»15«

809 95 19
                                    

"Oh... I'm sorry."

"Tak, tak apa."

Hasya, gadis bertudung litup dengan kaca mata tersarung cantik di mukanya itu - mengukir senyuman kedua paling indah pernah aku lihat. Senyuman pertama yang indah aku ingat sampai sekarang adalah senyuman ketika kami dalam kereta Hilux dulu. Ketika dia ketawa.

"Kau ada pakwe tak?" tanya aku selamba.

Terlopong seketika budak tu. "Erk, tak ada. Kenapa?" Dia mula serba-salah. Dari riak mukanya, aku dapat rasa dia sedang keliru.

"Okey, bagus. Sekurang-kurang itu yang aku nak dengar dalam lapan tahun ni."

"Lapan tahun?"

Aku pula tersenyum besar. "Where do you live? Nak aku hantar tak?"

"Eh, tak apa. Saya bawak kereta."

"Aku boleh hantar."

"No, it's okay."

Suasana sepi berjeda lama. Aku telan liur dalam-dalam. Sampai bila budak Hasya ni nak berlakon dengan aku? Aku tahu dia rindukan aku. Aku tahu perasaannya masih sama seperti aku.

"Kau memang tak ingat aku?"

Hasya tiba-tiba bangun, meletakkan not hijau di atas meja. Aik? Oh, jangan-jangan...

"Saya mintak maaf."

Dah agak.

Hasya terus memusing badan, beralih keluar dari kedai Starbucks. Aku tak ambil masa yang lama untuk mengambil duit itu dan mengejar langkahnya. Aku sendiri masih bingung dengan apa yang sedang berlaku.

"Hasya!"

Aku lihat dia sudah berada dalam khalayak ramai. Melihat langkahnya makin laju, langkah kaki turut aku cepatkan. Dia takut dengan aku? Aku perlahankan langkah. Aku telah rancang benda ni lama sekiranya Hasya buat-buat tak kenal aku. Aku akan melayan segala karenah anehnya.

Di basement. Aku perhatikan dia dari belakang tiang putih besar yang mencacak ke siling. Rupanya kereta dia yang parkir sebelah kereta aku. Betullah orang tua kata, kalau jodoh tak ke mana. Kereta Wira maroon lama itu rupanya milik dia. Sebelum sempat dia tutup pintu kereta, aku tahan pintunya dengan kedua-dua tangan.

"Kau kenapa?"

Hasya cuak. Aku lihat dia mula memandang sekeliling. Seperti ingin meminta pertolongan. Seolah-olah aku perogol bersiri. Untuk sekian kalinya, aku mengulang lagi soalan yang sama. "Kau kenapa, Cha?" soal aku lagi.

"Jangan ganggu saya."

Berkerut terus dahi aku. Rasa popcorn dalam perut nak terkeluar balik. "Kau ingat kelakar ke, Cha? Kau tinggalkan aku lapan tahun lepas. Kau tiba-tiba muncul eh eh buat tak kenal pulak." balas aku.

"Awak siapa? Saya tak kenal awak."

"Okay, fine! Kalau kau betul-betul tak kenal aku, jom kita berkenalan." Aku ukir senyum selepas berkata sedemikian.

Muka cuaknya perlahan-lahan bertukar. "Awak tahu ini bukan cara yang elok untuk berkawan, kan?" tanya Hasya.

"Jadi, macam mana kau nak kita berkawan?"

"Firstly, get your hands off my door."

"Oops!" Aku angkat kedua-dua tangan persis ditangkap polis.

"Yang kedua, kita jumpa lagi dekat sini. Minggu depan? Hari yang sama?"

Aku usap-usap kepala. "Saya sibuk rasanya minggu depan."

"Kalau macam tu, awak boleh lupakan kita pernah jumpa. Sebelum saya telefon polis."

Tak Percaya Cinta [Completed]Where stories live. Discover now