59

1.3K 61 11
                                    

"Berkas dia cepat!!!" Inspektor Shizawa bertindak walaupun dirinya hampir terjatuh apabila ditolak oleh Prof Wahab.Prof Wahab pula bukan sahaja terperanjat, malah dia cuba sedaya upaya untuk kabur daripada pandangan pegawai polis Jepang ini.

Inspektor Shizawa segera mengeluarkan spucuk pistolnya.Dia menghalakan benda alah itu ke arah Prof Wahab.

"Baik berhenti sebelum saya tembak awak!"
tegas suara Inspektor Shizawa menyebabkan Prof Wahab mendengus kasar dan berhenti berlari.Habis seluruh makmalnya diselongkar oleh pihak polis.Apabila dia mengangkat tangan, pantas sekali Inspektor Shizawa menggari tangannya.

Prof Wahab jujurnya memberontak.Namun hasil itu hanya akan memenatkannya sahaja.
Wajah Inspektor Shizawa berkerut memandang kepergian kereta polis yang laju memecut setelah membawa Prof Wahab masuk ke dalam kereta tersebut.Wanita itu berjalan keluar dari makmal kebal besi yang tersembunyi di tempat perhutanan.

Inspektor Shizawa bercekak pinggang.Segera mengeluarkan iphonenya dan membuat panggilan.

Dia masih menatap bangunan besi ini.Tambahan pula, makmal ini juga menjadi punca pencemaran sungai di Hutan.Tindakan wajarlah kenakan ke atas Prof Wahab yang telah mencemarkan alam sekitar.Kini Inspektor Shizawa kembali memasukkan iphone di dalam poket seluar jeansnya.
Panggilan ini tidak diangkat rupanya.
Mungkin saja sekarang Saridah sedang sibuk dalam urusannya sebagai doktor.

........

Dahlia laju menaip di komputer khasnya di dalam makmal.Dia sangat serius menaip sehingga, matanya terlihat sedikit merah.
Keluhan di bibir Dahlia dilepaskan kasar.
Dia memang tidak menemui jenis bahan yang digunakan dalam penghasilan gas ini.
Wajah Saridah dipandang.

"Susah! Gas tu memang gas yang ada kaitan dengan pembunuhan Syakif.Tapi saya cuba cari.Memang tak jumpa pun." Kata Dahlia cuba menjelaskan tentang usaha-usahanya dalam menjalankan kajian ini.
Saridah tidak menjawab apa-apa.Dia terdiam.
Gambar mayat Syakif masih ditenungnya dengan penuh perasaan simpati.

"Biasanya, saya akan tengok urat-urat biru yang timbul pada kulit mayat.Tapi yang ni lain sangat." Kening Dahlia terangkat dengan perasaan berminat.Dia mendekati Saridah.

"Cuba tengok betul-betul.Urat-urat yang timbul pada kulit, bukan urat berwarna biru.
Urat ni berwarna unggu." Memang benar kata Saridah.Dahlia memang menyokong kata-kata kakak angkatnya.Meja ditumbuk perlahan.Dahlia geram.

"Patutlah.Ini pun kali pertama saya nampak urat yang warnanya macam ni.Mushtahil! Ini mesti ada something yang tak kena pada kes ni.Kita kena tahu apa jenis gas tu dan apa bahan yang dia guna.Tapi sebelum tu...." Entah batu apa yang menghempap kepala Dahlia sehingga dia banyak bercakap seperti ini.

"Nanti kakak cuba siasat lagi.Pasal gas tu, awak jangan risau.Ikhwan akan tolong kita dalam hal ni.Dia sebenarnya mahir dalam soal siasat tentang pelbagai jenis gas." Ujar Saridah.Namun sepertinya bukan itu maksud Dahlia.Dia menggeleng perlahan.

"Bukan itu, bukan!" Bantah Dahlia cepat.
Membuatkan Saridah hairan menatapnya yang tiba-tiba menjadi pelik dan bertingkah konyol.

"Habis tu apa?" Soal Saridah hairan lagi.
Dahlia menarik lengan Saridah sehingga mereka sampai ke suatu ruang.Dahlia membuka peti ais sebelum dia dan Saridah memakai facemask.Sarung tangan getah juga telah siap dipakai bagi menjaga keselamatan mereka.

"Apa ni? Bubur?" Dahlia sudah tentunya menggeleng pantas.

"Ini muntah budak tu." Kata Dahlia membuatkan Saridah terkejut hebat.

"Humairah?"

"Yes.Sekarang kakak tengok, ada benda yang tak kena dengan muntah ni.Janin tu, terhasil daripada bahan kimia.Kemungkinan, ia akan membahayakan nyawa Humairah sendiri." Jelas Dahlia sambil mengambil sedikit muntah itu lalu dia letakkan di atas kertas turas yang tebal.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now