23 (New Update!)

5.1K 147 23
                                    

"Nii-chan! (Abang!)" Jeritku dalam bahasa Jepun.Huzairi menoleh dan memandangku.
Dia sedang berkutat dengan komputer ribanya.

Huzairi tidak boleh menahan daripada tersenyum melihat Humairah berlari menghampirinya.Tangan gadis itu pun dipaksa melengkar di lehernya.Humairah tersenyum manis.Macam mahu menggodek sesuatu sahaja.

"Hn, nak apa?" tanya ia lembut kepadaku.Aku menggaru kepala lalu tersengih-sengih.

"Awak suruh saya masak apa eh? Saya dah lupalah.Boleh ulang semula tak?" Pintaku.
Soalnya benar aku memang dah terlupa dengan apa yang lelaki ini minta padaku.
Mungkin aku sedang kusyuk menulis resepi rahsia aku di dalam buku nota tadi.

"Aikk, belum tua pun dah lupa ke?" Aku tersentak.

"Mou! Awak ni suka sangat cakap saya macam tu.Saya bukannya pelupa, saya cuma terlupa aje." Gerutu aku sambil menjengilkan mata dengan wajah mencuka.Dia menahan tawa melihatku.

Huzairi tidak lepas memandang wajah Humairah yang sangat menggemaskan itu.Dia sempat tergeleng kepala.

"Cuba teka saya nak awak masak apa."

"Nani?! Bagitahu je lah.Tak payah nak main teka-teka boleh tak? Saya tak ada masa nak layan awak.Saya nak masak!" Cebik aku langsung memandangnya tajam.Walaupun kami sudah berdamai tetapi ada sahaja pergaduhan kecil akan berlaku.Pergaduhan yang tidak terancang.

"Janganlah garang sangat.Nanti cepat berkedut muka tu."

Aku berpura-pura tergelak.
"Awak kata saya muka berkedut?"

"Saya tak kata muka awak berkedut.Saya cuma kata muka awak akan berkedut bila awak jadi garang."

"Mou! Awak ni jahatlah! Saya benci awak!"

"Tapi saya sayang awak." Katanya.Huzairi tetawa kecil sambil mencium singkat keningku.Kami juga saling bersandaran antara satu dengan lain.Aku dan lelaki itu menyalurkan kehangatan dengan ikhlas melalui perasaan masing-masing.
.
.
Ratna berdiri memandang Datuk Syafie dengan pandangan sukar digambarkan.
Dia baru diberitahu oleh Datuk dengan berita mengejutkan.Mungkin ini ialah sesuatu berita gembira buat Datin Razifah, Huzairi dan Humairah setelah kehilangan orang yang mereka sayang.

Ratna sekarang berurusan dengan masalah menyimpan rahsia.Dia akan pegang kata-kata Datuk bahawa dia tidak akan memberitahu siapa-siapa selain dari dirinya sendiri.Wajarlah kerana dia seorang sahaja yang mengetahui maklumat ini.

"Uncle yakin ke maklumat ni benar?" Tanya Ratna dengan wajahnya yang serius.Serupa dengan wajah serius milik Datuk Syafie.
Menantikan kepastian, Ratna mengeluh panjang.

"Tak pasti lagi.Uncle baru dapat maklumat ni dari orang suruhan Uncle di Jepun.Uncle cuma berharap yang maklumat dan berita ni benar.Uncle tak mahu kecewakan diri Uncle sendiri lagi." Kata Datuk Syafie muktamad.
Ratna menunduk lalu mendongakkan semula wajahnya.

Hal ini memang terdengar sulit untuk diberitahu kepada pembaca-pembaca.
Ratna mengetapkan bibir.

"Baiklah Uncle, saya tak akan kecewakan Uncle.Rahsia ni saya akan simpan elok-elok."
Ujar Ratna dengan keputusannya.

Datuk Syafie memandang kelibat Ratna dibelakangnya.Dia tersenyum simpul sebelum mengucapkan tanda terima kasih kepada anak sedaranya itu.Ratna sangat ikhlas menolong.Namun, mengapa Datuk Syafie tidak memberikan tugas ini kepada Suzi? Tidak, Suzi itu perempuan yang tidak boleh dipercayai.

Sesuatu yang kita tidak tahu ialah Suzi itu sangat mencintai Hakim.Dan jika berita ini tersampai kepada Suzi, alamat habislah rancangannya kali ini.Datuk perlahan-lahan menghela nafas setelah mengizinkan Ratna untuk beredar dari officenya.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now