9

5.7K 279 15
                                    

"Diorang telefon siapa sampai ramai sangat nak guna phone public tu?" Tanya Huzairi sambil berjalan di sebelahku.Aku sekali lagi memuramkan wajah.

"Tak tahu! Mairah tak nak ambik tahu pun."
Kelihatan Huzairi menggeleng kepala.Tidak suka mendengar jawapanku agaknya.
Namun, aku hanya tidak menghiraukan tatapannya.

Aku berjalan mendahuluinya untuk membuka pintu office milik ayahku.

"Ayahhh!" Faris tersentak tatkala bacaan surat khabarnya terganggu.Segera Faris menolehkan wajahnya.Ayahku membulatkan mata apabila melihatku yang berpakaian sukan sekolah.

"Mairah? Kenapa tak pergi sekolah? Huzairi tak hantar kamu ke?" Tanya pula ayahku dengan soalan bertubi-tubinya.Aku menggelengkan kepala.Lantas aku melirik sedikit Huzairi yang memandang ayahku dari jauh.Hensem juga dia ni~

"Mana adalah yah.Abang Airi hantar Mairah kat depan sekolah.Cuma Mairah je tak nak pergi sekolah.Hari ni bukannya belajar pun!"
Omelku sambil berjalan duduk di atas sofa milik office ayahku.Ayahku kelihatan mengerutkan dahi.Mungkin dia sedikit tidak faham dengan apa yang aku terangkan.
Walhal, ayahku memang begitu.

"Hari ni ada acara sukan En. Faris.Sebab tu lah dia tak nak datang.Malas katanya." Huzairi menerangkan lalu berdiri di sebelah sofa yang aku duduk.Aku pantas mencebik wajah.

"Mairah tak malaslah! Mairah cuma tak nak pergi.Itu je!" Jawabku kesal.Lalu aku menunjuk kepalan penumbukku di hadapan wajahnya.

"Yelah, tak apa.Ayah tak marah Mairah.Tapi Mairah tak boleh duduk kat office ayah lama-lama."

"Eh kenapa ayah?" Tanyaku bingung.Atau aku akan dihalau dari office ayahku? Dan aku harus duduk bersama-sama dengan Huzairi?
Tak mahuuu....!!

"Ayah ada metting pukul 9 nanti.Mairah kena duduk kat office abang Airi hujung sana tu." Sempat lagi ayahku menunding jari ke belakang.Aku terpaku.

"Mairah? Duduk kat office abang Airi? Hmm, okeylah.Malas pulak nak bantah.Pergi dulu ayah." Aku mengucapkan salam lalu aku mencium pipi ayahku.Aku segera berjalan tanpa menghiraukan Huzairi.Namun aku telah meninggalkannya di office bilik ayahku.

Faris dan Huzairi yang melihat kepergian Humairah, menghela nafas.Nasib baiklah dia tidak banyak tanya.Faris berkata dalam hati.
Huzairi pula masih berdiri memandang Humairah dari jauh.Takut budak tu nanti merosakkan kerja aku je! Huzairi dalam hati mendengus.

"Petang ni mummy Airi nak pergi butik pengantin kan?" Tanya Faris memandang bakal menantunya dengan senyuman manis.
Faris tahu, Huzairi memang kaki favorite perempuan.Tetapi, ada sesuatu sifat lain yang tersembunyi di sebalik penrangai playboynya itu.

Faris yakin.Humairah mampu mengubah hati yang keras, menjadi lembut.Menikahkan Humairah dengan lelaki ini, memang cadangan yang tepat baginya.Semua sudah setuju.Cuma Humairah sahaja tidak mengetahui hal ini.Wajar juga mereka rahsiakan.Biar Humairah tidak memberontak.

Huzairi mengangguk tersenyum datar.
"Ya, mummy kata lepas zohor.Nanti saya hantar Mairah ke rumah saya.Lepas zohor, kami terus bertolak nak beli baju kahwin."
Faris setuju memahami apa yang dijelaskan oleh bakal menantunya.

"Hantaran macam mana?"

"Itu dah settle.Semuanya dah settle sejak awal.Cuma baju weeding je." Kata Huzairi lagi.Faris yang mendengar mematung.

"Cepatnya mummy kamu ni! Dah tak sabar sangat ke nak dapat cucu?"

Mendengar solan itu, Huzairi menguntumkan senyuman manisnya.Sangat ikhlas buat ayah Humairah.Walaupun dia membenci gadis itu.

"Tulah, daddy pun sama je dengan tak sabarnya." kedengaran suara tawa kecil dari bibir Faris keluar.

"En. Faris.Tapi masa nikah nanti, kalau Mairah terkejut dan marah macam mana?
Nanti apa-apa Airi jugak yang kena.Airi takutlah dengan dia tu." Ajuk Huzairi seperti kanak-kanak.Faris tersengih-sengih menunjukkan gigi rapinya.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now