'Alah kau ni jangan serius sangat, aku main2 je pun' Afeef memberi phone itu kepada pemilik asalnya Dhia terus mengambil phonenya dari Afeef. Wajah Afeef dijeling
'Berani kau jeling, kau first perempuan buat camtu tau' Ujar Afeef Iphone 7 dikeluarkan dari poket seluar jeansnya. Afeef menyumbat earphone ke telinga Dhia manakala satu lagi di telinganya.
'Jangan berani kau buang. Kau buang aku cium kau kat sini' Ugut Afeef Dhia menjatuhkan semula tangan yang sudah berada di telinganya tadi terbatal niat nya bila dengar ugutan Afeef.
Lagu Always yang dinyanyikan oleh Yoomirae di dengar oleh Dhia dan Afeef. Wajah Dhia Afeef pandangan bila Dhia bergerak cepat bebola matanya memandang ke depan. Dia berdehem mengurangkan rase kekok Dhia memandang Afeef yang kelihatan agak kurang selesa.
'Kenapa awak sakit tekak ke? Saya ade gula-gula kalau awak nak' tas kecilnya dibuka gula-gula diambil dan diberi kepada Afeef. Afeef mengosok belakang lehernya dan mengambil gula2 yang di beri.
Akhirnya mereka sampai ke destinasi yang dituju. Selepas turun dari bas sempat lagi Afeef melambai ke arah Dhia.
..
'Dhia,kejap lagi kemas meja makan'Baru selangkah kaki aku jejak ke rumah suara mama yang mengarah aku untunk mengemas meja makan kedengaran.
'Baik,Ma' Aku terus ke dapur pinggan2 kotor aku masukkan ke dalam sinki. Lengan baju aku sisihkan ke siku supaya tidak terkena air mase membasuh.
Huk! Huk! Huk!
Batuk aku dengan kuat. Ya Allah sakitnya dada aku perit tu tak terkata. Badan aku hilang kestabilan namun sempat aku berpegang pada sinki dapur.
'Ya Allah, Dhia! Kenapa ni?' Soal Kak Piah menstabilkan badan aku. Kak Piah menyuruh aku duduk untuk sementara.
'Kalau Dhia rase tak sihat, Dhia pergi masuk bilik nanti semua kerja Dhia akak yang buat' Arah Kak Piah menolak lembut bahu aku untuk masuk ke bilik.
'Tapi ka--' Kak Piah cepat2 memotong percakapan aku nak menyelimutkan aku.
'Dhia tidur ye? Besok nak sekolah pulak. Nah ambik minyak panas ni sapu dekat dada tu akak tengok kamu duk gosok dada dari tadi. Ni mesti kes selalu minum air manis dan bergas' Minyak panas Kak Piah hulurkan kepada aku. Lampu bilik terpadam dan Kak Piah tutup rapat pintu bilik aku. Sempat lagi Kak Piah wish 'GoodNight.'
...
Plaash!
Air dibaldi Tasya simbah kearah Dhia yang masih lena walaupun jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi.
'Ya Allah! Tasya kenapa ni?' Terus tersedar Dhia bila baju dan katilnya basah terkena air yang disimbah. Mukanya diraup mengelap air yang terkena mukanya.
'Kenapa kau tanya aku? Cuba kau tengok jam sekarang dah pukul berapa? Menyusahkan aku je kena kejut kau pagi2 sebab kau lah aku lambat tau!' Jerkah Tasya lebihan air tu Tasya simbah ke arah baju sekolah Dhia.
'Tasya! Kenapa simbah baju akak? Tak cukup lagi ke Tasya simbah air dekat katil akak?' Tahap kesabaran Dhia makin nipis suaranya agak tinggi. Bukan niatnya untuk marah Tasya tapi dengan waktu yang singkat tak sempat dia nak keringkan.
'Ape bising-bising ni? Kau kenapa Dhia nak marah-marah Tasya pulak dah tak tahu bak berterima kasih orang dah tolong kejut kan. Kau ni kan memang.. memang dasar anak tak kenal budi. Dah jom Tasya mama hantar pergi sekolah harini' Kepala Dhia ditonyoh hampir jatuh Dhia.
Kenapa ma? Kenapa layan Dhia macam ni? Dhia tak salah ma, Dhia cuma tegur Tasya je.
Baju sekolah aku yang tergantung aku ambil nasib baik sikit je terkena air. Sampai bila aku nak hidup macam ni? Hidup ada mak bapak macam tak nak mak bapak. Kenapa Aqeem yang pergi bukan aku? Kenapa Allah tak ambil je aku? Ya Allah Dhia ape kau cakap ni.
Aku tak kuat Ya Allah.
Terduduk Dhia menahan esakkan. Perit rasanya bila dilayan macam sampah. Ape guna dia hidup kalau tak de orang sayangkan dia.
Dhia menggagahkan diri untuk berdiri walaupun keadaan tidak mengizinkan kerusi belajar nya menjadi tempat bergantung.
Seusai siap mandi baju sekolahnya disarungkan matanya sembab ni mungkin sebab dia menangis tadi.
Jam sudah menunjukkan pukul 7:15. Bas mesti dah pergi Dhia mengeluh terpakse lag dia pergi jalan kaki.
Pintu bilik darjah diketuk dah agak Cikgu Nora mesti dah start mengajar.
'Assalamualaikum Cikgu. Maaf saya lambat' Aku memohon maaf wajah aku tundukkan memandang lantai aku tahu Cikgu Nora mesti bengang dengan aku.
'Ape masalah awak sebenarnya Dhia? Pagi tak elok2 je Cikgu jumpa adik kamu, adik kamu cakap kamu tak nak pergi sekolah tadi puas mak kamu pujuk. Kalau kamu rasa dah tak nak sekolah kamu boleh mintak borang berhenti sekolah dekat pejabat. Tapi kamu tak sayang dengan pelajaran kamu ke Dhia? Kamu pelajar cemerlang sekolah ni kalau ada problem kamu boleh citer dekat Cikgu ya? ' Bahu aku Cikgu Nora usap. 'Tak Cikgu bukan saya tak nak ke, sekolah tu fitnah cikgu'. Tapi tu hanya dikata didlam hati.
Dhia menuju ke arah mejanya. Wajah Husna dab Asya dipandang sepi
'Mak dengan adik kau dera kau lagi ke Dhia?' Tanya Asya simpati dengan nasib Dhia. Dhia menggeleng kepala
'Tak. Tak diorang tak dera aku. Diorang hanya buat tugas diorang sebagai adik dan sebagai mak' Dhia menafikan kenyataan sebenar. Dia tak suka buka aib familynya.
Asya dan Husna saling berpandangan diorang simpati dengan nasib kawannya. Mereka kembali menghadap ke arah Cikgu Nora yang sedabg mengajar.
Dari jauh Afeef mencuri dengar perbualan Dhia dan kawan-kawannya. Dia tertanya-tanya kenapa Dhia dan Tasya datang sekali dan kenapa kehidupan Dhia dengan Tasya banyak perbezaan?
889 words
Penat. Sekarang baru sempat nak publish citer semalam dan hari2 yang lepas asyik p kenduri je. Tak sempat nak pegang phone. Yang lain tadak kenduri ke? Ke sya je yang bz dng kenduri? XD
YOU ARE READING
Dhia Adrianna
RomanceSeorang gadis yang kekurangan kasih sayang daripada keluarga kerana dituduh dia lah punca adik lelakinya meninggal dunia. Mamanya yang dulu seorang penyayang, lemah lembut dan dulu orang yang sentiasa ambil berat pasal anak-anaknya tanpa berbelah b...