19

6.3K 140 3
                                    


"Huuuu...sa...sakitnya!" Aku menangis tersedu-sedu di atas badan tegap milik suamiku.Kakiku berdenyut dengan tekanan darah yang laju mengalir di urat.

Huzairi tergamam.Dia medudukkan Humairah di atas ribanya dengan secara paksa.
"Apa yang sakit? Kau sengugut?"

Aku geleng.

"Kau pening nak muntah?"

Aku geleng.

"Dah tu?"

"Huuuaaa...kaaaki ni sakit..." adu aku dengan suara tangisan sengsara.Aku menangis lagi.

Manakala Huzairi pula hanya memerhatikan tindak-tanduk Humairah.Adakah gadis ini sedang berlakon.Namun, tidak rasa pula yang Humairah sedang berlakon.Tuh, air mata gadis itu mengalir dengan banyak.
Rasa kasihan pula Huzairi dibuatnya.
Huzairi menarik nafas.

"Hei, shuh...jangan nangis.Mana yang sakit?
Meh aku tengok." Kata Huzairi dengan selambanya memaut dagu aku.Aku tersedu-sedu lalu menunjukkan permukaan tapak kaki aku.

Anak mata Huzairi beralih memandang ke arah kaki Humairah.Dia terkejut.

"YaAllah! Wei, kau pijak skrulah." Panik Huzairi sambil menatapku.Aku berhenti menangis.

"Ber...berdarah tak?"

Diam.Huzairi melihat semula tapak kaki isterinya.Mujurlah tiada apa-apa.Huzairi menggeleng.

Aku menghela nafas.
"Fuh...nasib baik tak darah."

"Tapi kenapa kau nangis? Terpijak skru je kut.Takkanlah dah rasa sakit.Ee...kau ni memang budaklah!" Kepala aku dituing perlahan.Geramnya rasa bila kepala yang pandai yang penuh dengan ilmu ni kena tolak.

"Why awak tolak kepala saya?! Daripada kat restoran lagi awak tuing tuing kepala saya.
Kalau saya bodoh macam mana?!" Marah aku lalu mendengus.

"Itu adat istiadat dan pantang larang.Semua tu penipu.Orang zaman dulu buat macam tu, sebab nak elakkan kita dari terkena perkara bahaya.Faham wahai isteriku yang comel?"

Kepala aku dituing lagi.Aku marah.

"Sudahlah tu.Hah...mana coklat saya?! Awak sorok kan? Mana?!!!" Aku memaut lehernya sambil mengoyang ke sana sini dengan kasar.Lansung aku menarik kuat rambutnya.

Huzairi mengerang kesakitan.Perbuatan ini memang sangat ganas.Dia meringis.

"Apa main tarik-tarik ni? Sakitlah budak!"

"Berhenti panggil saya budaklah budak!"
Balasku tidak mahu kalah.Aku meneruskan perbuatanku dengan kejahatan yang menyelimuti aku.

Hilang rasa sabar.Dengan kekuatan lelaki, Huzairi pantas membaringkan Humairah ke bawah dan mengunci pergerakan dengan menindihnya.Humairah tergamam hebat.

"Siapa budak sekarang, aku ke kau?!" Tanya Huzairi membentak kuat.

Aku terdiam.Dekatnya YaAllah!

"Sa...saya budak?" Jawabku tersenyum kecil.

"Abang Airi, siapa tu?" Kami berdua tersentak kecil.Lalu kami menolehkan wajah ke muka pintu yang jauh di hadapan kami.Aku meneguk ludah apabila melihat seorang gadis kecil bersama-sama dengan ibu bapa mereka di hadapan pintu.Mereka terdiam melihat kami yang sedang beradegan tidak senonoh.

"Eh, Nina.Sayang buat apa kat sini?" Huzairi bangun dari menindih aku.

"Mama dan papa yang ajak datang sini.
Hehe..." Anina tersengih kecil memainkan anak patungnya.Huzairi tersenyum melihat kakak sedaranya bersama dengan suaminya.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now