4

7K 186 19
                                    

Kereta Ferari milik Huzairi selamat sampai ke rumahnya yang besar seperti istana itu.Aku hanya melirik rumahnya bosan.Sebenarnya aku tidak suka jika duduk serumah dengan mamat buaya ini.Aku memang tidak senang jika dia akan mencari pasal denganku.Selalu sahaja aku yang kalah bila berlawan dengannya.Amat menyebalkan!

Dia mematikan enjen.Setelah itu dia keluar dari kereta dan meninggalkan aku seorang seperti musuhnya.Ugh..aku memang musuhnya pun.Aku hanya duduk saja di dalam kereta walaupun ditinggalkan.Tidak kesah dengan perilakunya yang tidak bersivik.Aku menopang dagu dengan wajah yang tidak berseri.

KRIK...KRIK..

KRIK...KRIK..

 ̄︿ ̄

Huzairi berhenti berjalan.Dia memandang Humairah yang masih di dalam kereta.Seketika Huzairi mencebik.Dia berjalan semula ke kereta mewahnya dan membuka pintu kereta itu dengan kasar.

KTAK!

Ada seseorang yang membuka pintu secara tiba-tiba.Dan aku yang bersandar pada pintu sebelah kiriku, terjatuh ke bawah.Nasib baik dia sempat menyambutku.Aku segera menoleh.Melihat siapa yang telah
menolongku.Aku tercengang.

"Aku tahulah kereta aku super lawa.Tapi sampai bila kau nak duduk tercongok dalam ni ha? Dah berat punggung sangat ke nak keluar dari sini? Nak suruh aku jugak bagitau kau suruh keluar.Kau ni macam budak tadika lah.Suka menyusahkan aku!" Omelnya.Sekali lagi aku tercengang.Aku pantas menepis tangannya yang memegang pinggangku.
Lalu aku menggalas begku dan lekas keluar dari keretanya yang amat mewah.Mewah sangat!

"Bisinglah kau mamat buaya! Macam je aku ni anak kau, kau nak membebel." Balasku lalu menjelingnya dengan ekor mata.Mata aku yang bulat ini melihatnya semula.Dia mencebik.

"Sekarang ni nak menjawab pulak.Memang macam budak tadika!"

"Aku dah kata, aku bukan...hmph!" dia menekap mulutku tiba-tiba.Aku memberontak meminta supaya dilepaskan.Tetapi aku melihat dia yang lebih kuat tenaga daripada aku yang berbadan kecil ini.Berbadan kecil, tetapi aku tidaklah pendek sangat.

"Hmph! Hmph! Eee...apa ni! Asyik-asyik nak bekap mulut orang."

Dia tertawa sinis.
"Itu je cara nak tutup mulut kau yang serupa bontot ayam!" Lalu dia berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan aku sekali lagi.Sekali lagi alone again.(jangan lupa dengar lagu Yuna Ito Alone Again! 😍😘)

"Woi! Kau kata aku mulut aku macam botot ayam! Yang rambut kau terpacak-pacak tu, macam pantat ayam! Ambik kau!!!" geram aku lalu menyepak-nyepak tayar kereta Ferarinya sekuat hati.Dia sepertinya tidak menghiraukan aku.Bayangannya pula hilang dari pandanganku.Dia telah masuk ke dalam rumahnya yang megah ini.
.
.
"Assalamualaikum." Ucap Huzairi memberi salam dengan wajah datar.Datin Razifah dan suaminya terhenti apabila sedang berbual-bual.

"Wa'alaikumussalam Airi, lambatnya kamu balik.Tak pernah pulak kamu terlambat bila mummy suruh." Kata Datin Razifah tersenyum melihat anaknya menyalam dan mencium tangannya.

"Biasalah mummy, tadi trafik KL jam sangat.
Airi dah rasa penat dan pening pun ada ni.Airi nak rehat je." Jawab Huzairi yang masih dengan suara manjanya.

"Hmm...penat bawak kereta ke, penat bergaduh dengan si Humairah tu?" Soal pula Datuk Syafie sambil tersenyum simpul.

Huzairi tersengih.
"Adalah sikit." jawabnya selamba.Lalu Huzairi menyalam kedua-dua ibubapa Humairah.
Dah balik dah mak ayah budak tu? Tadi call, mummy kata masih kat luar negara.Nak buat surprise ke ni? Tanya Huzairi dalam hati.

"Aikk...mana budak tu?" Tanya Datin Razifah dengan nada risau.Takut-takut anaknya ini tidak boleh dipercayai jika disuruh mengambil Humairah.Huzairi menghela nafas bosan.Lagi-lagi dia! Dia! Dia! Dia!!!

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now