata yang bersisa. Sedaya upaya air mata yang mahu gugur ditahan. "Keure..."

Chanyeol melepaskan pelukan. Membiarkan Hyejeong menatap gambar Encik Shin dan Puan Shin. Dia tahu, Hyejeong begitu rapat dan manja dengan kedua-dua ibu bapanya kerana gadis itu anak tunggal. Jadi pasti berat rasanya untuk menerima kematian mereka kerana selepas ini Hyejeong tiada lagi dua tempat bergantungnya yang paling kukuh.

Tetapi sekurang-kurangnya, Chanyeol mahu melindungi dan menjaga Hyejeong. Kerana suatu masa dahulu, bapa Hyejeong sendiri pernah mengatakan supaya gadis itu dijaga sekiranya dia sudah tiada.

'Gwaenchanha, Hyejeong-ah... Saya akan jadi tempat awak luahkan segalanya. Saya akan lindungi awak. Yaksokhaeyo..'

•_•_•_•_•

"Hyejeong-ah."

Hyejeong tersentak. Dia mendongak. "Aoh, Chanyeol-ah. Waegeurae?"

"Jauhnya mengelamun," ujar Chanyeol sambil menghulur setin air kopi yang dibelinya dari vending machine.

"Gomawo.." Hyejeong menyambut tin yang dihulur Chanyeol. Tin itu dibuka lalu diteguk sedikit.

Chanyeol mengeluh kecil. Sebulan sudah berlalu sejak kematian Encik Shin dan Puan Shin. Tetapi nampaknya Hyejeong belum menerima hal itu sepenuhnya. Gadis itu jadi pendiam dan tidak lagi ceria seperti dulu. Walaupun Hyejeong tidak pernah memberitahu, tetapi Chanyeol tahu Hyejeong sering menangis sendiri.

"Kaja." Chanyeol terus melangkah pergi tanpa memegang tangan Hyejeong seperti biasa.

Hyejeong sedikit terpinga-pinga. Pelik melihat Chanyeol tiba-tiba dingin. Dia segera mengikut langkah Chanyeol. "Chanyeol-ah.. Gidaryeo..!"

Kereta Chanyeol terhenti di hadapan rumah Hyejeong.

"Ermm.. Keureom, saya turun dulu.." pamit Hyejeong apabila Chanyeol hanya diam.

"Hmm.." balas Chanyeol acuh tak acuh.

Tidak dapat tidak, Hyejeong terasa kecil hati. Mengapa tiba-tiba Chanyeol dingin dengannya? Di dalam kereta tadi pun lelaki itu cuma diam. Sepatah kata pun tidak keluar dari mulutnya.

"Ch-Chanyeol-ah.." panggil Hyejeong sedikit teragak-agak.

"Hmm?" sahut Chanyeol. Wajah Hyejeong dipandang sekilas sahaja.

"Gwaenchanhayo?" soal Hyejeong perlahan.

"Naneun gwaenchanha. Awak pergilah masuk dan berehat," jawab Chanyeol.

Hyejeong tidak mampu berkata apa-apa lagi. "Keu-keure.. Annyeong..." ucapnya perlahan sebelum keluar dari kereta.

Sebaik pintu tertutup rapat semula, Chanyeol terus menurunkan gear.

Hyejeong menunggu sehingga kereta Chanyeol hilang dari pandangannya. Dia menggigit bibir. "Waegeurae..?"

•_•_•_•_•

Hyejeong duduk bersandar di kepala katil. iPhone 6 miliknya direnung sehingga cahayanya mati sendiri. "Mwoya..? Kenapa Chanyeol langsung tak call aku?"

Jari Hyejeong mula bergerak laju di atas skrin. Ingin menghantar pesanan ringkas kepada Chanyeol.

Hyejeong
To : Chanyeol

Yah, Chanyeol-ah. Kenapa awak tak call saya langsung malam ni?

"Tak boleh.." Pesanan ringkas itu dipadam semula.

Hyejeong
To : Chanyeol

Chanyeol-ah. Odiya? Kenapa awak senyap je?

Hyejeong menggeleng. "Ani.. Aniya. Bukan ini.."

Hyejeong
To : Chanyeol

Chanyeol-ah. Bappa? Maaflah kalau saya mengganggu. Tapi saya cuma pelik kenapa awak langsung tak contact saya.

Hantar.

Agak lama Hyejeong menunggu, pesanan ringkasnya dibalas.

Chanyeol
To : Hyejeong

Ermm. Saya sibuk sikit, mianhae. Esok kita jumpa.

Hanya itu.

Hyejeong mengetap bibir. Sebelum ini sesibuk mana pun Chanyeol, lelaki itu pasti akan menghubunginya. Tetapi sejak siang tadi, lelaki itu sangat dingin dengannya.

"Gwaenchanha... Mungkin dia memang sibuk." Hyejeong memujuk hatinya yang sedikit terasa.

Hyejeong
To : Chanyeol

Aoh. Keureom, jaljayo.

Beep! Beep!

Chanyeol
To : Hyejeong

Ne. Jaljayo.

Hyejeong mengeluh berat. Telefon pintarnya diletak ke tepi. Dia mula membaringkan tubuh sebelum matanya dipejam.

•_•_•_•_•

[C] Let's Break Up | Park ChanyeolWhere stories live. Discover now