»12«

601 92 5
                                    

Aku pandang sayu kubur nenek yang tidak berkepok. Tanahnya masih kemerahan. Hanya dipacakkan dua batang kayu. Kata Haji Somat, batu nisan dan kepok akan dipasang nanti. Syukur, perkebumian nenek berjalan dengan lancar. Tetapi rasa syukur itu turut menikam apabila mengenangkan nenek telah tiada.

"Nek..." sambil mengusap tanah. Aku cuba tahan air mata daripada keluar. Teringat nasihat ustazah dulu, menangis di kubur hanya akan menyeksa mayat. Aku tak tahu betul atau tak, yang aku tahu cumalah aku tak nak nenek terseksa.

Doktor kata nenek kena serangan jantung. Mengejut. Aku juga terkejut. Betapa tenangnya muka nenek ketika pagi aku menemuinya terlantar di atas katil. Aku cuba menghubungi Hasya tetapi hanya sampai di voice mail. Aku perlukan dia saat ini dan dia perlu tahu tentang ini. Dia perlu tahu tentang apa yang berlaku di sini. Dia perlu tahu tentang nenek.

Aku gagahkan diri untuk bangun. Terasa sebak seolah-olah menghentak paru-paru. Sesak. Dari kecik aku tinggal dengan nenek tanpa mak bapak. Hanya nenek. Aku berjalan pergi sambil mengira langkah. Sesekali menoleh ke belakang. "Semoga nenek tenang." Bisikku.

Mak yang berbaju kurung putih melambai dari jauh. Kereta BMW hitamnya diparkir di berdekatan. Aku menarik nafas panjang. Hidup tanpa nenek dan Hasya adalah kehidupan yang amat aku takuti ketika dulu. Dan aku perlu menghadapnya kini. Aku perlu hadapi realiti yang menyakitkan ini.

Mak menghulur plastik, "Pau?"

Aku menggeleng perlahan. "Takpelah. Tak lapar." balas aku.

"Are you okay?"

"Aku okay."

Mak mengangguk faham. Matanya masih kemerahan akibat menangis. Mungkin rasa bersalah kerana lambat hadir dan ingin tinggal lebih lama dengan nenek. Mungkin. Lengan aku dipeluknya tiba-tiba. "Sabar ya..." katanya perlahan.

Aku angguk kepala.

-__________-

Berkali-kali aku cuba hubungi Hasya tetapi masih gagal. Putus asa, aku duduk di birai katil milik Hasya. Hasya adalah kawan baik aku. Sekurang-kurangnya itu hubungan kami buat masa ini. Rasa begitu kosong tanpa nenek dan Hasya. Semangat aku betul-betul patah.

Aku pandang rak yang telah kosong. Kali terakhir aku lihatnya, ada sampul surat bertindihan di atasnya. Tetapi kini tiada lagi. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Yang aku tahu sekejap lagi aku akan tinggalkan rumah ini. Mak nak bawa aku tinggal bersamanya di Kuala Lumpur. Mungkin itu keputusan yang terbaik untuk aku. Aku tak mahu menanggung rasa rindu yang kian menggila setiap kali aku ternampak ruang kegemaran nenek.

Setiap kemungkinan yang berlaku ada jawapannya. Sama ada kemungkinan itu bertukar benar atau sekadar kebarangkalian. Begitu juga kehidupan, aku tak boleh tentukan apa yang akan aku hadapi tetapi aku boleh tentukan apa yang aku mahu. Jalan mana yang aku mahu.

Aku hembus nafas berat. Bangkit dari katil. Tiba-tiba sehelai kertas berlipat memasuki ruang mata. Terselit cantik di bawah almari. "Hm?" Aku ambil kertas itu. Teruk berhabuk. Aku kibar-kibarkan sebelum membuka lipatannya. Yang ini yang bila pula?

28/9/13
2.00 pagi

Dalam hidup ni kita akan jumpa banyak benda yang menyakitkan. Apa yang kita boleh buat hanyalah menerima dan abaikan kesakitan itu. Bukan hanya untuk diri sendiri malah untuk orang sekeliling.

"Pendeknya?"

Tertanya-tanya.

"Adib?" Suara mak memanggil aku mendongak. Mak berdiri di tengah ruang pintu.

