3

1K 73 0
                                    

Hyejeong menggeliat kecil. Dia sudah lama bangun jam 7 pagi tadi. Bergolek ke kiri dan kanan pun sudah, tetapi matanya tidak mahu terpejam semula. Biasanya pada hari cuti, dialah 'juara' tidur semula.

Oh, melainkan Chanyeol menghubunginya dan merengek ingin berjumpa. Chanyeol? Ish... Mengapa dia perlu mengenangkan kisah lamanya dengan lelaki itu?

Telefon pintar yang sudah tercampak sedikit jauh dicapai Hyejeong. Nombor Seolhyun didail. Mungkin dia boleh meluangkan masa dengan kawan baiknya itu?

Talian disambungkan.

"Yeoboseyo, Hyejeong-ah," sapa suara di sebelah sana.

"Aoh~ Yeoboseyo, Seolhyun-ah," balas Hyejeong.

"Waegeuraeyo?"

"Seolhyun-ah. Jom hangout?"

"Aoh. Mianhae. Aku dah janji dengan Kyungsoo nak keluar sama-sama hari ni. Kau nak ke mana? Mungkin aku boleh batalkan janji aku dengan Kyungsoo?"

"Ani, ani! Gwaenchanha! Kenapa pula nak batalkan temujanji kau dengan Kyungsoo. Kesian dia nanti. Pergilah. Naneun gwaenchanha."

"Jeongmalyo? Tapi aku dah lama tak keluar dengan kau."

"Gwaenchanha, gwaenchanha. Kau pun dah lama tak keluar dengan Kyungsoo, kan?"

"Ermm.. Keure. Nanti kita keluar sama-sama, ne?"

"Ne~"

"Jal ga."

"Ermm. Jal ga."

Talian diputuskan.

Hyejeong melepaskan keluhan. "Seolhyun pun keluar dengan Kyungsoo. Aku? Hmm.." Dia mengangkat bahu. "Gwaenchanha, Shin Hyejeong. Keluar seorang pun okey."

Hyejeong meletakkan telefonnya ke tepi sebelum bangun dari katil.

•_•_•_•_•

Hyejeong menapak masuk ke dalam kedai pakaian berjenama Chanel. Dia membelek-belek pakaian-pakaian yang tergantung. Seketika, matanya tertumpu pada sehelai gaun paras lutut berwarna merah jambu lembut.

"Boleh saya bantu, cik?" Seorang pekerja yang memakai tag nama 'Sana' datang menyapa.

Hyejeong senyum. Dia mencapai gaun tadi dan menghulurkannya kepada pekerja tadi. "Cik nak saiz yang ni?" soal Sana.

"Ne," angguk Hyejeong.

"Mesti cantik bila cik pakai." Sana sempat memuji sebelum berlalu untuk mengambil gaun yang diinginkan Hyejeong.

Hyejeong tergelak kecil. "Gomawo."

Selepas mendapatkan gaun tadi, Hyejeong melangkah ke kaunter bayaran. Dia berdiri di belakang seorang lelaki yang nampaknya sedang membuat bayaran.

Hyejeong diam seketika. Dia dapat mengecam siapa lelaki yang berada di hadapannya. Tinggi. Tidak terlalu sasa tetapi tegap. Bahunya lebar.

"Kamsahamnida." Suara itu meyakinkan lagi Hyejeong bahawa itu Chanyeol.

Sebaik lelaki di hadapannya berpaling, mereka sama-sama terkedu. Janggal.

Hyejeong terlebih dahulu mengalihkan pandangannya. Dia segera merapati kaunter pembayaran.

Chanyeol memandang Hyejeong seketika sebelum melangkah keluar.

"Hyejeong-ah!"

"Chanyeol-ah!"

"Awak buat apa di sini?" soal Chanyeol.

Hyejeong memandang sekelilingnya yang dipenuhi dengan pelbagai pakaian yang tergantung. "Di tempat begini, awak rasa saya buat apa?"

Chanyeol sengih. "Keure. Awak beli baju. Aoh, Hyejeong-ah. Alang-alang kita dah terjumpa ni, apa kata kita pergi date?" cadangnya.

Hyejeong mengangguk. "Choayo," senyumnya.

Chanyeol memasukkan sebelah tangannya ke dalam poket seluar jeans. Dia menggeleng-geleng seketika. Mengusir kenangan lama daripada datang menyapa.

