49

1.6K 73 7
                                    

Kana Nishino - Aitakute Aitakute

......

Hai, assalamualaikum semua! Haa...ini lah yang buat saya berdebar-debar.Mari lihat nasib Humairah seperti apa? Ahh...sedihnya saya kalau anak yang dia kandung tu gugur.
Huzairi pasti mengamukk!!!! 😭😭😭

Silakan baca, douzo kudasai~ 🙏🙏🙏

........

Bunyi burung-burung berkicauan membuatkan aku sedikit mengeliatkan badan di atas tilam yang empuk.Sepertinya tilam ini diperbuat daripada span yang bermutu.
Membuatkan aku berasa selesa dan nyaman sekali apabila menguap dan meregangkan badan.Mataku masih terpejam rapat.

Perut diusap lembut.Bagiku untuk menunggu sembilan bulan, amatlah lama.Sekali sahaja mata dipejam celik, tidak sampai sembilan bulan pun.Aku berasa tidak sabar hendak melahirkan anak ini.Pasti Huzairi gembira.
Namun, dengan budak sepertiku?

Tidak sama sekali.Aku tidak merasakan bahawa Huzairi akan memaafkan aku.Dia itu sejenis tidak mudah memaafkan orang.
Jika Hakim yang lemah-lembut, sudah pasti dia akan membuatkan aku bahagia.Sebenarnya aku masih menyimpan rantai Asyraf terjatuh tempoh hari yang lalu.

Selain daripada itu, Sambutan majlis Kanak-kanak semalam amat menyeronokkan.
Meskipun aku tidak dapat merasakan nikmat menari bersama budak kecil dan sehingga itulah aku berjumpa dengan Alif semasa mahu mencari abang Syakif.Aku juga tidak sangka bahawa Alif berada di sini.Sejak bila?

?

Nanti dulu!!!

Bukankah aku mahu menyelamatkan abang Syakif? Lalu, mengapa aku terbaring lena seperti ini.Dan...siapa yang membawaku?

⊙﹏⊙

Kelopak mataku pantas terbuka dengan penuh ketakutan yang menimpa.Aku bangun dari baring dan menggosok mataku yang kelihatan kabur sedikit.Setelah penglihatan jelas, mataku membuntang memandang cermin besar di hadapanku.Bilik yang kelihatan mewah seperti seorang artis.

"Ke...kenapa freehair ni? Mana tudung aku?!"
Bisikku sendirian dengan kaget.Aku meramas rambut panjangku yang sempurna dihuraikan.Mataku melilau mencari tudungku yang telah hilang entah ke mana.
Mentang-mentanglah tudung selapis, memang senanglah hendak buka kan?

Tak guna!

Dah jumpa! Aku memandang ke tempat penyangkut yang berada di sebelah cermin yang kelihatan besar itu.Lantas, aku cuba bergerak untuk pergi mendapatkannya.
Namun....

CKANG...CKANGG...

"KYAA....SA...SAKIT..." rintihku apabila aku mula perasan bahawa kakiku telah dirantai besi pada katil ini.Aku hampir menangis.Namun segera memadamkan hasrat itu.Siapalah yang punya angkara membuat kekejaman ini padaku?

Aku mengeluh panjang.Cuba bertenang.
Namun, kedengaran seperti seseorang sedang memusing kenop pintu membuatkan aku berpaling dengan tertanya-tanya.Siapakah yang ingin masuk? Aku menelan air liur yang terasa seperti racun pada badanku.

Gulp!

Kreakk....

Pintu dikuak.Sejenak mataku sepenuhnya membesar dengan kegugupan yang menyerangku.Wajah itu.Wajah semalam.

"Lena tak tidur?" Tanya Alif menghampiri aku yang menunduk dengan perasaan marah.
Ya, aku memang marah padanya.Tidak sangka Alif berubah menjadi lebih teruk daripada dulu.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now