Prolog

2K 185 15
                                    

28/9/2002

Angin menyapa lembut tubuh sepasang budak kecil di atas bukit. Kelihatan keliling mereka (di bawah bukit) hanya ada pokok-pokok besar. Hutan. Kedua-duanya duduk bersila.

Ada not seringgit di tangan masing-masing. Ada origami bersepah-sepah di tepi mereka. Yang ungu berbentuk ayam, yang merah jambu berbentuk kapal dan hitam berbentuk -erk. Kertas konyok je rupanya.

"Ko pandai tak ni?" tanya budak lelaki, memandang budak perempuan di hadapannya yang terkial-kial menyiapkan origami berbentuk love dengan menggunakan not seringgit.

Lantas budak perempuan itu menggeleng. "Susah ah. Acane ko buat, dib?" soal budak perempuan itu - masih cuba membuat origaminya walaupun ditegur oleh kawannya. Tekad sungguh dia ingin menyiapkan origaminya.

"Meh sini la aku buat. Tu laaa tadi aku nak ajar taknak."

"Aku mana la reti benda macamni, Adib. Aku ni orang miskin."

Pappp!

Budak perempuan itu mengaduh sambil mengusap dahinya yang ditampar oleh Adib.

"Ko miskin tapi ko ada mak bapak yang sayang ko. Aku? Aku duduk dengan nenek aku je. Mak bapak aku dekat bandar tu langsung tak jenguk aku." Adib meluah geram. Terjentik tangkai hatinya. Sedih.

"Emmm... Maaf!"

Perlahan-lahan senyuman Adib terukir, "Takde bendalah... Meh duit tu. Biar aku yang buat."

Budak perempuan itu hanya tersengih lalu menghulur not seringgit miliknya kepada rakannya. Adib menggeleng kepala lalu menyambut huluran not seringgit tadi. Origami yang tak jadi terus diurai ke keadaan asal.

"Wei Adib..." Budak perempuan itu mula memeluk lutut. Rambut lurusnya yang mencecah bahu - terbuai-buai dek angin.

"Apa benda?" tanya Adib tanpa mengangkat muka. Sibuk membuat origami.

"Ko kena janji dengan aku."

"Janji?"

"Ha'ah."

"Janji apa, Cha?"

Origami yang telah siap, Adib letak di atas batu yakni tempat mereka duduk. Adib memeluk lutut di sebelah budak perempuan itu. Kedua-duanya memandang pemandangan. Ada tiga bukit-bukit tinggi hijau. Puncak-puncaknya mencecah ke awan. Kabus hinggap sedikit di tepi-tepinya.

Jari kelinking dihulur.

"Kita kawan sampai bila-bila?"

"Kawan sampai bila-bila?"

"Iye,"

Adib kalih muka ke sahabatnya. Dia tersenyum lalu mengangguk laju. "Ok, janji." Jari kelinking kawannya disambut dengan jari kelinkingnya. Ibu jari bersatu dan kemudian kedua-duanya ketawa.

__________________

Setakat ni Ok ka? Haha ok seriously Mikael memang bukan seorang penulis cinta tapi beliau sedang mencuba.

Tak Percaya Cinta [Completed]Where stories live. Discover now