"Ya?"

"Dah siap?"

"Dah."

Aku lipat kembali kertas itu. Menyimpannya di dalam poket seluar. Mak peluk lengan aku. Kerap juga mak memeluk aku sejak akhir ini. Aku anggap mak cuma ingin menenangkan aku.

Sebaik saja pintu rumah dibuka, ada seorang perempuan yang amat aku kenali berdiri di atas tangga. Memandang aku dengan pandangan yang jelas-jelas simpati.

"Boleh jumpa kejap?"

Aku pandang mak.

-_________-

"Ya?"

Humaira berpeluk tubuh. Sedari tadi dia memandang tanah. Aku pandang kereta milik mak apabila kedengaran bunyi enjin kereta itu dihidupkan. Kemudian kembali memandang Humaira.

"Maira nak cakap apa? Saya nak gerak dah ni."

Humaira masih tidak mengangkat muka. Masih tunduk memandang tanah. Kedua-dua lengannya digosok.

"Haih... kalau awak tak nak cakap apa-apa, takpelah. Nanti awak Whatsapp je lah ye. Saya penat ni."

"Eh kejap." Humaira menahan apabila aku hampir-hampir ingin pergi.

"Apa?"

"Maira... Maira nak mintak maaf dekat Adib." Ucapnya. Dia mula angkat kepala, memandang tepat muka aku.

"Untuk apa?"

"Untuk semua..."

"Maksudnya?"

Humaira betulkan nafasnya. "Sebenarnya Maira memang tak ada hati langsung dekat Adib... Maira-"

"Maira. Kalau pasal ni, saya tak nak tahu. Saya dah move on dah pun." Aku memotong ayatnya. Lagipun aku memang tiada hati langsung padanya sekarang.

"Tak, Adib. Adib kena dengar."

"Haa ya. Cepat lah... saya nak cepat ni." Padahal tiada apa nak dikejarkan. Aku cuma memang malas menghadap Humaira.

"Adib tahu Hasya marah Maira sebab mainkan Adib?"

"Tahu."

"Lepas kejadian tu Maira terus tak Whatsapp Adib. Tapi lama-lama Maira rasa lain... Maira rasa Adib lah satu-satunya lelaki yang paling baik pernah Maira jumpa." jelas Humaira.

Aku hampir tergelak. Kesinisan seolah-olah makin menyelubungi diri. "Maira... awak dengar sini. Saya tak ada hati pun dengan awak. Mungkin dulu pernah tapi sekarang dah tak ada. Jadi jangan kesiankan saya. Okay?" Aku tak tahu sejak bila aku mampu melawan Humaira.

Humaira mengerutkan dahi, "Tapi Hasya kata-"

"Apa? Dia kata apa? Haih budak bertuah ni..."

"Dia kata Adib suka Maira sangat-sangat. Sampai Adib lupakan dia... abaikan dia."

Sebaik saja mendengar dua perkataan terakhir itu, bibir aku terikat. Bila pula aku abaikan Hasya?

"Hasya kata Maira cinta pertama Adib."

Aku meraup muka dengan kasar. "Dengar sini, Humaira... saya nak masuk kolej. Saya malas nak fikir benda-benda remeh macam ni. Kalau awak rasa bersalah sebab awak fikir saya sukakan awak, awak boleh lupakan. Sebab saya tak suka awak. Nenek saya baru meninggal, awak sibuk nak cakap pasal ni?"

"Tapi-"

"Apa-apa awak Whatsapp je lah. Sekarang zaman dah moden."

"Maira sukakan Adib."

Aku ketawa kecil. "Weh, awak faham tak saya-" Eh sekejap. "--awak sukakan saya?" Soal aku.

"Ya, Adib."

Aku menggaru-garu kepala. Aku rasa kemurungan aku makin teruk jika terus begini. "Maira, saya sukakan Hasya." Jujur aku.

Humaira terlopong. "Tapi Hasya kata..."

Aku menahan kata-katanya dengan isyarat tangan. "Jangan dengar cakap dia. Apa-apa awak Whatsapp je lah. Simpan lagi tak nombor?"

Dia mengangguk.

"Saya gerak dulu ya."

Tak Percaya Cinta [Completed]Where stories live. Discover now