»2« - Berkenalan Dengan Humaira

1.1K 151 22
                                    

"Dah angkut semua, Dib?"

Aku angguk kepala laju-laju. Rumah kelihatan kosong daripada biasa. Hanya tinggal beberapa perabot dan benda yang kami yakin dapat dibersihkan semula selepas banjir reda nanti. Aku pandang rumah seketika. Pagi tadi, air dah mula masuk dapur.

"Oi budak, meh tolong nek angkat ni." Suara nenek menyentak lamunan aku menyebabkan Lamunan Terhenti.

Hasya merukuk di sebelah nenek. Termengah budak tu. Penat mengangkat barang mungkin. Ah, namapun perempuan. Tetapi sejak bila dia perempuan? Hasya tu tomboy, penat mana saja yang menjengah dia?

"Apahal?" tanya Hasya, mendongak kepada aku. Dia perasan rupanya aku perhati dia.

Perlahan aku menggeleng kepala. Terus aku bantu nenek mengangkat beg plastik berisi pakaian ke dalam bonet Hilux. Dah macam nak berpindah rumah. Hairan betul aku dengan nenek. Orang lain angkut sijil je, nenek ni dengan blender sekali dia angkut.

"Semua dah?" tanya abang Khairul kepada aku.

Aku angguk kepala.

"Dah, jom!" Nenek menepuk-nepuk bahu aku kemudian terus mengambil tepat di sebelah tempat pemandu. Aku terus panjat dan duduk di dalam (atas) bonet. Hasya mengangkat kening, cuba memberi isyarat 'penat tak?'.

Aku ketawa besar bersama Hasya selepas kami hampir terhumban ke depan apabila kereta mula bergerak. Bergoyang-goyang kami di bonet Hilux itu. Bersama-sama dengan beg plastik berisi pelbagai keliling kami. Semuanya turut bergoyang.

"Bapak adventure kereta ni." Hasya ketawa, suka dengan adventure yang dilalui kami sekarang. Dia menarik cap (topi) nya ke depan, menutupi anak rambutnya. Hujung rambut lurusnya terbuai dek angin. Terus aku kalih pandangan.

Kereta Hilux berhenti betul-betul di hadapan rumah Haji Hamid, kawan baik almarhum atuk. Aku pegang kepala kereta dan bangun dengan pantas. Buntut aku tepuk berkali-kali bagi membuang kotoran di seluar.

Hasya turut bangun, "Huarghhh!" Sempat lagi dia menguap. Kepalanya disenget ke kanan kemudian ke kiri. Matanya digosok beberapa kali kemudian dia meloncat turun dari bonet Hilux. Dia memandang aku dan aku balas dengan dongakan.

"Apa?"

"Turunlah!" jerkahnya lalu bercekak pinggang.

Aku menggeleng perlahan. "Nanti siapa nak angkat barang, bodoh!" balas aku.

Hasya tersengih lalu mengangguk kepala. Abang Khairul tiba di hadapan bonet. Pintu bonet dibuka dan Abang Khairul memandang aku. Apsal semua nak pandang aku?

"Apa?"

"Keluarkan barang lah, Dib." arah Abang Khairul.

"Ooo ok, sorry."

Aku letak beg plastik yang terakhir di ruang tengah rumah Haji Hamid. Badan dah mula rasa belengas sebab cuaca panas gila. Panas-panas pun banjir naik. Tetapi, aku tahu banjir bukan sebab hujan semata. Banjir tu sebab Thailand bukak empangan mereka. Kalau Thailand tak bukak empangan, mahu tsunami Malaysia.

Nenek mengaut-ngaut angin, mengajak aku duduk di sebelahnya. Tak. Tak. Sebenarnya di sebelah Hasya. Aku mengangguk dan duduk di sebelah Hasya. Hasya hanya buat tak tahu tentang aku dan sibuk makan buah rambutan. Entah darimana dia dapat buah tu kerana sekarang bukan musim buah.

"Penat Dib?" soal Haji Hamid. Puntung rokok dibawa ke bibirnya yang kehitaman. Beberapa saat kemudian, asap dihembus keluar dari mulutnya.

Tak Percaya Cinta [Completed]Where stories live. Discover now