17

5.8K 158 13
                                    

Kana Nishino- Tatoe Donna ni (たとえどんあに)

Aku menangis menitikkan air mata.Tiba-tiba pula aku rasa malu dengan apa yang telah Huzairi lakukan sekitar 1 jam yang lepas.Setelah aku pulang dari Aeon Mall, aku berpamit paksa kepada tiga sahabatku.Mereka mula mengerti perasaan aku dan suruh aku tabah.Tapi sampai bila aku mahu tabah jika lelaki itu sentiasa menyakitkan hatiku.

Sejak pertengkaran soal pelajaran yang lalu, dia mula tidak bersikap baik padaku.Perihalnya dia tidak lah melayanku dengan baik sekali.Tetapi sederhana saja baiknya.Dan sekarang dia menganggap aku ini musuhnya pula.Mengapa sikap lelaki semakin pelik?

Hatiku sakit apabila terkenang perilaku Huzairi dengan wanita-wanitanya di pusat membeli belah itu.Seramai 10 orang berkeliling di pinggangnya! Hati ini bagaikan rasa hendak hancur berkecai.Rasa sakit menjadi-jadi.Nafasku terisak-isak.Iskan tangisku kembali jelas memancarkan kesedihan.

Di Aeon Mall,

Mei Li menolehkan wajahnya di hadapan kedai jam tangan.Dan secara tidak sengaja,.dia ternampak Huzairi dan wanita-wanitanya sedang melihat-lihat jam tersebut.

Bahuku ditepuk laju.Aku Farhana dan Liyana serentak menoleh ke arah Mei Li.

"Kenapa ni Mei Li? Awak nampak panik." Kataku lalu memegang dahinya.Tidak panas pun lalu tanganku direntap dengan pantas.
Aku terkejut.

"Bukan itu Mairah, haiya! Awak tengok sana.
Suami awak ada di kedai jam termahal itu.Tengoklah cepat!" Cemas suaranya menyuruhku.Aku mengangkat kening yang sudah terangkat.Takkanlah lelaki itu ada di sini.

"Mana awak tahu ni Mei?" Farhana menyoal membuatkan aku berpeluh memandang Huzairi dari jauh.Mataku berkaca.

"Mairah..." Farhana dan Liyana cuba menenangkan diriku.Aku senyum paksa mengangkat tanganku.

"Tak apa lah.Aku dah biasa kena macam ni."
Kataku lalu mengesat air mataku yang menitik satu persatu.

"Tak guna itu lelaki.Sohai! Saya nak ajar dia macam mana mahu jadi setia." Aku pantas menarik lengan si cina itu dan menggeleng.

"Tak payah nak buang masa awak.Biarkan je dia tu." Jawabku lalu melirik lelaki itu ekor mata.Mengapa hati rasa tidak senang melihatnya begitu?

"Dia memang player lah! Tengok tu, banyak perempuan murahan kat sekeliling dia!" Pekik Liyana geram.Aku pun akui melihat Huzairi sedang menggoda semua wanita di dalam kedai jam mahal itu.

Farhana menggeleng tak percaya.
"YaAllah.Dengan pekerja perempuan pun dia nak ngorat? Apa benda laki macam ni? HAMPEH!!!" Air mataku mengalir laju mendengar kata-kata dari Farhana.
Aku memalingkan wajah dengan perlahan.
Aku sebak di dada tidak mampu melihatnya lagi.

"MAIRAH!! NAK PERGI MANA, TUNGGU!" aku mendengar suara ketiga-tiga sahabatku ketika mereka tersedar yang aku melarikan diri untuk keluar dari Aeon Mall.Jeritan mereka tidak kuendahkan.Aku mahu menangis sepuas hatiku.

Mungkin aku budak yang menyusahkan bagi Huzairi.Dia masih lagi menganggap aku ini pembunuh yang membunuh abangnya.
Abang Hakim yang amatku sayang itu sudah pergi dan takkan kembali lagi.Sedihnya kehidupanku ini.

Suamiku adalah playboy.Sikap playboynya yang boleh membuat siapa-siapa sahaja tertusuk hati.Namun, aku harus kuat dan tabah.

Huzairi yang terdengar nama Humairah dijerit oleh Farhana, Liyana dan Mei Li ,
tersenyum puas.Sangat puas.Dia sengaja merancang semua ini semata-mata mahu menyakitkan hati gadis itu.Wanita-wanitanya memang bertuah jika dibeli jam yang harganya beribu-ribu duit Malaysia.
.
.
Selepas aku menunaikan solat Asar, Ikhwan menelefonku dan dia kata, dia memelawaku untuk berjalan-jalan di taman besar Kuala Lumpur.Baguslah, aku pun menerima dengan senang hati.Setelah aku puas menangis di dalam kamar, aku bertekad untuk tidak menangis lagi.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now