52

1.8K 65 13
                                    

2ne1 - If I Were You.

..........

"Kenapa terdiam? Jawablah pertanyaan saya.Sejak akhir-akhir ni, awak nampak lain.
Saya tak pasti apa masalah awak.Kalau ada, awak boleh share dengan saya.Benda ni bukan main-main.Jadi..." senyuman tegas ditampilkan oleh Zafirah.

"Jangan sesekali nak tipu saya.Kalau awak tipu, ops...awak dah salah orang.Sebab saya takkan mudah tertipu dengan awak." Jelas sekali riak wajah Zafirah semakin tegas.
Dia menjadi tegas apabila semua kebingungan ini berlaku.Zafirah tahu pasti ada yang tidak kena dengan semua ini.

"Hah? Haha..." Sarah menelan air liurnya.
Dia kini cuba menormalkan degupan jantung yang semakin laju.Darah dalam salurannya laju bergerak.

"Saya memang tiada masalah apa-apa.
Cuma, mungkin saya stress sebab banyak kerja yang saya nak kena buat.Tambah lagi, kena jaga kandungan ni baik-baik.Nanti risau pula suami saya." Jawab Sarah sedikit terbata-bata sambil tersenyum.

Zafirah memandang semula Sarah.Dia tahu ini bukan Humairah yang dia kenal.Humairah tidak pernah bersikap resah dan gelisah seperti Sarah.Bahkan, Humairah seorang yang polos serta periang.Tidak seperti Humairah yang sekarang.

"Hei, saya cuma tanya.Kenapa awak mesti nak panik ni? Ahaha...bertenang Mairah." Sengaja Zafirah berpura-pura untuk menenangkan hati Sarah yang sememangnya tidak tenang.Wajahnya berpeluh-peluh.

"Saya bukan panik, cuma saya letih je sebab terlampau banyak fokus kepada kerja.
Sampai tak ingat nak jaga diri dan makan minum seharian.Hmm...apa kata kita balik je?" Sarah mula bangun dari duduk dan pantas melangkah ke arah kereta Zafirah.
Anak mata serta pandangan Zafirah tidak lepas daripada memandang Sarah.

"Saya nak tanya awak satu perkara." Kata Zafirah setelah masuk ke dalam perut keretanya.Sarah masih berasa kurang selesa terhadap percakapan Zafirah.

Sarah mencebik.
'Minah ni la...semuanya nak rosakkan rancangan aku.Murai betul mulut dia! Banyak tanya!' Marah Sarah dalam hati sambil menjeling Zafirah yang kini mengeluarkan telefonnya.

"Apa benda ni? Boleh jelaskan tak?" Zafirah memandang ke hadapan sambil menunjukkan gambar yang sempat dia tangkap di Spa tadi.Terbeliak mata Sarah memandang gambar itu.Pandangannya mula memandang Zafirah dan gambar itu secara bergantian.

"Cik Zafirah...!!!" Zafirah pantas merampas iphonenya semula.Wajah Zafirah yang dingin itu menatap tajam Sarah yang kian menegang dengan apa yang berlaku terhadapnya.

"Awak bukan Humairah.Tapi awak ialah Sarah! Awak dah tipu saya dan semua orang!"

"Kau diam! Memang aku bukan dia.Dan kau tak perlu nak masuk campur dalam hal ni perempuan tak guna!!!" Bentak Sarah sekaligus melepaskan amarahnya pada Zafirah.

Air muka dan raut wajah Zafirah berubah dengan terperanjatnya.Dia sememangnya sudah pasti bahawa Humairah ini ialah Sarah sejak pulang dari majlis itu.

"Kau yang tak guna sebenarnya.Kau tahu tak? Kau dah tipu semua orang.Kau tipu aku, suami aku dan yang paling malang sekali, suami kau.Ops, salah..."

"Suami Hu...mai...rah!" Sinisnya senyuman yang dihadiahkan Zafirah kepada Sarah.
Rahang Sarah menegang serta terasa hendak mengamuk.

Terasa bengang apabila nama yang familar bagi Sarah, sengaja disebut-sebut oleh Zafirah.Sarah tidak boleh berdiam diri sahaja.
Dia harus melakukan sesuatu agar dapat menutup mulut Zafirah yang celupar ini.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now