Hampir 5 bulan mak tinggal dengan aku. Makin lama aku boleh terima mak. Tetapi untuk memanggil mak dengan panggilan 'mama' adalah benda terakhir aku akan buat. Mungkin di lain masa. 3 bulan itu singkat. Aku hidup tanpa mak selama 14 tahun. Nasib baik aku tak duduk di tempat asal kami. Kalau tak, mungkin aku terpaksa tahan mendengar tohmahan orang-orang berdekatan.
Mak kata dia nak duduk dekat sini sementara. Sambil-sambil itu mak ada buat business online. Selalu jugaklah muka van pos laju datang ke rumah. Kalau sebelum ni cuma ada kereta buruk Hasya dengan motor kapcai aku, kini ada kereta BMW mak dengan van yang kejap-kejap masuk menghantar barang.
Seminggu lalu aku dan Hasya berhenti kerja. Sekarang kami jual goreng pisang dan air dekat tepi kampung. Senang. Tetapi hari ni kami tak bukak kedai sebab Hasya kata dia nak pergi dating dengan Hakim. Aku berdiri di tengah pintu. Melihat pokok bergoyang-goyang. Mungkin sekejap lagi hujan.
"Weh, sana-sana." Hasya tolak aku ke tepi.
Ini lagi satu, Hasya makin kerap keluar rumah. Dia menyarung kasut dengan laju. Langsung tidak mengendahkan aku. Sebelum ini, dia nak pergi mana-mana dia akan bagitahu aku. Tetapi sekarang dia seolah-olah membuang aku dari hidupnya.
Kereta Saga merah berhenti depan rumah. Hakim. "Dating ke Cha?" tanya aku sambil berpeluk tubuh.
"Eh sibuklah kau."
Aku mencebik. "Kau ni... takyahlah berahsia dengan aku."
Hasya tergelak, "Aku nak cepat ni. Time ini lah kau sibuk nak tahu."
"Takdelah. Aku risau je."
"Hakim ada. Jangan risau lah."
Itu yang merisaukan aku sebenarnya.
"Elok-elok." Pesanku.
Hasya mengangguk. Berlari anak memasuki perut kereta. Dia melambai ke arah aku. Tak lama lepastu, kereta tu hilang dari pandangan aku.
Itu yang merisaukan aku. Aku tak suka tengok dia dengan orang lain selain daripada aku. Dari kecik lagi, aku satu-satunya orang yang rapat dengan dia. Macam mana sesenang itu dia boleh rapat dengan lelaki lain? Cemburu? Mungkin. Mungkin aku cemburu. Hasya sepatutnya hanya dengan aku.
Humaira dah lama senyap. Aku buat keputusan untuk endahkan dia demi masa depan aku. Kerana jelas-jelas dia langsung tak ambil tahu tentang aku. Aku yang selalu terhegeh-hegehkan dia. Bila Humaira dah lesap, baru lah aku boleh berfikir dengan tenang. Seperti sebelum ini. Aku cuma sukakan Humaira kerana perangai dia yang cantik. Aku dah terlambat. Aku ambik masa yang lama untuk aku sedar yang aku sebenarnya sukakan Hasya. Bullshit!
Aku masuk ke dalam rumah. Entah kenapa aku tergerak untuk pergi ke bilik Hasya. Katilnya terkemas rapi. Ada gambar kami dalam bingkai di atas rak. Senyuman aku terukir. Ada surat-surat disusun di atas rak. Aku ambil salah satu daripada surat tu, ada alamat rumah nenek. Aik? Aku buka sampul.
Surat buat Adib Naufal.
Assalamualaikum, Adib Naufal. Haha... sejak bila entah aku bagi salam ni. Aku cuma nak kau tahu, aku sayang kau sejak dulu. Sejak kita kenal sewaktu kita kecil. Janji kita dekat atas bukit tu buat aku takut. Kita janji untuk berkawan sampai bila-bila. Maksudnya, aku tak boleh bersama dengan kau kan? Maksudnya kita akn selamanya jadi kawan.
Memang takdir aku begini, Adib. Aku tak salahkan kau. Aku tak salahkan sesiapa.
Takdir? Apa benda dia merepek ni?
Kau tahu tak betapa luluhnya hati aku tengok kau berlari dekat aku. Bagitahu yang ayah kau dah mati. Kau menangis dekat aku. Sejak tu, aku janji untuk sentiasa jaga kau. Aku cuba jauhkan kau dari semua benda yang memudaratkan kau. Masa sekolah rendah, aku kena belasah teruk sebab aku nak jaga kau. Diorang kata kau anak haram. Aku seorang saja yang tahu kau bukan anak haram. Aku pertahankan kau.
YOU ARE READING
Tak Percaya Cinta [Completed]
General FictionAku merupakan anak tunggal dan tinggal dengan nenek. Mak bapak? Bagi aku, mereka dah mati. Tak, aku bukan nak menderhaka. Cuma, semuanya terlalu sakit untuk aku ingat. Aku ada seorang sahabat sejak kecil, namanya Hasya Naufal. Kami pernah berjanji u...