67

1.4K 84 8
                                    

5 Tahun Kemudian....

Paip pili dipusingkan.Tangan putih mulus milikku dibasuh dengan sabun sehingga bersih.Kemudian, wajahku diangkat untuk melihat penampilanku pada cermin.Aku terpaksa juga menarik senyuman manis kerana Lillahita'ala.Topi chef dipakai perlahan-lahan pada kepalaku.

Kejadian banyak berlaku lima tahun yang lalu.Dan aku telah pun berikar pada diri agar sentiasa tidak mengigati hal-hal silam itu lagi.Sekarang, aku harus berusaha untuk memajukan diriku sebagai seorang chef yang terkenal di Malaysia.Bersyukur sekali bahawa aku sudah memiliki segulung Ijazah.Semuanya berkat doa daripada orang tuaku.

"Hei, Chef Humairah...!" Tegur Encik Kamal, guru disiplin MRSM di Johor.Aku tersentak dan menoleh.

"Iya? Saya tengah..."

"Pelajar-pelajar dah tak sabar nak jumpa dengan awak.Apatah lagi, diorang semua suka sangat bab hal kejayaan ni.Jadi, chef dah bersedia?" Tanya dia padaku yang sudah tersenyum ceria.Aku mengangguk.
Semestinya aku sudah bersedia untuk berucap di atas pentas.

"Saya lebih dari bersedia.Saya akan turun dalam masa 5 minit lagi." Aku menunduk hormat padanya.

"Baiklah, jangan lama-lama.Nanti merajuk pula pelajar-pelajar perempuan tu.Kami semua dan Chef Humairah diberitahu oleh pengetua supaya bergerak ke Dewan segera."
Jelasnya.Aku terangguk kecil.

"Jadi, saya minta diri dulu?" Encik Kamal memberi salam kepada aku.Aku pun membalas salam itu tanpa membantah arahannya.Pihak chef sepertiku pun sudah berkumpul di belakang dewan.Mereka pun memakai baju yang sama sepertiku.
Aku menarik nafas.

"Gementarnya..." aku menepuk sendiri pipiku dengan perlahan.Lalu, aku segera berlari keluar dari bilik persalinan ini.

..........

"Lamanya awak dalam bilik persalinan tu.
Buat apa?" Tanya Ayuni mengerutkan dahinya.

"Tak adalah.Saya cuma basuh tangan je.
Sambil tu, saya tengok cermin sebab tudung ni asyik tak betul-betul lagi." Nafiku.Padahal, aku berasa tertekan dengan kerja yang menimbun setiap hari.Tambahan pula, aku harus membayar sewa rumah yang aku tinggal di Shah Alam.Banyak masalahnya.

"Alah, tak okay apanya? Saya tengok okay je.
Awak dah comel dah!" Ledeknya.Aku sempat tertawa dan mencubit kecil lengannya.

"Awak ni kan, saya tengok dari awal kenapa still single eh?" aku tergamam cepat.Tiba-tiba sahaja Ayuni bertanya seperti itu.Mana tak terkejut aku ni?

"Kenapa tanya macam tu?" Soalku kembali.
Mula berasa canggung.Ayuni kelihatan menggeleng.

"Tak adalah, cuma awak ni dah lah comel, pandai masak, lemah-lembut, takkanlah tak ada orang nak? Lelaki mesti nak punya perempuan macam awak.Confirm punyalah!"
Dia sempat tersengih-sengih.Namun dia tidak sedar bahawa kata-katanya membuatkan hati aku berasa sedih.

"Hmm...saya biasa je.Taklah sempurna sangat macam awak.Awak pun gorgeous.
Hot pula tu.Hehehe...." aku tersenyum kecil apabila kami semua mula beratur di belakang pentas dewan.Ayuni mencubit pipiku.
Gemas!

"Selalunya awak merendah diri.Tak baik tau!"
Cebiknya.

"Mana ada, saya cuma cakap apa yang saya fikir." Balasku dengan satu bisikan.
Ayuni kelihatan menggaru-garu kepalanya.Mungkin dia tidak mengerti dengan apa yang aku katakan.Abaikan~

"Apa-apa pun, saya harap awak kahwin dengan lelaki yang baik, Chef Humairah." Usiknya sempat lagi padaku.Aku tertawa kecil.Kalaulah mulut si Ayuni ini masin, sudah tentu aku bertuah kerana dapat mengahwini lelaki yang baik hati.Eh, apa yang aku kata ni? Bukan ke aku masih isteri dia? Aku menepuk dahi!

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now