27

4.6K 116 7
                                    

"Mairah?" Datin Razifah terkejut melihat Humairah yang baru balik dengan barang-barang yang penuh dijinjingnya.

Aku tersenyum manis.Tidak sewenangnya aku mahu menerima barangan mengarut yang lelaki itu beli.Lama-lama aku boleh kesal dengan sikapnya.Sikap Alif dan Ikhwan pun sama boleh buatkan aku sebal.Merajuk sahaja mereka 24 jam! Tidak tegur aku pun.
Padahal aku dan mereka satu sekolah.

Pastilah banyak kenangan tentang kami bertiga sewaktu sekolah.Dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 kami sama kelas.
Amat rapat.Namun sejak tingkatan 3 Alif mula lah dengan sikapnya yang playboy itu.
Tidak seperti Ikhwan yang memahamiku dari kecil sehinggalah sekarang.

Tapi apa yang buatkan aku kekok, suara Alif dan Ikhwan semakin menakutkan.Suaranya garau sekali sama seperti Huzairi.Adakah lelaki memang akan berubah secepat itu?
Ugh...jangan fikir! Kembali kepada aku yang membawa barang ke bilik Datin Razifah yang selesai solat, melipat telekungnya.

"Beratnya." Keluhku lalu meletakkan barang-barang itu di pojok bilik Datin.Datin Razifah terkedu menatapku.

"Kenapa letak kat bilik mummy?" Tanya Datin.Aku senyum canggung lalu menyalamnya.

"Abang Airi suruh.Dia kata mummy kena pilih yang mana sesuai untuk Mairah." jawabku yang dibalas dengan gelengan kepala.

"Abang Airi beli semua ni? Biar betul!" terkejut Datin Razifah lalu melihat beg-beg yang berisi baju sejuk berjenama mahal.

"Entahlah.Mummy rasa apa dia nak buat?
Dia beli semua baju sejuk ni untuk apa ya?
Sini kan Malaysia, kalau tinggal Cameron Highlands barulah boleh pakai.Pelik kan?"
Aku tertawa kecil menatap Datin Razifah.

'Airi nak buat suprise kat Mairah.Mummy jangan beritahu dia pula?'

Kata-kata itu terngiang-ngiang.Tetapi kejutan apa yang anak lelakinya mahu buat?
Sudah jadi rumit pula.

"Ouh, pasal tu mummy tak tahu lah pulak.
Mummy rasa yang dia nak buat kejutan kut."
Ujar Datin Razifah menimpal sesuatu.Sengaja mahu bagi klu untuk Humairah.

Aku mengernyit mata.
"Kejutan? Hari jadi Mairah lambat lagi kan?
Kejutan apa ya?" Tanyaku pada Datin.
Datin menjongketkan bahu.Sengaja dia berbuat begitu.

"Entahlah mummy rasa je.Ha, kebetulan Mairah ada kat sini mummy nak bagi sesuatu." Ujar Datin lalu pergi ke arah almari besarnya yang tinggi.Mewah juga kehidupan Datin.Tetapi Datin Razifah tidak pernah sombong dan riak.Dia tidak menunjuk-nunjuk hartanya.

Datin menghulurkan sesuatu kepadaku.
"Nah, ambilah.Mummy hadiahkan untuk Mairah." Timpal Datin Razifah kepadaku.
Aku menerima beg kertas yang berwarna coklat ditulis di depannya mylove clothes.
Lalu aku melihat apa yang ada di dalam.

"Ini...apa?" Tanyaku apabila mendongak.

Tuing!

Pertempatan siku timbul di dahi Datin Razifah.Dia tersenyum paksa lalu mengeluarkan baju itu.

"Ini gaun malam.Pernah pakai tak?"

Aku angguk.
"Tapi kali terakhir Mairah pakai, masa darjah 3.Hehe...^^" jawabku langsung tersengih.

"Ish, kamu ni! Mummy bukan tanya kali terakhir kamu pakai.Tapi mummy tanya dalam masa perkahwinan kamu dengan abang Airi, pernah pakai tak?" Tanya Datin panjang lebar.Aku terdiam.Sebenarnya tidak tahu apa yang Datin Razifah maksudkan.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now