41

2.3K 90 0
                                    

Kana Nishino Maybelline New York, mascara.

......

Selamat membaca semua.Humairah memang rindu pada semua pembaca yang membaca cerita ni.Hehe...douzo kudasai~
.
.

Pulang sahaja daripada kelas, aku terus ke rumah dengan penuh senyuman yang ditampilkan kepada Huzairi.Sehinggakan tertanya-tanya lelaki itu padaku.Apakah yang membuatkan aku sampai tersenyum manis seperti bunga mawar merah ini? Aku lalu menjawab, bahawa esok ialah hari kanak-kanak.

"Jadi sebab hari kanak-kanaklah awak senyum macam orang tak betul?" Kot kelabu berjenama mahal, disarung di hadapan cermin.Anak mata Huzairi ligat memperhatikan aku dari belakang melalui cerminnya.

Aku menghela nafas.
"Saya bukannya senyum macam orang tak betul.Cuma...kalaulah saya ada anak, mesti esok ialah hari yang paling gembira dalam hidup saya dan hidup awak.Awak tak suka ke kalau saya mengandung?" memang aku berasa cemburu akan Zafirah yang mempunyai anak kembar lelaki yang menurutku, ia sihat-sihat belaka.
Tetapi aku? Rasanya mahu tunggu pun takkan mengandung-gandung!

Huzairi tersenyum kecil.
"Tak baik cakap macam tu sayang.Dah tentulah seorang suami gembira bila dapat tahu yang isteri dia ni, mengandung.Lagipun, kuasa Allah tu luarbiasa sayang.Bila-bila masa je dia boleh beri kita anak.InsyaAllah."

Tenang sungguh hatiku apabila mendapat satu uasapan di perut dengan lembut.
Aku membelai pula kepala Huzairi.
Sejujurnya kami bahagia.Akan tetapi orang yang bernama Asyraf itulah yang membuatkan aku harus berfikir panjang.

Lupakan saja.Mungkin benar kata Huzairi.
Hakim sudah tiada dan ia tidak akan pernah kembali.Meskipun rantai itu sama dengan rantai milik Huzairi, akan aku simpan baik-baik supaya ingatanku terhadap guru yang bernama Asyraf tidak akan pernah rapuh.
Akan kekal sehingga hari akhirat.Amin, InsyaAllah.

"Saya berharap pada Allah, yang hari ni saya mengandung.Sebab esok ialah hari kanak-kanak.Saya nak anak kita gembira bila dapat tahu yang esok ialah sambutan yang gembira untuk semua kanak-kanak.Tentu anak kita pun gembira.Betul tak awak?" Tangan Huzairi aku pegang lalu dibawa ke perut.Itulah angan-anganku yang sangat teringinkan anak lelaki.Aku tersenyum sendiri.

Huzairi lalu memaksa juga dirinya unyuk tersenyum di hadapan Humairah.Demi tidak mahu mengecewakan isterinya, Huzairi angguk sahaja setiap kata-kata Humairah yang kononnya bakal dimakbulkan oleh Allah SWT.Tetapi siapa tahu jika mulut Humairah ini masin? Mana tahu betul bukan? Uhuhu😙

"Amin, insyaAllah sayang.Allah tu maha berkuasa dan bijaksana.Dia saja lah yang akan menentukan segala-galanya." Bibirku dicium singkat lalu badanku yang kecil ini dipeluk dengan penuh kasih sayang yang diberikan oleh Allah juga Huzairi.Aku tersenyum manis juga mengaminkan apa yang telah didoakan oleh Huzairi.

Aku memejam mata.Perutku diusap lembut.

Semoga saja...

Ya Allah.

......

"Sampai bila abang nak rahsiakan semua ni?
Wae?" Terbentak pertanyaan daripada Yong Kazidah terhadap suaminya yang dari tadi sibuk menyemak laporan.Mata tajam Kim Ju Ahmad beralih menatap isterinya dengan penuh makna.

"Belum masanya lagi Idah."

"Apa yang belum abang? Kita tak boleh terus macam ni! Hakim tu anak orang! Sampai bila kita nak simpan dia, nak berahsia dengan dia?!" Kazidah duduk tidak senang memandang lantai yang baru dilicinkan oleh pekerja-pekerja pembersihan.Kim Ju Ahmad menghela nafas.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now