"Kenapa aku beli sweater couple set ni, eh? Aku nak pakai dengan siapa?" fikirnya sendiri. Tidak tahu mengapa dia boleh membeli sweater couple set berwarna kelabu yang menarik perhatiannya di dalam kedai tadi.

•_•_•_•_•

Hyejeong keluar dari kedai. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Menyedari Chanyeol sudah berlalu, dia mengangkat bahu.

Hyejeong meneruskan langkah. Sambil menyanyi kecil, dia meninjau ke kiri dan kanan. Manalah tahu ada benda menarik yang boleh dibeli. Duit? Itu bukan masalah bagi Hyejeong kerana ayahnya merupakan pemilik Syarikat Teirang.

Dari tempatnya, Hyejeong dapat melihat seorang lelaki dan seorang perempuan yang sangat dikenalinya sedang berjalan bersama. Kyungsoo dan Seolhyun.

Hyejeong membiarkan apabila Chanyeol menggenggam tangannya. Terasa selamat. Mereka berjalan-jalan di dalam Seoul Shopping Complex.

"Chanyeol-ah.." panggil Hyejeong.

"Ne?" sahut Chanyeol.

"Baekopa.." rengek Hyejeong sambil menyandarkan kepalanya ke lengan Chanyeol.

"Awak tahanlah sikit. Saya nak pusing satu kompleks ni. Kalau boleh setiap satu kedai saya nak masuk," gurau Chanyeol.

Hyejeong langsung menoleh memandang Chanyeol. "Yah! Saya lapar sangatlah!" protesnya.

Chanyeol tergelak. Pipi gebu Hyejeong dicubit. "Ara, jagiya. Saya bergurau je. Kaja. Awak nak makan di mana?"

"Yeay!"

Hyejeong tergelak melihat gelagat pasangan di hadapannya. Sudah lama berjalan, kedua-duanya baru ingin berpegangan tangan. Itu pun jelas mereka masih malu.

Hyejeong melajukan langkah merapati Seolhyun dan Kyungsoo.

"Nak pegang tangan pun malu sangat ke?" sergah Hyejeong.

Seolhyun terkejut. Kyungsoo turut tersentak. Bagaikan sudah bersepakat, mereka segera menarik tangan masing-masing sehingga terlepas.

"H-Hyejeong-ah," senyum Seolhyun, malu.

"Hyejeong-ah. Annyeong," tegur Kyungsoo.

"Annyeong~" Hyejeong senyum mengenen.

"2 tahun 2 bulan. Hmm.. Dah lama juga kau dengan Kyungsoo, Seolhyun-ah. Malu macam baru sehari kenal kenapa?" usik Hyejeong.

Kyungsoo sedikit terpinga-pinga. "Itu tempoh hubungan kami. Eotteokhae neon ara?" soalnya.

"Seolhyun selalu beritahu," jawab Hyejeong bersahaja.

"Yah!" Laju tangan Seolhyun menghadiahkan cubitan pada lengan Hyejeong.

"Mwoya?" soal Hyejeong tidak mengerti sambil menggosok lengannya yang terasa pedih. "Janganlah beritahu!" bisik Seolhyun.

"Aoh, waeyo? Memang betul kau beritahu aku, kan? Aku pun selalu beritahu kau, dulu!" balas Hyejeong.

Seolhyun menolak Hyejeong ke tepi. "Pergi keluar dengan Chanyeol, lah! Aku tak nak cakap dengan kau dua hari," rajuknya.

Hyejeong tergelak. "Kyungsoo-yah. Tolong pujuk dia, ne? Seolhyun-ah, annyeong! Aku tahu belum esok pun kau akan tegur aku balik!" Dia melambai sambil berlalu pergi.

Seolhyun menekup kedua-dua pipinya. Terasa mahu menyorok di dalam selimut! Kantoilah pada Kyungsoo tentang hal ini...

"Keureom.." Kyungsoo membuka bicara.

"Ah.. Jangan cakap apa-apa!" potong Seolhyun.

"Wae andwae? Ah, keuge.. Nampaknya awak selalu cakap dengan Hyejeong tentang tempoh hubungan kita. Waegeuraesseo?" Kyungsoo sengaja mengusik.

"Saranghaniragu!" balas Seolhyun laju sebelum mempercepatkan langkah meninggalkan Kyungsoo.

Kyungsoo tergelak. Dia segera mengejar langkah Seolhyun. "Wah.. Pertama kali awak luahkan dulu yang awak sayangkan saya!"

"Keumanhae!"

•_•_•_•_•

[C] Let's Break Up | Park ChanyeolWhere stories live. Discover now