»14«

716 106 10
                                    

Orang kata nak dapatkan sesuatu kena usaha tetapi kebanyakan manusia memilih untuk pasrah tanpa melakukan apa-apa. Melihat apa yang sepatutnya menjadi milik mereka - menjadi milik orang lain. Jika mahukan sesuatu, luahkan. Jika impikan sesuatu, kerjakan. Tetapi kita memilih untuk berdiam diri dan biarkan semua itu pergi.

Aku tidak dapat fokus pada skrin pawagam. Setiap kali aku tonton wayang, apa yang aku dapat cuma lah rasa kehadiran Hasya di sisi. Terasa bagai dia ada bersama aku. Bersama-sama menonton filem yang sebenarnya kami tak mahu tonton. Kami cuma mahu lepak bersama. Itu aku akan kenang sebagai kenangan dan aku simpan kemas dalam dada. Jika suatu hari nanti aku berjumpa dengannya, biarlah aku berteman dengannya melalui cara yang elok.

Melalui cara yang halal. Aku tak pasti keadaannya bagaimana sekarang. Apa dia sudah berkahwin, atau mungkin dia sudah meninggal. Dia langsung tak tinggalkan jejak atau klu tempat dia berada sekarang. Aku teringat kata seorang budak di mamak dulu, kadang-kadang apa yang terbaik untuk kita di hadapan mata tapi kita tak nampak.

"Hahaha... gila betul." Kedengaran suara perempuan sebelah aku ketawa.

Scene dalam filem menunjukkan scene zombi bijak yakni watak utama sedang berlawan dengan zombi-zombi agresif yang lain. Dekat mana lawaknya?

"Lawak ke?" aku menegur.

"Lawak lah..." balasnya separuh bisik.

Aku tersenyum nipis. Mata masih kekal pada skrin pawagam walaupun aku agak kosong menonton wayang tersebut. Kelihatan zombi tadi memegang pistol. Sekejap saja zombi-zombi lain ditembak olehnya. Kepalanya terburai, darah terhamburan.

"Hahaha..." Sekali lagi perempuan sebelah aku ketawa. Aku tahan ketawa, dia punya ketawa memang kelakar. Sebaik saja aku terpandang wajahnya, senyuman aku mati. Fikiran aku seolah-olah kosong. Bunyi-bunyian mula tenggelam. Sesungguhnya takdir yang ditentukan Tuhan memang indah. Terima kasih, Tuhan.

-__________-

"So, have you decided on a title yet?"

Suara garau ber-accent Britih di dalam talian membuatkan nafas aku memberat. Cawan Starbucks aku letak atas meja. "Im thinking about something like... Night Skies and Us but-"

"It's sucks. I don't like it. We're not in 20th century." pintasnya.

Aku raup muka dengan tangan kiri. "Me neither. It's just a random thought. I-I don't know how can I come up with a worse title like that. I'm sorry." Mengiyakan adalah satu-satu cara untuk mengelakkan perbalahan. Aku malas nak terangkan asbab aku terfikir tentang tajuk itu. Jika dia kata dia tak suka, maka aku malas bahaskan perkara itu. Aku akan cari idea lain.

"No worries. But please as fast as possible."

"Will do. I'm sorry again, Henry."

"I'll call you back."

Talian mati serta-merta.

"Fuck." Aku hembus nafas berat.

"Tak baiklah mencarut." Perempuan bertudung di dalam pawagam tadi tiba-tiba muncul, duduk di hadapan aku. Meletakkan cawan dengan perisa yang sama di atas meja. Jari yang baru saja ingin berjalan di papan kekunci laptop berhenti begitu saja.

"Mocha Frappucino?"

"Classic, huh?"

"I know..." Gadis itu membalas dengan senyuman.

"Who is it? Your boss? You're a writer, aren't you?"

"I am."

"Adib!" Bahu aku dipegang dari belakang. Dari suara, aku dah cam siapa gerangannya. Tak pernah-pernah terserempak, hari ini jugak boleh terserempak di sini.

"Aduh..."

Hakim mengangkat kening. "Ini kerja kau rupanya. Patutlah aku ajak keluar tak nak. Girlfriend ke?"

Aku mengerutkan dahi kepadanya. "Apa kau ni?" Aku lihat kawan-kawan lelakinya yang lain memandang aku aneh. Ada dua tiga orang lelaki berpakaian kemas bersamanya. Aku yakin orang-orang kaya semua ni.

"Nanti jumpa. Aku nak gerak ni. Bye, Doctor." Hakim hulur tangan untuk bersalam. Aku sambut huluran tangannya, diikuti kawan-kawannya yang lain. Nak bersalam sebab dengar gelaran doktor ke apa?

Selesai mereka hilang dari pandangan, aku kembali memandang perempuan tadi. "Apa?" tanya aku.

"You're a doctor and a writer. Interesting." Dihirup airnya sedikit.

"Are you following me here?" soal aku terus. Penat jugak aku melayan bicaranya yang nak berselindung entah sampai bila. Hidup ni mudah, maka kita kena mudahkan.

"Ya. Saya ikut awak." Jawapan jujurnya membuatkan aku hampir-hampir tersedak air.

"You're kidding, right?"

"Hahaha... tak. Saya nak bayar balik popcorn awak tadi." Duit dikeluarkan dari dompet yang entah bila dikeluarkan olehnya. Memang sedia dari awal mungkin.

"Eh, tak payah. Saya ikhlas."

Dahinya berkerut, "Awak biar betul? Tak kan awak main belasah je belanja stranger?"

Aku tahan ketawa. Lagi. Dia ni memang kelakar betul. "You're not a stranger."

"Awak ni gila ke?" Aku menggeleng sambil ketawa terburai keluar. "Aduh... you're funny. Can you forget about it?"

"Forget about you? No!"

"Eh, bukan. Pasal pop corn tu. Kalau awak rasa bersalah, awak boleh anggap saya sedekah. Settle. Apa kaitan dengan saya?" Ketawa aku bersambungan. Aduhai.

"Boleh tak saya nak mencarut?" soalnya.

"Sure."

"Astaghfirullah."

"It's not a cursing word."

"I know."

"So, sampai bila ni?" tanya aku. Aku tak bosan dengan perbualan ini tapi aku betul-betul inginkan noktah bagi persoalan yang bermain di minda.

"Apa? Itu ja. Saya ikut awak sebab nak bayar balik popcorn. Tapi awak dah tolak-"

"Tak, maksud aku. Sampai bila kita nak berlakon ni?"

Dia tersentak. "Berlakon apa?"

"Berlakon tak kenal satu sama lain?"

"What are you talking about?"

Saat itu, jantung aku seakan-akan berhenti. Tak kan salah orang kot? "Hasya Naufal... jangan main-main."

"Mana awak tahu nama saya?"

Dan saat itu, dunia seakan terhenti seketika.

Tak Percaya Cinta [Completed]Where stories live. Discover now