»4« ; Rahsia Hasya

880 133 25
                                    

"Apadia Cha?"

Hasya seakan tersedar akan kata-katanya. Terus dia pandang side mirror sebelum stereng dipulas ke kanan. "Tak, takde apa." jawabnya ringkas.

Aku ketawa melihat balasannya. "Kau pehal woi! Ye, aku akan pastikan bakal suami kau tu malaikat macam aku. Hek eleh, takde suami pun aku boleh je jaga kau. Kita kawan sampai bila-bila, kan?"

"Takpe ah, aku kan spesis entah apa-apa? Lelaki pun taknak dekat aku." sengaja dia mengajuk kata-kata aku tadi.

"Oi, apsal kau ni? Aku bergurau je kot." Aku tolak bahu dia.

Hasya ketawa lemah. "Taktahu lah weh."

"Period eh? Ni konfem period ni. Hahaha... Masa period je kau selalu act perempuan ni. Masa biasa, kau tetap lelaki."

"Kau tahu tak kadang-kadang aku tak boleh nak bezakan mana satu tong sampah mana satu kau sebenarnya. Dua dua busuk nakharommm." Hasya hampirkan siku kirinya dengan muka aku. Saja mengacah.

Siku berlapiknya aku tepuk-tepuk. "Calm down, man. Gurau je kot. Nak bermanja pun tak boleh?"

"Manja haji somat kau!" Sikunya dijatuhkan lalu tangan kirinya kembali memegang stereng.

"Hapa benda haji somatnya? Haji somat tu orang yang tergilakan nenek, bukan aku. Aku Adib Naufal ok? Adib Naufal yang hensem."

"Hensem apanya macam tapir dah aku tengok. Sikit lagi nak sama dengan kambing pendek. Silap kambing pendek tu warna pink, engkau tu hitam."

"Ah, aku hensem sikit dari kambing pendek. Baidewei, aku putih dari kau eh Cha."

"Hek eleh," Hasya mencebik.

"Kau jeles kan? Kau suka aku kan sebenarnya? Eleee..."

"Kepala trapizium kau. Jatuh songsang kalau aku suka kau. Ke kau yang suka aku?" Dipulang balik paku kepada aku.

"Eh, kau tek kecik. Apa barang?"

"Kurang ajar."

"Hahaha nak lawan lagi?"

Hasya menggeleng perlahan lalu ketawa kecil. "Engkau tahu tak, Dib? Kau bukan malaikat. Kau tu setan! Dok hasut fikiran aku dengan fikiran setan kau. Hahaha..."

"Celaka!"

"Betul kan?"

Aku abaikan kata-katanya. Henfon bergetar di tangan menandakan mesej daripada Humaira masuk lagi. Senyuman terlukis lagi di bibir aku.

"Couple jelah dengan dia, Dib."

Ayat Hasya membuatkan hati aku seolah-olah dihempap batu besar. Sakit dan berat. Aku pandang muka Hasya seketika. Riak mukanya kosong. Ah, apahal aku berharap yang bukan-bukan. "Belum sampai tahap tu kepercayaan aku pada dia, Cha." balas aku.

Anak mata kembali terarah pada skrin henfon. Humaira mengajak aku berjumpa lagi pada minggu depan. Berdebar-debar rasa kerana aku tak pernah suka pada perempuan. Semuanya kerana aku ada masalah mempercayai perempuan.

"Tapi aku tengok kau asyik angau je, Dib."

"Obvious ke?"

"Sangat!"

Aku lepaskan keluhan berat. Tak, aku bukan tak sukakan Humaira cuma aku belum bersedia untuk terima perempuan selain nenek dan Hasya dalam hidup aku. Kedua-dua perempuan ni pun dah cukup bagi aku.

"Aku takut, Cha."

"Kau nak takut apa? Takut Humaira buat macam mak kau?"

"Cha, tolonglah jangan sebut nama dia. Jijik."

Sungguh. Aku betul-betul jijik mendengar panggilan 'mak' yang disebut oleh Hasya. Layak ke perempuan begitu dipanggil mak? Tak. Tak layak.

