Nama diberi Dhia Adrianna binti Dato' Shamsuddin. Berumur 15 tahun seorang kakak kepada 2 adik maaf kepada seorang adik bernama Anntasya. Mama, Papa dan Tasya tak sama macam dulu aku dipinggirkan aku dituduh pembunuh kepada arwah adik lelaki aku Aqeem Farhan yang mati kelemasan.
Dulu aku orang yang paling bahagia dulu aku disanjung kerana pencapaian aku cemerlang dan menjadi contoh kepada adik-adik aku sekarang aku hanya penambah kekosongan di rumah yang suram ni
Mama banyak luangkan masa dengan Anntasha Papa sibuk dengan kerja di pejabat Kak piah jadi kawan dan tempat aku mengadu. Mama tak ambil peduli pasal aku makan minum aku sakit sihat aku--tak dia tak kesah. Ya Mama cuma ada anak sorang je Nur Anntasha Kamelia binti Dato' Shamsuddin.
Aku bersyukur masih ada sahabat yang setia menyokong aku dari belakang walaupun perangai sorang2 annoying. Hanya di sekolah aku boleh bersuka ria tapi tak di rumah, di rumah aku cuma berdiam diri bercakap dengan diri sendiri. Uh hidup ni memang menyedihkan
Asya dan Husna jadi penyeri hidup aku kalau satu hari tak jumpa rindu sangat lagi-lagi dengan karenah Husna Ya Allah dia punya mengada tu selalu buat aku senyum.
'Dhia, Kau buat ape lagi pinggan dekat dapur tu nak tunggu sape basuh? Nak tunggu berkulat dulu baru nak basuh?' Aku mengeluh ni lah kerja aku hari-hari walaupun dekat rumah ni ramai bibik Mama nak jugak aku buat semua kerja dalam rumah ni. Aku tak kesah nak buat semua tu tapi aku manusia ada had jugak aku penat Mama tak pernah bagi peluang untuk aku rehat.
Bila balik sekoloh Mama suruh aku buat ni buat itu aku tak pernah nak mengomel nak mengadu letih sebab dengan buat kerja macamtu aku boleh balas jasa diorang yang sudi nak jaga,nak bela aku. Kerja sekolah yang cikgu bagi aku buat tengah malam bila semua orang dah tidur bila semua kerja dah siap. Sebenci2 Mama dekat aku dia tak pernah halang aku untuk belajar. Aku bersyukur Ya allah.
'Baik Ma. Dhia nak minta mama bagi dhia tukar baju dulu sebab besok baju sekolah ni Dhia nak guna balik' minta aku Mama hanya mengangguk malah muka aku pun Mama tak tengok. Aku tersenyum sekurang-kurangnya Mama bercakap dengan aku. Tu dah buat aku bahagia
Bila baju sekolah aku tukar dengan baju tshirt terus aku ke dapur untuk membasuh pinggan seperti yang Mama arah. Anntasya datang ke dapur dan menjatuhkan gelas kesayangan Mama. Aku terkejut cepat aku kutip kaca yang berteraburan tu Mama masuk ke dapur dengab muka bengis.
'Dhiaaa! Tasyaa! Apa ni? Kamu berdua tahukan gelas tu Mama beli dekat Dubai ingat murah ke?!' Amuk Mama memandang aku dengan Tasya, Tasya menundukkan wajahnya menangis bila dimarah Mama.
'Tasyaa tak buat pun Ma. Kak Dhia suruh Tasya basuh pinggan Tasya tak nak sebab tangan Tasya luka pedih bila kena sabun nanti tiba-tiba kak Dhia pecahkan gelas Tasya pun terkejut tengok Kak Dhia buat macamtu' Adu Tasya buatkan aku pandang dia, dia menangis teresak-esak meraih simpati Mama.
'Kau sajekan Dhia. Saje nak buat mama marah kan?! Mama cuba nak terima kau tapi kalau macamni lah perangai kau esok-esok Tasya pulak kau bunuh' Kepala aku Mama tonyoh dengan kuat aku hanya memohon maaf air mata aku tahan tak nak Mama tengok yang anak dia ni lemah. Aku kena kuat Allah tengah uji aku sekarang.
Aku mengutip serpihan kaca, kaca yang kecil terkena tangan aku darah mengalir aku cepat-cepat mencucinya sebelum terkena jakitan.
•••
Aku bangun pagi-pagi lagi untuk siapkan sarapan selesai aku menyiapkan sarapan aku ke bilik untuk bersiap ke sekolah. Baju kurung yang lusuh aku sarungkan ke tubuh aku hanya memandang tudung yang tergantung di kabinet bilik aku. Aku teringin sangat nak pakai tudung tapi Mama tak kasi. Rambut aku yang panjang aku ikat supaya nampak kemas.
Aku tengok Papa, Mama dan Tasya tengah breakfast sekarang aku tak pernah join diorang Mama cakap kalau aku join makan sekali selera dia hilang. Aku rela tak makan dengan diorang yang penting Mama makan. Aku tak kesah kalau aku yang sakit tapi aku tak kuat bila tengok Mama sakit. Aku ambil duit yang Papa letak di karbinet televisyen cukup-cukup untuk aku tambang bas. Yaa kitorang pergi sekolah asing-asing Tasyaa Pak Samad yang hantar aku cuma naik bas.
Baki wang yang lebih aku ke kantin untuk bersarapan duit aku hanya tinggal RM2. Aku beli kuih yang 3 seringgit duit yang lebih aku simpan nak beli barang keperluan sekolah dan aku rase aku patut berkerja banyak sikit duit aku dapat aku nak beli kasut sebab kasut yang aku guna sekarang dah buruk kan best kalau aku jadi Tasyaa pakai kasut kulit baju sekolah baru yuran sekolah Papa bayarkan. Aku? Hmm terpaksa minta tolong atok dan guna duit simpanan.
820 words
Finally! Siap pun nak try buat yang Malay punya hehe so macam mana okay? Kalau ada kekurangan tolong tegur ya? Terima kasih. Selamat membaca.
YOU ARE READING
Dhia Adrianna
RomanceSeorang gadis yang kekurangan kasih sayang daripada keluarga kerana dituduh dia lah punca adik lelakinya meninggal dunia. Mamanya yang dulu seorang penyayang, lemah lembut dan dulu orang yang sentiasa ambil berat pasal anak-anaknya tanpa berbelah b...