»3« ; Sakit

958 132 37
                                    

Aku gosok lengan berkali-kali. Sejuk betul Mac'Donald. Aku tiup tapak tangan bagi memberikan sedikit haba kepada tubuh. Penuh manusia di sini. Kebanyakannya budak-budak yang baru balik dari sekolah. Dating, melepak dan ada yang buat study group.

Aku masih ingat lagi bulan lepas, ketika aku meminta nombor telefon Humaira secara depan-depan dan dia memberi dengan rela. Ada terdetik fikiran dia murah sebenarnya. Tetapi, bodoh apa? Aku yang mintak bukannya dia yang sengaja bagi.

Dan sejak sebulan lalu lah, aku mula bermesej dengan Humaira. Rasa gembira tak kepalang sebenarnya. Tetapi, aku bukan berniat untuk bercinta sebenarnya. Aku hanya ingin berkawan dengannya.

Aku juga masih ingat tentang Hasya pada malam itu. Apabila kami dimarah oleh Haji Hamid kerana kami duduk berdua-duaan. Ah, salah kami atau salah orang tua tu? Abaikan. Tetapi, aku bersyukur kerana Hasya masih stay dan tidak meninggalkan aku. Eh, bukan sama ke maksud dia?

"Hai selamat datang. Makan sini ke bungkus?" Aku pegang dulang sambil memandang seorang perempuan di depan kaunter. Eh?

"Bungkus. Herm, hai Adib." Humaira melambai tangan ke arah aku. Harini dia memakai baju merah jambu bersama jeans putih. Dikenakan dengan tudung bawal berwarna pink.

Aku belum perkenalkan Humaira lagi? Humaira merupakan seorang instafamous. Bajunya sentiasa mengikut trending, kadang-kadang berkaca mata. Iphone pula mesti sentiasa berada di tangannya. Humaira merupakan model muslimah sambilan bagi produk kecantikan dan butik yang aku tak ingat apa namanya.

Aku ada juga pernah menyangka dia ada kekasih. Sebab rupa dia memang lawa gila. Sepertinya dia ada mix darah cina dan darah inggeris sedikit. Cantik, macam Emma Maembong. Atau mungkin lebih cantik?

Siapa sangka perempuan ayu seperti Humaira rupanya cuma ayu ketika di rumah haritu saja. Semenjak aku kenal Humaira, perangainya berubah seratus peratus. Dia seorang yang manja dan sentiasa ingin menang.

Belum cukup? Sangkaan aku bahawa Humaira seorang budak perempuan kampung yang tidak terjebak dalam alam sosial meleset seratus peratus. But, who cares? Aku cuma nak berkawan dengannya. Ingat?

"Hai, baru balik dari shooting eh?" tanya aku sambil meletak dulang atas kaunter. Aku lemparkan senyuman paling manis.

"Ha'ah. Saya taktahu pun awak kerja kat sini." Humaira mengangkat kepala, memandang menu-menu di atas.

"Dua minggu dah saya kerja sini."

"Oh, herm... Saya nak doublecheese burger dua set."

"Besar?"

Humaira angguk kepala laju-laju. Ah, comelnya!

Aku letak tisu dan resit dalam dulang. Barisannya kosong. Bolehlah aku curi tulang bersembang kejap dengan dia. Bosan juga aku bila asyik sembang dalam mesej.

"Maira sihat?"

"Sihat Alhamdulillah. Adib?"

"Saya pun sihat. Alhamdulillah. Baidewei, cantik Maira harini." puji aku sambil mata menikam matanya.

Humaira menggetap bibir. Bahu aku ditampar lembut olehnya. "Apa Adib ni? Merepek je." Dia alih pandangan ke arah lain seketika sebelum kembali memandang aku.

"Mana ada saya merepek. Takde masa saya nak merepek dengan awak." balas aku sambil sesekala melihat skrin di belakang.

"Lambat lagi ke awak?" tanya Humaira sambil memandang ke arah dapur.

"Kejap ye Maira. Sa-"

Belum sempat aku menghabiskan ayat, bahu aku ditepuk oleh tangan yang amat aku kenal atas faktor kesakitan di bahu. "Bro! Kak Leha nak jumpa."

Tak Percaya Cinta [Completed]Where stories live. Discover now