"Jijik? Kau jijik dengar aku sebut mak kau? Dib, benda tu dah lama berlaku. Sampai bila kau nak berdendam dengan mak kau?" provok Hasya sambil tangannya menyentuh bahu aku perlahan.

"Bapak aku mati sebab dia, Cha."

"Kau tahu kebenarannya, Dib. Bukan mak kau penyebab kematian bapak kau." bidasnya lalu menepuk bahu aku dua kali.

"Kalau bukan sebab betina tu, aku dah hidup senang dekat bandar tu dengan bapak aku."

Laju tangan Hasya menepuk kuat pipi aku. Tergamam terus aku. Batang signal ditolak dan kereta Hasya berhenti di tepi jalan.

"Apahalnya, Cha?"

Hasya menghadap aku. "Betina? Orang yang kau panggil betina tu mak kau! Sampai bila Dib? Sampai bila kau nak macamni? Sampai mak kau pulak masuk kubur? Macam tu?"

"Tak tak. Sekarang ni aku taknak dengar semua ni. Jom balik, nenek tunggu dekat rumah."

"Dib, tolonglah dengar apa aku kata ni. Jangan macamni, mak kau sakit Dib."

"Sakit? Huh, biar dia rasa. Itu balasan atas perbuatan dia sendiri."

"Adib!" teriak Hasya. Mukanya kemerah-merahan menahan marah.

"What?"

"Jangan sampai satu hari nanti kau menyesal."

"Menyesal apa? Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, Cha! Tolonglah Cha... Aku taknak ingat semua ni. Aku hidup selama ni pun tak pernah guna sesen pun duit dia."

"Aku tau, Dib. Tapi takkan kau nak macamni sampai bila-bila?"

"Cha, tolong berhenti."

"Tak, Dib. Kau kena lawan diri kau. Kau kena lawan trauma kau. Aku ada, Dib. Aku tolong kau."

"Berhenti, Cha. Aku... aku taknak sakitkan kau..." Terasa urat-urat menegang di leher.

"Aku ada kat sini, Dib. Luahkan semua. Kau kena lawan trauma kau." kata Hasya sambil tersenyum nipis. Kedua-dua bahu aku dipegang.

"Cha, aku merayu. Tolonglah berhenti..."

"Dib, tolong lah maafkan mak kau."

Aku menggeleng kepala laju. Henfon aku lempar ke lantai kereta. Tangan mula terketar-ketar. Air mata mula bertakung.

"Aku tak boleh..."

"Kau boleh, Adib."

"Ak-aku nampak dengan mata kepala aku sendiri... Mak aku... dengan jantan entah mana... dekat..." Nafas mula sesak. Pandangan aku dah mula kabur.

"Maafkan dia, Dib..."

"Ak-aku tak boleh, Cha..."

"Kau boleh..."

"AKU KATA TAK BOLEH, TAK BOLEHLAH! TAK FAHAM BAHASA KE?!!!" Entah bila masa tangan aku terangkat tinggi dan hampir-hampir melempang Hasya. Terketar-ketar tangan aku turun kembali.

Hasya memejam mata. "Kalau pukul aku boleh buat kau maafkan mak kau. Pukul aku, Dib..."

Aku hembus nafas berat. "Cha... aku mintak maaf..."

"Tolonglah, Dib.."

"Bagi aku masa, Cha."

Hasya buka mata perlahan-lahan. Sekali lagi senyuman terukir di bibirnya. Memberi aku semangat. "Kau ada aku, Dib." Lengan aku ditepuk. Kepalanya diteleng ke kiri. Mahu masuk ke lebuh raya.

Aku menelan liur. Kepala terasa berat dan aku sandarkan kepala pada kusyen. Ya tuhan, rasa aku dah tak tertanggung sakitnya. Inilah sebab bagaimana aku dan Hasya boleh rapat.

Kerana kami saling memerlukan antara satu sama lain.

Tak Percaya Cinta [Completed]Where stories live. Discover now